Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label SYIAH. Show all posts
Showing posts with label SYIAH. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

MAT SABU BAKAL BERDEPAN TINDAKAN JABATAN AGAMA ISLAM???!!




Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap sesiapa di negeri itu yang terlibat dengan fahaman Syiah kerana ia terbukti menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata ia selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Okt 2013 bahawa fahaman berkenaan bercanggah dengan ajaran Islam mengikut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Mana-mana individu yang didapati mengamalkan ajaran dan fahaman Syiah boleh diambil tindakan kerana melakukan kesalahan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda atau hukuman penjara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAIS akan terus memantau kegiatan penganut fahaman itu menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama pada sambutan Hari Karbala, acara yang disambut setiap tahun oleh penganut Syiah pada 10 Muharam.

Mengulas lanjut, Haris berkata fahaman syiah diharamkan kerana ajarannya menyeleweng, menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar serta boleh menimbulkan bahaya dan perpecahan kepada umat Islam.

Menurut Haris, terdapat 22 elemen yang dikenal pasti terkandung dalam fahaman Syiah dan telah diwartakan menyeleweng oleh jawatankuasa berkenaan.

Antaranya ialah mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Aksari sebagai Imam Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan; mempercayai hanya Saidina Ali sahaja yang menghimpun Al-Quran dengan sempurna dan menyamakan taraf Saidina Ali dengan Allah.

Haris menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penganut Syiah segera membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1800-88-2424 untuk tindakan lanjut.- BERNAMA


Monday, September 08, 2014

MEMANG BETUL MAT SABU MINAT MAKAN BABI!!!


HAKIKAT bahawa PAS sedang dipecah belah kan oleh Anwar makin ketara bila sebentar tadi Mat Sabu mengumumkan bahawa Jawatankuasa PAS pusat akan menolak jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya ditawarkan Sultan.

Kalau dah tahu nak tolak, kenapa calonkan pulak? Sememangnya PAS, terutama Jawatankuasa Pusat ini suka buat kerja sia-sia.

Bagaimanapun, Mat Sabu lupa nak cakap bahawa Jawatankuasa PAS Pusat yang boleh diperalatkan sekarang, tidak mempunyai kuasa dan kedudukan yang cukup tinggi untuk buat keputusan sebesar itu sebab Perlembagaan PAS menetapkan perangka dasar, pembuat keputusan tertinggi adalah Majlis Syura Ulama yang diketuai Nik Aziz.

Majlis itu turut dianggotai Hadi Awang.

Sebagai Timbalan Presiden, Mat Sabu tidak duduk dalam Majlis Syura, berbanding dengan Hadi Awang yang bukan sahaja Presiden dengan kuasa-kuasa tertentu, dia juga adalah seorang ahli Majlis Syura.  Maklum sajalah, Hadi Awang tarafnya ulamak, sedangkan Mat Sabu, ular dalam semak.

Justeru, kenyataan Mat Sabtu sebentar tadi tidak boleh dipakai kerana ia tidak mewakili pembuat dasar sebenar yakin Majlis Syura. Sebelum ini pun dah berapa keputusan Jawatankuasa PAS Pusat ini yang tak boleh dipakai kerana tidak mengikut perlembagaan PAS yang meletakkan Majlis Syura Ulama di tingkat paling atas – nombor 3 belakang AlQuran dan Sunnah.

Mengukuhkan lagi kenyataan ini, Hadi Awang dalam sesi penerangan mengenai isu Selangor di Terengganu semalam, mengulangi sekali lagi ikrar menolak Azizah sebagai Menteri Besar yang sebelum itu disokong oleh Mat Sabu dan kuncu kuncunya dalam Majlis Syura Ulama.

Jadi apa keperluan Mat Sabu berulang kali mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bila tahu pendiriannya berlaianan dengan Majlis Syura, itu yang jadi pelik. 

Mesyuaratlah berapa banyak kali pun, dah tahu keputusan tak akan dipakai sebab Jawatankuasa PAS Pusat hanya melaksanakan dasar dan arahan, bukan merangka atau melaksana.

Itu kerja Majlis Syura.

Tapi dalam masa yang sama kita faham yang Mat Sabu mungkin terpaksa buat kenyataan macam itu sebab gaji dia dibayar oleh DAP melalui perlantikan sebagai lembaga pengarah dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. 

Jumlah tepat penulis tak tahu tapi ikut amalan korporat yang biasa, elaun sebagai ahli lembaga pengarah ini koman-koman pun 5k – tak termasuk kemudahan lain.















Itulah agaknya kenapa kiblat Mat Sabu dan sebilangan kuncu-kuncunya dalam Jawatankuasa PAS Pusat bukan pada PAS lagi, tapi pada Anwar dan sDAP, sebab itulah kenyataannya mesti condong kearah 2 pihak itu, bukan pada partinya sendiri.

Pendek kata, hujung hujungnya, ini semua cerita fuluslah dan kepentingan sendiri, itupun susah nak tangkap ke?

Thursday, December 26, 2013

TERKINI: MAT SABU SAMAN ZAHID HAMIDI 100 JUTA RINGGIT!!!


Saya tersengih-sengih membaca artikel rakan kolumnis baru-baru ini yang menyindir Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang hingga ke hari ini masih gagal memfailkan saman terhadap Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang menuduhnya berfahaman Syiah pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Memang benar, Mat Sabu khabarnya beri tempoh 3 hari untuk Zahid memohon maaf padanya secara terbuka. Malah komited dengan ugutan tersebut, Mat Sabu enggan memberi komen mengenai isu itu bila diajukan wartawan. Tapi hari ini sudah lebih dari 3 hari, Mat Sabu masih tak saman-saman Zahid. Hari ini cuti Krismas, kot?

Pada saya, sama ada masuk ke mahkamah atau tidak, isu yang melibatkan aqidah ini tidak akan memberikan sebarang kesan pada Mat Sabu.

Isu sesat aqidah bukannya seperti isu mencuri zina, mencuri dan seumpamanya. Zina misalnya menetapkan beberapa syarat dan bukti jelas di dalam Islam sebelum didakwa atau disabitkan kesalahan. Berbanding isu sesat aqidah, isu itu terlalu subjektif untuk dikemukakan bukti jelas dan nyata, apatah lagi isu ini membabitkan fahaman Syiah!

Wednesday, December 18, 2013

PAS ANGKAT MARTABAT SYIAH DI PULAU PINANG


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pas hari ini melakukan rombakan dengan mengumumkan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pucuk pimpinan parti mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk pandangan akar umbi.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan pelantikan Mohamad itu mempunyai kaitan dengan prestasi Mohd. Salleh semasa menerajui Pas Pulau Pinang.

Sunday, December 15, 2013

MAT SABU SUDAH SEBELAH KAKI DALAM PENJARA!!!???


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan memiliki bukti eksklusif 'gred A' berupa pengakuan lebih 20 orang individu yang didakwa mampu 'menceritakan' kecenderungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah.

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam kementerian itu, Zamihan Mat Zain Al-Ghari berkata, mereka merupakan individu-individu terdekat dan rapat dengan pemimpin yang dikenali sebagai Mat Sabu itu.

Jelasnya, malah individu berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi mahkamah jika diperlukan.

''Ada yang 'sekapal' dari sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang sudah bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang berkawan dengannya, yang jadi 'anak buah' dia. Mereka menyaksikan apa yang dia cakap, buat dan libatkan aktiviti-aktiviti berkaitan Syiah.

Thursday, December 12, 2013

WAJIB BACA:10 PERKARA BUKTI MAT SABU SYIAH!!!


PUTRAJAYA 12 Dis - [KEMASKINI] Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamd Radzi hari ini mendedahkan sepuluh maklumat lanjutan daripada kenyataan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas yang cenderung dengan fahaman Syiah.

Menurut Abdul Rahim, penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid adalah merujuk kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan Mat Sabu.

10 maklumat yang didedahkan KDN ialah :


1-  Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf,Khomeini didalam ruangan Fikrah, Akhbar Harakah.

2- Mat Sabu pernah menyatakan kekaguman dan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau semasa berucap pada 13 Jun 2011.

3- Pada 2008, ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia, Mat Sabu telah menggunakan pendekatan ulama Syiah (Imam Khomeoni) sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.

4- Semasa sesi temuramah bersama Timbalan Presiden Persatuan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mat Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

5- Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin Syiah itu lebih empat hingga lima kali.

6- Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin Syiah itu lebih empat hingga lima kali.

7- Beliau telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah  rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah.

8- Pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin memberitahu sahabat Mat Sabu selama 9 tahun iaitu C.N Afghani telah menjelaskan Mat Sabi kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran.

9- Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu ceramah di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005 dan

10- Tuan Guru Haji Abd. Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah menjelaskan Mat Sabu dilihat menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujud yang merupakan ajaran sinonim dengan fahaman Syiah.

Tuesday, December 10, 2013

TERKINI:MEMANG ADA BUKTI SAHIH MAT SABU PENGANUT AJARAN SYIAH SESAT!!!


SETINGGI SYABAS DAN TAHNIAH KDN...
AKU AKAN SOKONG SAMPAI SYIAH NI HAPUS  SAMA SEKALI DI MALAYSIA...
JANGAN BERI PELUANG LANGSUNG PADA KEJAHATAN INI UNTUK BERTAPAK DI SINI...
KERAJAAN TERUS BANTERAS, RAKYAT AKAN TERUS KOSONG...
JANGAN PILIH KASIH...
AHLI POLITIK KE, TIMBALAN PRESIDEN KE...
SAPU SEMUA SEKALI...
SYIAH WAJIB DIHAPUSKAN...
PADA YANG RASA BERSALAH...
BAIK SEGERA MENYERAH...
KEPADA YANG TERASA...
KAN DAH TERSIPU-SIPU MUKA...
PADA YANG TAKDE APA...
BUAT MUKA SELAMBER  JER...

JPX

PUTRAJAYA 9 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil satu sidang akhbar khas untuk menunjukkan bahan-bahan yang dapat membuktikan seorang pemimpin kanan Pas sebagai pengikut Syiah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sidang akhbar dalam masa terdekat itu akan menunjukkan pelbagai jenis bukti termasuk gambar-gambar yang dimiliki kementeriannya.

Ditanya sama ada pemimpin pembangkang berkenaan akan ditahan, Ahmad Zahid berkata, keadaan itu bergantung kepada pihak berkuasa negeri tetapi kementeriannya akan melakukan penyelarasan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan peringkat negeri.

PAS TERUS MAIN WAYANG UNTUK LINDUNGI SYIAH DI DALAM PARTI MEREKA!!!


Usul Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu menubuhkan Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat dengan kadar segera bagi mengelak masalah penyelewengan akidah yang mengancam keselamatan negara ternyata tidak diterima oleh parti PAS.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dengan cadangan Zahid itu ketika Zahid membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2013, Sabtu lalu.

Reaksi Harun Taib terhadap usul tersebut hanyalah menyalahkan Zahid kerana tidak menggunakan kuasa tertinggi sebagai individu yang menjaga keselamatan negara yang mampu bertindak untuk memastikan semua ajaran sesat dihapuskan di negara ini.

“Bagi saya, tak perlu (tubuh suruhanjaya itu), kalau dia (Ahmad Zahid) kata ada ajaran sesat di negara ini, sebagai Menteri Dalam Negeri, sepatutnya dia kena bersungguh-sungguh dan terus bertindak untuk hapuskan amalan ajaran seperti itu,” kata Harun Taib.

Monday, December 09, 2013

MENGAPA PAS TERUS LINDUNGI SYIAH DI DALAM PARTINYA???


BAGAIMANA PARTI YANG MENGAKU PERJUANGKAN ISLAM TAPI DALAM MASA YANG SAMA PUNYA PEMIMPIN YANG AKIDAHNYA TERPESONG DARI AJARAN ISLAM YANG BENAR???

KENAPA MEREKA YANG AMAL AJARAN SYIAH INI DIANGKAT PULA SEBAGAI PEMIMPIN TERTINGGI DALAM PARTI YANG  KONONNYA PERJUANGKAN ISLAM???

INI MAKNANYA PARTI ITU MEMANG DAH TERPESONG JAUH DARI ISLAM YANG SEJATI..

MAKA PARTI INI WAJIB DITOLAK OLEH UMAT ISLAM SELURUHNYA DI NEGARA INI!!!
PEMIMPIN YANG TERLIBAT DENGAN SYIAH PERLU SEGERA DIBUANG DAN DIBERIKAN HUKUMAN YANG SETIMPAL...

JPX

Oleh Nur Azlina Shaari

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti Pas perlu mengetepikan soal politik apabila berhadapan dengan isu Syiah yang masuk ke dalam negara ini.

Ini kerana, isu Syiah yang kian menular di kalangan umat Islam di Malaysia merupakan soal akidah yang perlu ditangani dengan serius sebelum ia mengelirukan umat Islam.

Zahid juga menyatakan, Pas perlu berfikir dengan wajar untuk menolak semua pemimpin parti mereka yang terang-terangan mengamalkan fahaman Syiah dan bukanlah berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

SYIAH SAMAN MENTERI KABINET MALAYSIA!!!???


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan tersebut dibuat berhubung kenyataan Zahid sewaktu beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 petang Sabtu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” jelas Mohamad Sabu kepada lidah rasmi parti tersebut, Harakah.

Sewaktu dihubungi Astro AWANI, Mat Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau ialah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Sunday, December 08, 2013

PANAS:PEMIMPIN TERTINGGI PAS SAHKAN MAT SABU PENGANUT SYIAH!!!??



HAHAHAHA...
INI SANGAT PELIK...
APA PASAL STOPA ALI CAKAP INI MACAM...???
APA YANG CUBA DIA LINDUNGI???
APA YANG CUBA DIA SAMPAIKAN MELALUI KENYATAAN DIA???
APA YANG MAT SABU TELAH BUAT???
APA YANG MAT SABU TELAH AMALKAN...???

JELAS MEMANG MAT SABU ADALAH LIABILITI DALAM PAS..
ORANG PAS PUN DAH TAHU...
TAK NAK BUAT GAYA MANA...
MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS...
ADA KUASA DALAM PARTI...
STOPA ALI SAYANGKAN PAS SEBAB TU CAKAP ITU HAL MAT SABU...

SEMOGA YANG ADA LEBIH BANYAK KUASA BOLEH GUNA KUASA UNTUK JAHANAMKAN SYIAH DI NEGARA INI...

JPX

SHAH ALAM - Pas hari ini menegaskan dakwaan terhadap Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu adalah serangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah serangan terbuka dan bersifat peribadi.

Menurutnya, Mohamad atau Mat Sabu wajar mengambil tindakan terhadap kementerian tersebut.

"Itu adalah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu.

"Kita tak akan masuk campur. Wajar Mat Sabu bertindak dan ambil tindakan terhadap menteri itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sunday, November 10, 2013

SYIAH MULA MEMBUNUH UNTUK TERUS BERDAKWAH!!!???


KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.

"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," katanya.

"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.

- BERNAMA

Friday, November 01, 2013

PAS GUNA KHIDMAT SYIAH UNTUK KEMPAN PRK DI SG.LIMAU???!!!



Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”.

Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Tuesday, October 01, 2013

MAT SABU MEMANG SYIAH SEJATI!!!


Sememangnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengakui dirinya bukan menganuti fahaman Syiah sejak namanya dikaitkan dengan penyebaran Syiah di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Namun, Mat Sabu mengeluarkan kenyataan beliau hanya mengikut dan mengaplikasikan sistem yang diamalkan dalam Syiah serta nilai-nilai yang menjadi pegangan Syiah untuk membangunkan pendirian umat Islam dan mentadbir parti PAS.

Sebagai contoh, Mat Sabu sebagai salah seorang pemberi idea penubuhan Unit Amal dalam PAS yang dibuat sempena susunan sistem pemerintahan yang diamalkan dalam Syiah.

Saturday, September 28, 2013

TIMBALAN PRESIDEN PAS SYIAH KUTUK PARTI SENDIRI


Mat Sabu Khomeini

Jarang benar boleh tengok Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melatah dan merungut dengan apa sahaja masalah dan keburukan yang melanda partinya sebab kerap kali yang dia nampak dan selalu bising ialah mengenai BN lebih-lebih lagi UMNO.

Pendek kata sekelumit zarah pun pada Mat sabu tiada yang baik berkaitan UMNO, asal naik pentas ceramah dan pegang saja microphone dari ayat awal hingga penyudah isi ceramahnya tak lain tak bukan duk maki UMNO, hamun BN, londeh pemimpin UMNO dan kritik dasar BN tanpa kira betul atau salah.

Tapi entah apa ke mimpinya pula tak semena-mena semasa diwawancara oleh portal Malaysia Insider semalam Timbalan Presiden PAS yang sedang di ambang kejatuhan ini terpaksa mengeluh sakan sambil menghentam dan mengkritik parti sendiri sampai terlondeh habis luar dalam.

Mat Sabu buat pertama kalinya mengakui dewasa ini sedang berlaku perubahan mendadak yang baru disedarinya betapa buruk reformasi minda yang sedang menjajah pemikiran ahli dan pemimpin PAS.

Wednesday, September 18, 2013

SAHABAT ANWAR IBRAHIM MAHU PERTAHAN SYIAH DI MALAYSIA!!!


Saya tidak menyangka bahawa ada juga pihak di negara kita yang mengaku beragama Islam, tapi sanggup bersuara mendesak agar pihak berkuasa memberikan hak kepada golongan Syiah untuk mengamalkan fahaman agama mereka di Malaysia.

Setahu saya, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar, Khalid Jaafar, merupakan seorang penganut agama Islam. Namun mungkin dia terlalu lama di luar negara, maka mungkin dia lupa budaya dan asal usulnya di tanah Melayu ini…

Kata Khalid, Syiah perlu diberikan hak untuk mengamalkan fahaman mereka tanpa sebarang gangguan dari sudut perundangan di Malaysia. Katanya, tiada sebarang sekatan beragama di US dan negara luar, maka Syiah perlu diberikan ruang di negara ini untuk diamalkan…

Wednesday, September 11, 2013

LAGI BUKTI PAS PENYEBAR AJARAN SYIAH!!!




Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa pemimpin PAS menjadi penyebab utama fahaman Syiah mula tersebar ke negara ini apabila ada ahli parti itu yang menghantar anak mereka mendalami mazhab Syiah di Iran selepas Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatollah Ruhullah Khamenei menang pada 1979.

Nakhaie berkata, anak mereka menuntut di Qom - pusat pengajian Syiah terulung dan terbesar dunia - dan kemudiannya membawa pulang fahaman berkenaan ke negara ini lalu menyebarkannya.

"Ini berlaku semasa saya masih di dalam PAS sebagai Naib Presiden, dan sekarang, gerakan menyebarkan ajaran ini lebih agresif daripada dahulu," katanya.

Saturday, August 31, 2013

GEMPAR MALAM MINGGU:ADUN PAS PERTAHAN SYIAH DI MALAYSIA

945746_314343985369140_647792477_n

Saya sangat tertarik untuk mengulas mengenai proses pengundian Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang berlangsung pada hari terakhir sidang DUN Kedah baru-baru ini.

Menurut sumber, rang undang-undang tersebut adalah berkaitan mengenai penularan fahaman Syiah di mana satu enakmen perlu digubal bagi mencegahnya dari mempengaruhi umat Islam di negeri jelapang padi ini.

Apa yang mengejutkan saya, hasil pengundian itu menunjukkan seramai 21 ADUN BN menyokong rang undang-undang jenayah syariah itu, manakala 9 ADUN PAS membantah, 4 ADUN berkecuali dan 2 ADUN pembangkang memilih untuk tidak mengundi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa