Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Shamsul Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Shamsul Iskandar. Show all posts

Tuesday, April 01, 2014

AHLI PARLIMEN BUKIT KATIL SANGAT MEMALUKAN!!!


Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Isnin memfailkan notis permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya menyertai perhimpunan 'Blackout 505' di perkarangan sebuah masjid, di sini. 

Shamsul Iskandar memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Fahda Nur & Yusmadi di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. 

Dalam permohonan itu, Shamsul Iskandar, yang juga ketua Angkatan Muda Keadilan, mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah cacat, defektif dan tidak menepati kehendak-kehendak tempat larangan, selain ia adalah satu penyalahgunaan proses dan mempersenda keadilan. 

Beliau mendakwa pertuduhan itu lebih cenderung bermotif politik, perbuatan pendakwaan terpilih, dilakukan dengan niat jahat dan menjejas kedaulatan undang-undang. 

Shamsul Iskandar yang hadir bersama peguam Yusmadi Yusoff memohon pertuduhan di bawah Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan 2012 terhadapnya digantung dan/atau diketepikan dan dibatalkan. 

Beliau berkata seksyen itu tidak digubal secara berperlembagaan dan bertentangan dengan Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, yang menyekat hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman termasuk perhimpunan di dalam kawasan jarak 50 meter di tempat ibadah yang telah disenarai sebagai tempat larangan untuk berhimpun. 

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar memohon perintah mahkamah supaya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu. 

Pada 5 Ogos 2013, Shamsul Iskandar; Timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36; dan Naib Ketua, Mohd Nazree Mohd Yunus, 29; mengaku tidak bersalah menyertai perhimpunan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di sini antara 12 tengah hari dan pukul 1.15 tengah hari pada 22 Jun. 

Tuesday, January 03, 2012

SAM KETOT ISYTIHAR PKR CABANG JASIN BUBAR!!!




NAIB KETUA CABANG PKR  DAN AJK TERTINGGI PKR CABANG JASIN BERGAMBAR BERSAMA PENOLONG SETIAUSAHA PEMUDA UMNO JASIN SETELAH ISYTIHAR KELUAR MENINGGALKAN PKR

HEBAT SAM KETOT...
BERKOKOK MACAM AYAM LAGA...
DARI HARI TU AKU TANYA..
KAU KENAL TAK INSAN DALAM GAMBAR DI ATAS...
KAU SIKIT TAK JAWAB...

MEMANG KAU NI JENIS AYAM KATIK JER..
CERITA BAGAI NAK RAK...
TAPI ISINYA KOSONG AJA...
AKU TANYA DARI HARI TU KAU TAK JAWAB LAGI...
KAU DAH SEBUK CERITA MEMBELA PELIWAT...

KAU BETULKAN TEMPAT KAU DULU...
PKR JASIN DAH TINGGAL BERAPA KERAT JER...
BAIK KAU BETUL KAN DULU...
KALAU TIDAK...
TAK MERASA KAU NAK JADI YB KAT JASIN...
KALAU AHLI TAKDE...
TAK MUNGKIN ADA PENGUNDI..
YE TAK???


HEY SAM KETOT...
TAK PAYAH NAK SEBUK KUMPUL ORANG KAT MAHKAMAH...
MEH SINI JAWAB SOALAN AKU DULU LER...

JPX

Saturday, September 03, 2011

TERKINI:SHAMSUL PENDEK ISYTIHAR AMK PENYOKONG KOMUNIS



Wujud lagi rupanya manusia katik berotak udang ni dalam negara Malaysia yee.. Gua ingat dia sudah migrate ke Turki sebab dulu dia kata negara luar lagi bagus dari Malaysia..

Gua pun heran.., kenapalah mamat katik ni suka sangat menyalak salahkan kerajaan? Tak ada langsung ke jasa kerajaan yang mengalir dalam darah daging dia?

Sekarang ni dia tuduh kerajaan sengaja ubah sejarah. Dia tak mau generasi muda kibarkan bendera negara secara membuta tuli pasal kononnya sejarah yang ada sekarang ni bukannya sejarah yang sebenar..

Kalau bendera negara sendiri tak boleh nak kibar.., takkan Samsul Iskandar nak suruh anak-anak muda kibarkan bendera komunis pulak?

Mamat katik ni juga mahu semua content buku teks sejarah diubah semula pasal kononnya ia dicaturkan oleh polemik sempit pemerintah UMNO/BN.

Gua dah konpius..., sejak bila pulak si mamat katik yang bernama Shamsul Iskandar ni jadi pakar sejarah?

Dan dari kecik sampai sekarang.., dia belajar sejarah negara mana agaknya sampaikan tak tahu sejarah negara sendiri? Bengong !!!


Generasi muda di negara ini harus membahas, mengkaji dan menulis semula teks sejarah negara ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, kemerdekaan bukan sekadar laungan dan kibaran bendera sedangkan sejarah sebenar dikaburkan pemerintah dan harus kembali dibuka dan dibahas agar yang hak diletakkan ditempat yang betul.

“Selepas 54 tahun kemerdekaan, generasi muda harus berani menyingkap sejarah. Mengibar bendera dan melaung merdeka bukan penyelesaian mutlak.

“Sejarah yang dikaburkan pemerintah harus dibuka kembali dan dibahas agar yang hak diletak di tempat yang betul,” katanya pada kenyataannya, hari ini.

Katanya, polemik mengenai sisi sejarah yang berbeza daripada teks sekolah harus dibahas di kalangan rakyat, khususnya generasi muda berbilang kaum.

Justeru, beliau berkata, makna kemerdekaan dan pemahaman sejarah dapat memperbetul ‘ketaatan membuta tuli’ yang membelenggu mentaliti politik sempit tajaan Umno Barisan Nasional (BN).

“Adalah malang apabila Umno BN lebih sanggup melihat rakyat buta sejarah berbanding memaknai kemerdekaan dengan penghayatan sejarah yang mendalam.

“Inilah akibatnya apabila nasionalisme ditakrif sebagai ‘Barisan Nasionalisme’, bukan sayangkan negara mendahului hal lain,” katanya.

SUMBER: MEDIA PERMATANG PAUH 

Wednesday, February 02, 2011

GEMPAR: SAM KETOT BERCITA-CITA MAHU JADI MASYIDUL AM

"Ana janji, jika ente beri ana peluang, ana akan langkah mayat Kepal Singkey untuk tubuh negara Islam"

1. Kerakusan Shamsul Iskandar a.k.a Sam Ketotmenawarkan dirinya untuk kerusi DUN Merlimau terus menerus mejana kemarahan rakan mereka dari PAS.

2. Terduhulu niat Sam Ketot untuk merampas hak PAS di Merlimau dikecam hebat oleh Ketua Pemuda dan mendapat tentangan dari seluruh umat PAS. Penganut PAS berkeras menyatakan bahawa kerusi DUN Merlimau adalah hak mereka.

3. Namun, Sam Ketot dengan angkuh telah meyatakan bahawa PAS tidak layak untuk bertanding kali ini kerana telah gagal dalam beberapa siri PRK dan yang terbaru di Tenang. Sam Ketot seakan menyalah PAS kerana gagal dalam PRK terdahulu dan mahu PKR yakni dirinya dicalonkan untuk DUN Merlimau.

4. Setelah mendapat tentang PAS, Sam Ketot telah berunding dengan PAS untuk membenarkan dia bertanding menggunakan tiket PAS. Hal ini masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan dilaporkan.

5. Sam Ketot yakin dengan kapasitinya selaku Ketua AMK mampu untuk memenangi PRK Merlimau dan meyakinkan PAS untuk memberikannya peluang untuk melunaskan niatnya bergelar ADUN.

6. Sam Ketot juga ada bertemu dengan dewanya, Anwar Sang Peliwat untuk memohon bantuan dan pertolongan melobi tempat di Merlimau.

7.Yang paling menggelikan hati, Sam Ketot dilaporkan telah berjanji kepada penganut PAS untuk berjuang melaksanakan Negara Islam secepat mungkin jika PAS mengizinkan dia bertanding di Merlimau.

8. Sam Ketot telah belajar cara-cara memakai serban dari Pok Nik meminjam beberapa pasang selipar dan Tuan Guru Keramat itu.

9. Persoalan yang paling besar, ADAKAH SAM KETOT BENAR-BENAR BERANI MAHU BERTANDING DI MERLIMAU...sama-sama kita nantikan!!!

JPX

Tuesday, February 01, 2011

SHAMSUL ISKANDAR BERKERAS MAHUKAN KERUSI MERLIMAU???!!!


1. Dari sumber yang boleh dipercayai, PAS Negeri Melaka yang telah bermesyuarat malam tadi berkeras dan akan mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

2. PAS Melaka  tidak akan memberikan kerusi itu untuk dipertandingi oleh mana-mana parti dalam pakatan dan memohon agar ahli pakatan terutamanya PKR menghormati perkara ini.

3. Berkaitan memberikan laluan kepada Shamsul Iskandar Ketot bertanding tetapi di atas tiket PAS hal ini masih belum ada keputusannya.

4. Terdahulu Shamsul Iskandar menuntut agar kerusi DUN Merlimau diserahkan kepada PKR dan mencadangkan dirinya untuk bertanding di kerusi tersebut. Ini kerana PAS gagal di Tenang dan beberapa siri Pilihanaya kecil yang lalu.

5. Shamsul juga yakin jika PKR diberikan peluang, Pakatan akan memenangi PRK itu. Penduduk setempat juga mahu melihat Ketua AMK diberikan peluang bertanding sekaligus membuktikan bahawa Pakatan benar-benar berbeza dari parti yang lain.

6. Terserah kepada Shamsul Ketot samada berani atau tidak untuk bertanding di Merlimau!!!

JPX

Wednesday, January 12, 2011

SHAMSUL ISKANDAR SUKA AKSI "GANG-BANG"??


1. Ketua AMK, Shamsul Iskandar a.k.a Sham Ketot sekali lagi buat lawak jenaka dalam usaha mendapatkan perhatian Big Bossnya yang suka meliwat.

2. Kalau tak silap dulu, si Ketot ni pernah terkencing dalam seluar masa mahu tunjuk hero di Melaka. Dia mungkin  tak mampu untuk ingat benda ini kerana peristiwa terkencing ini berlaku di negerinya sendiri.

3. Kali ini dicuba jadi hero dengan menawarkan Debat dengan 3 ahli panel setiap parti. Memetik tulisan blogger handalan Malaya, SEMUT HITAM, "Apa barang ajak 'geng' berdebat. 3 orang panel pulak tu. Si Sam Ketot ni tak ingat ke KJ pernah berhadapan dengan ribuan pengkut PAS sewaktu beliau jadi Naib Ketua dulu?"   >>>TERUS BACA DI SINI<<<

4. Si Ketot ni nak jadi Ketua AMK pun mintak tolong dan simpati peliwat ada hati nak jadi hero. Dia ni nak jadi hero cerita kartun pun tak lepas...

5. Apa yang pasti, Si Ketot ini akan terus menjadi bahan lawak jenaka dalam dunia politik Malaysia.
BUAT MALU ORANG JASIN JER....TUIH!!!!

JPX

Friday, December 17, 2010

PKR MENGHAMPIRI "KIAMAT" : SEWA PEJABAT PUN TAK MAMPU BAYAR!!!!!


1. Dalam sibuk Anwar dan kaum keluargnya menuju ke Putrajaya, mereka terlupa banyak perkara. Salah satu daripadanya, membayar sewa pejabat.

2. Seorang blogger handalan, Anak Seberang telah melaporkan bahawa Parti Keadilan Rakyat Terengganu diarah kosongkan premis pejabat kerana gagal bayar sewa bulanan tertunggak lebih enam bulan. >>>LAPORAN PENUH DI SINI<<<

3. Sumpah buat malu muka!!! Cerita gah satu dunia kenal, cita-cita tinggi mahu jadi Presiden. Kawan dengan Yahudi tapi sewa pejabat tak mampu nak bayar.

4. Jika inilah mereka yang kononnya mahu membawa Malaysia ke era yang lebih baik, baik tak usah. menguruskan parti cabuk pun tidak mampu, ini mahu mengurus negara. Silap-silap, habis Malaysia kena jual.

5. Saudagar mimpi lebih elok terus bermimpi dan bila terjaga terus usaha bagaimana untuk sambung tidur agar dapat mimpi yang lebih indah!!!

6. Sebelum terlupa, dengar cerita Shamsul Iskandar punya cabang pun ada masalah bayar sewa pejabat....hehehehehe!!!

JPX

Saturday, November 27, 2010

CHE'GU BARD KECEWA KALAH: TUBUHKAN KUMPULAN BAJU HITAM


1. Setelah kecewa dengan kekalahan yang terancang oleh Anwar Sang Peliwat, Che'gu Bard telah menubuhkan sepasukan kumpulan "Baju Hitam" untuk menuntut keadilan untuk Parti Keadilan Rakyat.

2. Kumpulan "Baju Hitam" ini dikesan turut hadir di Kongres Keadilan yang diadakan siang tadi di dewan Sivik MPPJ. Kumpulan yang ditubuhkan, atas arahan Che'gu Bard ini adalah sebagai satu tanda protes dan menuntut agar Parti Keadilan Rakyat berlaku adil!!!

3. Che'gu Bard juga dilihat berbaju hitam menguatkan lagi dakwaan bahawa dialah yang menubuhkan kumpulan "Baju Hitam" ini. Walaupun menafikannya, Che'gu Bard punya sebab kuat untuk dikatakan sebagai ketua kumpulan Baju Hitam ini.

4. Setelah kalah dalam pemilihan sebagai ketua AMK yang baru, dia juga mengupah Timbalan Ketua AMK Fariz Musa untuk memujuk Shamsul Iskandar bagi memastikan Che'gu Bard mempunyai tempat di senarai tertinggi AMK.

5. Sesuatu yang menarik dan di luar pemikiran manusia normal. Parti yang kononnya memperjuangkan keadilan, kini terpaksa mengemis untuk mendapatkan keadilan. Ini adalah berpunca apabila mereka yang gila kuasa dan tamak haloba dipilih menjadi pemimpin.

6. Selain itu, sikap pengikut parti yang sangat taksub dan membuta tuli juga dilihat sebagai punca mengapa parti ini menjadi bahan lawak jenaka dan tempat fitnah dan kejahatan paling besar berlaku.

7. Jika Angkatan Muda Keadilan punyai manusia yang sebegini rupa untuk mewarisi negara ini, sudah pasti masa depan adalah hala tuju mereka. Rakyat dalam bahaya di tangan pemimpin sebegini.


*gambar dari GELOMBANG RAKYAT

TOLAK PAKATAN RAKYAT UNTUK MASA DEPAN YANG TERJAMIN!!!

JPX

Friday, November 26, 2010

SHAMSUL ISKANDAR TERKENCING LAGI!!!

1. Kongres Angkatan Muda Keadilan yang berlangsung pagi tadi di Dewan Banquet MPPJ adalah bukti terbaru Keadilan sudah ketandusan pengikut dan sudah semakin hampir ke penghujungnya.

2. Rakan Blogger, Melayu Cindia melalui laman blognya, Gelombang Rakyat melaporkan, Ketua AMK , Shamsul Iskandar juga berbohong apabila mengatakan kehadiran menjangkau 1000 orang namun kurang 400 orang dewan ternyata penuh dengan kerusi kosong.


3. Semoga Shamsul tidak terkencing lagi bila papa Anwar marah kenapa tak ramai yang datang pagi tadi yer....

JPX

Wednesday, November 17, 2010

SHAMSUL ISKANDAR: KENAPA MASAM MUKA???


1. Tahniah JPX ucapkan kepada Shamsul Iskandar yang dapat anak baru. JPX baru balik dari kenduri Cukur Jambul anaknya yang diadakan di rumah Pak Mertuanya. Untuk pengetahuan semua, Shamsul ini kita orang kampung JPX juga.

2. Selesai makan, kita pun balik. Jadi si Shamsul ni menghulurkan "berkat" untuk dibawa pulang. Dalam peluang itu, sempat juga berborak tentang hal negara. JPX saja tanya pasal Pemilihan PKR. Ternyata si Shamsul tak mampu menjawab dan terus tarik muka.

3. Oleh kerana menghormati majlis dan Pak Mertua si Shamsul ni, JPX terus minta diri. Dalam hati kata, padan muka Shamsul, jadi mangsa liwat boss sendiri. Dulu ada hati nak buka cawangan Keadilan di kampung JPX. Sekarang orang dah tak mahu pakai engkau, duduk kampung jer jaga anak.

4. Dengan nada ikhlas, JPX ucapkan tahniah sekali lagi.

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa