Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, April 04, 2014

GEMPAR PAGI JUMAAT:WAJAH SEBENAR HANIMURA YAKUZA YANG NAK TEMBAK NAJIB RAZAK DIDEDAHKAN!!!


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa akaun FB yang bernama HANIMURA YAKUZA yang telah memuat naik status mahu menembak Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak pada 26 Feb 2014 adalah satu akaun PALSU!!!

Gambar beberapa orang pemuda yang berasal dari Bakri, Muar, Johor dalam akaun tersebut bukan pemilik akaun FB itu dan langsung tidak tahu menahu tentang wujudnya akaun HANIMURA YAKUZA dan penggunaan gambar mereka dalam akaun tersebut.

Pemuda-pemuda ini juga amat terkejut dengan insiden ini dan hanya maklum tentang perkara ini setelah dimaklumkan oleh ahli keluarga dan sahabat mereka yang lain.


Mereka menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka dalam perkara ini dan laporan polis telah dibuat bagi membersihkan nama baik mereka yang telah tercalar akibat insiden ini.

Aku yang bertemu dengan pemuda-pemuda ini telah diberitahu, sejak insiden tersebut hidup mereka sudah banyak berubah.

Mereka takut untuk keluar ke tempat awam dan ada yang sudah bercuti kerja lebih dari seminggu.

Mereka khuatir dengan keselamatan diri dan lebih lagi keselamatan ahli keluarga mereka kerana identiti HANIMURA YAKUZA itu telah memapar gambar-gambar mereka di dalam akaun tersebut.

Keadaan lebih "menakutkan" bagi mereka apabila media arus perdana terus melaporkan insiden ini dan sekaligus mengangkat isu ini sebagai isu nasional. 



Jadi aku harap dengan penerangan ini dapat bantu pemuda-pemuda ini membersihkan nama baik mereka. Mereka sangat kesal dan berharap agar pihak berkuasa dapat menjejak siapa dalang sebenar di sebalik insiden ini.

Mereka berharap agar seluruh rakyat Malaysia menerima penjelasan ini dan tidak lagi mengaitkan mereka dengan nama dan perbuatan HANIMURA YAKUZA yang sangat biadap itu.

Mereka juga berharap agar media massa, terutamanya blogger dan Facebooker dapat membuat pembetulan dalam laporan mereka dan menerangkan hal yang sebenarnya sekaligus membantu membersihkan nama baik mereka supaya mereka kembali menjalani hidup seperti biasa.

Selebihnya mereka serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengesan siapa dalang di sebalik nama HANIMURA YAKUZA 

Aku sangat yakin dan percaya bahawa ini adalah kerja jahat Red Bean Army yang memang terkenal dengan kerja-kerja yang sebegini rupa.  Semoga pihak berkuasa dapat mengesan siapa HANIMURA YAKUZA dan bawa penjahat itu ke muka pengadilan!!!

JPX


4 comments:

Anonymous said...

Skmm tak boleh siasat ke, buat forensic investigation. Lepas tu dakwa siapa yg terlibat , make sure dikenakan penjara bukan setakat denda je. Kena serius lah buat kerja supaya jadikan pengajaran kpd yg lain. Jangan sampai cacing naik ke mata baru nak bertindak. Orang gomen ni memang lembab buat kerja. Cakap dgn bos supaya kurangkan mesyuarat dan main golf, lebihkan kerja yang asasi. Repot polis dah dibuat, jangan terhegeh2,nak ambil tindakan

Anonymous said...

Polis patut siasat dan tangkap dan dakwa pemilik akaun. Polis UTK yang jaga PM patutnya pantau perkara macam ni. Penyokong pembangkang ni kan taksub dengan US? Dalam kes ugut ni baik kita ikut cara mereka.
http://www.huffingtonpost.com/tag/obama-death-threats

QalamQabut said...

Ya, kerja RBA... Abaikan saja...

Tapi sampai bila wahai menteri yang bertanggungjawab? Nak biarkan sampai bila?

Atau mungkin tak ada cara kerajaan nak hapuskan RBA ni?

Anonymous said...

Skmma dan polis biasa siasat jika mengancam pemimpin pembangkang..wah tu maha cepat siap tubuh pasukan khas...pelik kerajaan kangkong

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa