Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Dato' Razali Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Dato' Razali Ibrahim. Show all posts

Saturday, April 05, 2014

RAZALI IBRAHIM BANTU PEMUDA YANG MAHU TEMBAK NAJIB RAZAK





SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA DRI YANG SENTIASA PRIHATIN DENGAN NASIB ANAK MUAR.

DALAM KES HANIMURA YAKUZA YANG MAHU TEMBAK NAJIB RAZAK, BEBERAPA PEMUDA DARI MUAR TELAH MENJADI MANGSA RED BENA ARMY YANG MANA GAMBAR MEREKA TELAH DIGUNAKAN DALAM AKAUN FB PALSU YANG MENAIK MUAT STATUS JAHAT TERSEBUT. CERITANYA >>>DI SINI<<<

DATO' RAZALI IBRAHIM TELAH BERTEMU SENDIRI DENGAN PEMUDA-PEMUDA TERSEBUT DAN MENGADAKAN SATU SIDANG MEDIA KHAS UNTUK MEMBANTU MEMBERSIHKAN NAMA MEREKA YANG TERCEMAR ANGKARA PERBUATAN JAHAT RED BEAN ARMY.

DALAM PERTEMUAN TERSEBUT, PEMUDA-PEMUDA INI TELAH MENERANGKAN PERKARA SEBENAR DAN KEADAAN MEREKA SETELAH MENJADI MANGSA FITNAH JAHAT RED BEAN ARMY.

TERIMA KASIH DIUCAPAKAN KEPADA DATO RAZALI IBRAHIM ATAS USAHA MURNI BELIAU DAN HARAP AGAR SKMM SEGERA JALANKAN SIASATAN MENDALAM AGAR IDENTITI SEBENAR PENJAHAT ITU DAPAT DIKESAN DAN TINDAKAN SEWAJARNYA DAPAT DIAMBIL DENGAN KADAR SEGERA!!

APAPUN, RAZALI IBRAHIM MEMANG STEADY!!!

JPX

Muar: “Saya bimbangkan keselamatan diri dan keluarga. Disebabkan gambar kami digunakan pada akaun facebook (FB) palsu itu, kami dikecam dan lebih teruk lagi apabila pengguna Internet kini tahu lokasi kami,” kata Muhammad Hanif Hazizi Mohd Noh, 26, menyangkal akaun laman sosial itu yang menggunakan nama Hanimura Yakuza adalah miliknya.

Akaun itu mula mendapat perhatian apabila memuat status ugutan membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 1.24 tengah hari, 26 Februari lalu.

Tindakan itu bukan saja dikecam pelbagai pihak, malah membahayakan nyawanya sebagai pemilik gambar yang digunakan hingga dia terpaksa tinggal berasingan dengan isterinya sejak lebih seminggu lalu.

Muhammad Hanif berkata, pemilik akaun itu menggambarkan dirinya sebagai kaki perempuan kerana turut memaparkan beberapa gambar gadis yang didakwa sebagai bekas teman wanitanya.

“Gambar profil digunakan pemilik akaun itu adalah gambar saya bersama empat rakan yang diambil pada majlis perkahwinan seorang rakan di Kuala Perlis, Perlis pada 2011.

Wednesday, November 20, 2013

VIDEO YANG MEMALUKAN AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG TERSEBAR LAGI!!!



STEADY DRI...
TAPI KALAU DAH JENIS YANG BEBAL....
KITA CERITA MACAM MANA PUN MEREKA BANGKANG JUGA...
CAKAP MACAM HANDAL...
TAPI BILA KITA CERITA FAKTA...
SENYAP JER PULAK...
KALAU TAK TAHU...
JANGAN BUAT-BUAT TAHU...
KAN DAH MALU...
KALAU DAH NAMA KOMUNIS...
SEBAB ITU HUKUM TEMBAK JER KOMUNIS NI...

JPX

Sunday, November 10, 2013

CERITA KETUA UMNO BAHAGIAN MUAR YANG BARU


Sabtu lepas aku telah join satu program Dato' Razali Ibrahim (DRI) di  Muar.



Program Majlis Tahlil dan Doa Selamat serta Sambutan Awal Muharam 1435H ini adalah anjuran UMNO Bahagian Muar yang kita semua sedia maklum DRI adalah Ketua UMNO Bahagiannya yang baru.

Dalam borak-borak dengan kawan-kawan Muar, masuk pulak bab cerita pemilihan yang lalu.

Dalam pemilihan UMNO yang baru sahaja berlalu, DRI diumumkan sebagai Ketua Bahagian UMNO Muar yang baharu apabila memperoleh 366 undi, menewaskan Datuk Jalaludin Kasim yang meraih 347 undi.

Sunday, August 04, 2013

AHLI PARLIMEN MUAR TAHAN KERETA TENGAH JALAN!!!







Semalam aku sempat ke Muar join satu program yang di MP Muar, Dato' Razali Ibrahim. 

Program ni diberi nama Kempen Keselamatan Jln Raya utk raikan kepulangan para Perantau ke Kampung kerjasama dengan PDRM. 

Selain itu ada juga masak bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai. 

Program ini diadakansi di Medan Selera Jln Maharani Muar.

Lepas program tu aku sempat jugak join majlis berbuka puasa DO Muar, OCPD Muar, YDP Muar, Ketua UMNO Bhg Muar, MPKP Muar, Pemuda Muar, Belia serta Penutup Peserta Mantap 3.

Syabas dan tahniah kepada MP Muar kerana setiap tahun tak lupa untuk adakan program yang baik ini. Semoga terus diberikan rezeki agar tahun dapat buat lagi..

Amin.

JPX

Wednesday, June 13, 2012

PAS MELAMPAU KAITKAN HAJI DENGAN UNDI POLITIK:RAZALI






KUALA LUMUR 12 Jun – Meletakkan pertimbangan yang sama antara ibadah dan kerja dunia merupakan suatu tindakan yang melampau dan mengejutkan.


Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, tidak semua perkara boleh dipolitikkan tambahan lagi apabila ia melibatkan perkara berkaitan ibadah.


“Perkara menunaikan ibadah haji ini merupakan perkara selangkah ke hadapan yang perlu dilakukan oleh umat Islam berbanding dengan perkara dunia. Oleh itu, ia tidak seharusnya diletakkan dalam pertimbangan yang sama.


“Jika semua perkara (menunaikan haji) kita jadikan sebagai agenda politik, akhirnya ia kana memudaratkan kita kerana ia mampu meruntuhkan kepercayaan dan pegangan agama kita,” katanya ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini.


Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata demikian bagi mengulas tindakan Pas meminta ahlinya yang terbabit secara langsung dalam piihan raya umum ke-13 supaya menangguhkan ibadah haji.


“Kita hanya perlu berserah kepada Allah SWT berhubung perkara boleh menunaikan haji atau tidak selepas kita berusaha kearahnya. Namun, jika ibadah didahulikan, ia sesuatu yang melampau,” katanya. -- KLPOS

Thursday, May 24, 2012

APA RAZALI IBRAHIM NI BUAT???



Tak Keris sangka Dato' Razali Ibrahim menyahut cabaran kami blogger UMB untuk karaoke di khalayak ramai. Sporting! itu yang Belia mahukan sebagai tanda Pemimpin tidak kisah untuk bersama dengan rakyat tidak kira dimana. Ini mandat peribadi beliau kepada semua belia di Malaysia dan kepada Pemuda Barisan Nasional.


BEE ANT BLUES adalah satu inisiatif PEMUDA BN untuk mencipta jenama mereka sendiri dalam bidang pengurusan acara (event management). Ini untuk membuka peluang kepada anak muda yang berbakat, inovatif dan berwawasan merebut peluang untuk sama-sama menjayakannya.

KARNIVAL BEE ANT BLUES akan berlangsung untuk pertama kalinya pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23-27 Mei ini. Pelbagai acara menarik telah dirancang pada karnival tersebut, melibatkan aktiviti kesenian, hiburan, motivasi dan kerohanian.

Segmen yang dinamakan BEE ANT BLUES PORT merupakan tempat berhimpun, lepak dan santai anak-anak muda yang rajin bekerja, mempunyai semangat berpasukan dengan gerak-kerja tersusun, penuh semangat patriotisme dan taat kepada pemimpin.

Pemilihan BEE (lebah) & ANT (semut) merupakan perlambangan bagi sifat rajin, kerja berpasukan yang tersusun dan patuh kepada arahan ketua. 

Tuesday, February 21, 2012

SIAPA YANG IRI HATI DENGAN RAZALI IBRAHIM???!!!


 
BETUL LER TU DATO'...
KALAU MEREKA..
SEMUA BOLEH...
KALAU KITA...
SEMUA TAK BOLEH...
ADA JER SALAH...
ADA JER TAK KENA...
MEMANG SUSAH NAK BUAT KERJA...
KALAU PAKATAN RAKYAT NI JENIS CEMBURU BUTA!!!
KITA BUAT JER KERJA KITA...
BIARKANLAH MEREKA TERUS MENGATA...

JPX

MUAR 20 Feb. - Iri hati terhadap kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat khususnya membantu golongan berpendapatan rendah mendorong pembangkang menuduh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah dan usaha memancing undi.

Sambil menyifatkan tindakan pembangkang itu hanya untuk memesongkan pemikiran rakyat, Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berharap 20,000 penerima BR1M di kawasan itu tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah tersebut.

"Dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ia dibuat kerana iri hati terhadap kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat.

"Kita perlu bersyukur dengan pemberian ini. Kalau di negara lain tidak ada bantuan seperti ini.

''Kalau bantuan ini dikira rasuah, adakah semua bantuan kerajaan selama ini dalam bentuk subsidi dikira rasuah?" katanya selepas menyampaikan BR1M di Sekolah Kebangsaan Parit Jamil, Parit Tengah di sini, kelmarin.

Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa pemberian BR1M adalah satu bentuk rasuah serta usaha memancing undi.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, pembangkang akan terus meracuni fikiran rakyat supaya membenci kerajaan dengan harapan sokongan akan berpihak kepada mereka.

Beliau memberitahu, sebanyak RM10 juta diberikan kepada 20,000 penerima BR1M di kawasan Parlimen yang diagih-agihkan dalam tiga fasa.

Sementara itu, seorang penerima, Hasni Abd. Ghani, 34, dari Kampung Parit Kassim Laut tidak menganggap pemberian itu sebagai rasuah, sebaliknya satu rahmat.

Bapa kepada dua anak itu berkata, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya yang bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan hanya antara RM700 hingga RM800 sebulan.

"Saya bersyukur atas keprihatinan kerajaan lebih-lebih sekarang hasil tangkapan tidak menentu. Wang ini akan digunakan untuk membeli barangan keperluan harian," katanya


Wednesday, November 30, 2011

KESAH RAZALI IBRAHIM DAN "WET DREAM"


Aku sempat kutip beberapa maklumat semasa ditakdirkan Allah untuk bersama seketika denganYB Dato' Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Bila ada rakan yang bertanya tentang apa komen beliau berkenaan konvesyen seks PKR yang berlangsung di Johor, secara spontan beliau menjawab, "PKR akan jadi seperti kejar tak dapat, yang dikendong tercicir"

Bila tanya semula kenapa??? YB Razali jawab PKR buat konvensyen kat Johor dalam usaha untuk tawan Johon dalam PRU 13 tapi dalam masa yang sama mereka tinggalkan tempat yang mereka sedang duduki.

Jadi aku analisa sikit maklumat ini dan aku jumpa kebenarnya. Memang PRK ini tamak dan haloba dan memang sedang kemaruk nak berkuasa.

Jika kita ambil sedikit masa untuk kaji dan ambil tahu tentang aktiviti wakil rakyat PKR di tempat mereka, tentu sahaja kita akan terperanjat dengan maklumat yang kita dapat. 

Wakil rakyat PKR tidak ambil peduli dan tinggalkan kawasan mereka dan sebuk "bekerja" untuk menuju ke Putrajaya. Kebajikan rakyat diabaikan dengan alasan PKR memperjuangkan keadilan. 

Mengapa perlu korbankan rakyat hanya kerana agenda politik PKR???

Apakah hanya dengan hanya kerana Johor tua rumah konvensyen PKR, mereka boleh kata mereka akan tawan Johor dalam PRU 13???

Apakah PRK fikir rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan dan akan terus menyokong mereka???

Rakyat Johor tidak mungkin akan terpedaya dan PKR menawan Johor tidak lebih dari hanya "mimpi basah" PKR!!!

JPX

Tuesday, September 27, 2011

GEMPAR: KARPAL SINGH DISERANG STROKE DAN TAK BOLEH BERCAKAP


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa menyatakan pendapat serta pendiriannya mengenai rakaman video terbaru didakwa memaparkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan masuk dan keluar daripada lif bersama rakannya, Datuk Shazryl Eskay.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, penjelasan Karpal Singah sebagai seorang peguam penting.

PAPAR 26 Sept. - Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar menyatakan pendiriannya berhubung video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur dari China, sekali gus menjelaskan ketetapan sebenar parti itu dalam isu berkenaan.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sudah tiba masanya untuk Karpal berbuat demikian ekoran tersebarnya rakaman video terbaru yang didakwa memaparkan imej Anwar berjalan masuk dan keluar dari lif bersama rakannya, Datuk Shazryl Eskay.



WEI SINGH...
APA PASAL DIAM???
LU KAN KING...
TAKUT KA???
KING MANA BOLEH TAKUT...
LU LAGI KATA LU RIMAU JELUTONG...
RIMAU MANA BOLEH TAKUT...
CAKAP LER APA ORANG SUDAH TANYA SAMA LU...


APA PASAL LU SENYAP???
BERAPA ANWAR SUDAH BAYAR SAMA LU??
KITA TAU LU TAU SIAPA ANWAR SEBENARNYA...
APA PASAL LU SANGAT COVER ITU ORANG...
ITU ORANG JAHAT LAH SINGH...
JANGAN TOLONG SAMA DIA...
KASI TAU RAKYAT MALAYSIA SIAPA DIA...
NANTI LU BOLEH DAPAT PAHALA...


WEI SINGH...
CUKAP-CUKUPLAH...
LU PUN SUDAH TUA...
APA LAGI LU SIMPAN ITU RAHSIA...
KASI TAULAH SAMA KITA....
ADA BERANI KA???


JPX

Saturday, April 23, 2011

DATO' RAZALI IBRAHIM JADI MAT REMPIT???





1. Dalam sibuk Ahli Parlimen Muar ni kerja, ada juga masa nak merempit. Tapi Dato Razali bukan sebarang Mat Rempit. Ini rempit untuk kebaikan dan yang paling penting ikut undang-undang punya...

2. YB Dato Razali telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agong Muar Bikers Club (MrBC) petang tadi. Meyuarat dwi tahunan tersebut diadakan di Marina Tanjung Emas, Muar.

3. Marina Tanjung Emas ni memang sempoi. Nama pun tanjung, lepak petang-petang dengan orang tersayang, nengok laut sambil bincang nama anak memang sesuai...hehehee

4. Balik pada cerita tadi, untuk ke Mesyuarat MrCB, Dato' Razali ni bawak skuter dia sambil diiringi oleh motor berkuasa besar dari kelab tersebut. Konvoi ni round satu bandar Muar sebelum ke Tanjung Emas. Kira gempak juga ler...

5. MrCB mempunyai lebih kurang 120 orang ahli telah mula aktif sejak tahun 2000. Keahlian MrCB meliputi pemilik motorsikal berkuasa besar dari segenap pelusok Muar dan ada juga ahlinya dari Singapura.

6. Razali yang juga merupakan penaung kelab tersebut memuji MrCB kerana aktif dan tanpa gagal melibatkan diri dalam apa jua program anjuran Parlimen Muar dan agensi kerajaan sekiranya dipanggil.

7. MrCB juga aktif menjalankan program kemasyarakatan. Program seperti Konvoi Amal telah menjadi acara tetap setiap tahun bagi kelab ini.

8. Dalam ucapan perasmiannya, Razali meminta agar kelab ini dapat membimbing para belia, khususnya Mat Rempit ke arah yang lebih sihat. MrCB juga diminta agar melibatkan golongan ini dalam setiap program mereka.

JPX

Thursday, April 21, 2011

BUKTI BLOGGER PAKATAN RAKYAT GOBLOK TAHAP MAKSIMA!!!


1. Nak dijadikan kesah, MOHD. DAUD TARMAN, Ketua UMNO Cawangan Kg Sri Muar telah menulis kepada Utusan untuk meminta kerajaan segera memasang lampu jalan di kampungnya.

2. Sebuah blog yang goblok, telah menulis dan JPX petik dari blognya...

"Memalukan Umno Johor je. Surat pembaca ini sepatutnya dialamatkan terus kepada Ahli Parlimen Muar. Siapa ye? Kalau tak silap penulis ialah Datuk Razali Ibrahim. Dulu dia bekas Ketua Pemuda Umno Johor, lepas tu jadi Timbalan KJ dalam Pemuda Umno Pusat. Kenapa masalah kecil macam ni masuk surat khabar? Razali ke mana? Tak buat kerja ke? Jangan harap Najib nak pilih jadi calon PRU-13? Jangan harap.......

3. Blogger tersebut ternyata membuat satu kesilapan yang besar dan memalukan dirinya sendiri. Kerana ketaksuban, niat jahat dan dengki kepada pemimpin UMNO dia telah menulis tanpa etika dan usul periksa.

4. Ternyata Tukar Tayar Baru tiada idea untuk menulis lantas surat di Utusan itu dijadikan modal untuk menghentam Ahli Parlimen Muar, iaitu YB Dato' Razali Ibrahim yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

5. Nama tayar akal pun macam tayar. KG SRI MUAR BUKANNYA DALAM KAWASAN PARLIMEN MUAR TAPI DALAM KAWASAN BAHAGIAN PULAI. JADI MENGAPA TAYAR BANGKITKAN NAMA AHLI PARLIMEN MUAR SEDANGKAN KG SRI MUAR DI LUAR KAWASAN PENTADBIRAN PARLIMEN MUAR????


6. Jelas di sini Tayar memang tak baca tinggi dan suka buat fitnah. Kalau salah cepat aja nampak kan....????

7. Kalau nak hentam pun, check fakta dulu. Kan dah buat dosa kering..... Kalau dah tayar dah bocor memang tak boleh pakai...buang aja!!!!

JPX

Friday, December 17, 2010

RIBUAN PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA!!!

Majlis Belia Kawasan Putrajaya bersama-sama dengan JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Karnival Jom Cari Kerja, Azam Kerja 1Malaysia di Kompleks Kejiranan Presint 9 Putrajaya, pada 18-19 Disember 2010. Majlis perasmian Karnival Jom Cari Kerja akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Razali Ibrahim pada jam 11 pagi, hari Sabtu, 18 Disember 2010.

Berbanding program penempatan kerja Azam 1Kerja yang dianjurkan di seluruh negara ketika ini, Karnival Jom Cari Kerja cuba mengambil pendekatan baru, iaitu dengan menjadikan program ini terbuka kepada semua pengunjung dan turut membuka ruang kepada individu yang mempunyai minat untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Walaupun golongan sasaran bagi program adalah untuk golongan belia, pelajar Institusi Pengajian Tinggi, suri rumah dan ibu tunggal yang tinggal di dalam Kawasan Parlimen Putrajaya, namun pengunjung dan pemohon kerja dari luar Putrajaya juga turut dijemput untuk mengambil bahagian. Sehingga hari ini terdapat 6,232 jawatan kosong ditawarkan dan 1,300 jawatan adalah untuk golongan graduan.

Dari segi format, Program JOM Cari Kerja ingin memberi fokus terhadap penyelesaian masalah belia melalui usaha mengadakan peluang kerjaya, penempatan kerja dan penyertaan dalam bidang keusahawanan. Program ini akan mengambil bentuk karnival bersifat ‘One stop Centre’ selama dua hari melibatkan lebih daripada 40 majikan, termasuk pemain industri utama seperti Petronas, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Digi, Mydin, KFC, Sushi-Kin, RapidKL, ADABI dan banyak lagi. Selain pameran kerjaya, para majikan juga akan mengadakan temuduga terbuka. Pada waktu yang sama JobsMalaysia akan membuat pendaftaran kerja secara dalam talian, taklimat dan kaunter khidmat pelanggan, ceramah motivasi dan kerjaya untuk manfaat setiap pengunjung yang berminat.

Dalam program ini, golongan muda dan penganggur turut diberikan pendedahan dari segi ceramah persiapan minda dan tips bagi menghadapi temuduga dan peluang ditemuduga secara terus. Mereka juga berpeluang untuk terlibat dalam pelbagai bengkel kemahiran dan keusahawanan. Di dalam bengkel-bengkel kemahiran ini, pengunjung akan diberikan pendedahan bersifat hands-on oleh pakar masakan, kraftangan, rawatan muka dan jahitan.

Pada waktu yang sama, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan membuka peluang melalui penajaan kepada golongan belia, ibu tunggal dan suri rumah yang ingin menambahkan pendapatan melalui latihan keusahawanan dalam bidang-bidang tertentu. Peluang penajaan ini terhad kepada 100 peserta yang berminat dan maklumat lanjut boleh diperolehi melalui Jobsmalaysia 03-83202713/14/15.

Saturday, December 04, 2010

ANWAR SANG PELIWAT BAKAL DIHUKUM GANTUNG!!!!!!



1. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Sang Peliwat dipercayai akan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung fitnah bahawa kerajaan Umno-BN mengupah syarikat kononnya pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.

2. Peguam dan juga sahabat karib Sang Peliwat tersebut, Kepal SinghKey ternyata tidak dapat membela Anwar kali ini. Langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh mereka ini, macam biasa, CABUUUUT!!!

3. Semuanya bermula apabila Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga ahli parlimen Muar, YB Dato' Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh ahli parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn.

4. Kepal SinghKey dan Sivarasa, Ahli Parlimen Subang Jaya bangun membantah dan mempersoalkan mengapa perlu tergesa-gesa dan YB Dato' Razali menjawab, "mengapa tidak." Syabas diucapkan kepada Dato' Razali, kalau nak harapkan Pemuda yang lain, bantai di Twitter boleh ler...heheheheh.

5. Ternyata kekurangan idea dan yakin tidak lagi mampu untuk mempertahankan Anwar, Kepal SinghKey, kononya atas tanda protes, mereka ini angkat kaki cabut lari meninggalkan mesyuarat tersebut.

6. Nampaknya masa untuk Anwar Sang Peliwat untuk ke Sungai Buloh semakin hampir. Peguam kanan dia pun dah tak boleh jawab sebab "lobang" Sang Peliwat ini semakin besar dan sudah tidak boleh ditutup lagi.

7. ANWAR PERLU BERTAUBAT DAN KITA DOAKAN DIA PUNYA CUKUP MASA!!!

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa