Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, December 10, 2013

PAS TERUS MAIN WAYANG UNTUK LINDUNGI SYIAH DI DALAM PARTI MEREKA!!!


Usul Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu menubuhkan Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat dengan kadar segera bagi mengelak masalah penyelewengan akidah yang mengancam keselamatan negara ternyata tidak diterima oleh parti PAS.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dengan cadangan Zahid itu ketika Zahid membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2013, Sabtu lalu.

Reaksi Harun Taib terhadap usul tersebut hanyalah menyalahkan Zahid kerana tidak menggunakan kuasa tertinggi sebagai individu yang menjaga keselamatan negara yang mampu bertindak untuk memastikan semua ajaran sesat dihapuskan di negara ini.

“Bagi saya, tak perlu (tubuh suruhanjaya itu), kalau dia (Ahmad Zahid) kata ada ajaran sesat di negara ini, sebagai Menteri Dalam Negeri, sepatutnya dia kena bersungguh-sungguh dan terus bertindak untuk hapuskan amalan ajaran seperti itu,” kata Harun Taib.

Kenyataan Harun Taib itu jelas menunjukkan PAS tiada kesungguhan untuk menangani permasalahan ajaran sesat yang menular dalam negara yang dilihat sangat serius pada tahun ini.

Memberikan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat menunjukkan Zahid begitu komited untuk memerangi ‘jenayah’ Syiah berbanding dengan apa yang dilakukan oleh parti PAS, hanya duduk termangu dan melihat isu Syiah sebagai isu yang kecil sahaja.

Kalau Harun Taib menyalahkan Zahid kerana tidak menggunakan kuasa tingginya untuk mengekang masalah Syiah, pemimpin dan ahli PAS lain pula berpendapat sebaliknya.

Arahan jelas dikeluarkan pada Sabtu lalu juga oleh Zahid sebagai ‘lampu hijau’ kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan kepada pemimpin PAS yang mengamalkan ajaran Syiah telah diputar-belit oleh PAS sendiri.

Buktinya, dalam laporan Harakahdaily.net, Zahid diklasifikasikan sebagai menggunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk menangkap pemimpin PAS yang sudah lama bergelumang dengan Syiah.

“Zahid Hamidi telah berbuat sesuatu yang luar biasa dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan rakan sejawatannya dalam kabinet, Jamil Khir Baharom untuk menahan orang nombor dua dalam Pas, Mohamad Sabu kerana dipercayai mengamalkan fahaman Syiah.”

Dalam laporan itu juga menunjukkan Zahid sebagai seorang pemimpin yang gila kuasa dan hanya berlakon depan para perwakilan dan rakyat Malaysia.

“Cara Zahid memberi arahan kepada Jamil Khir juga seolah-olah beliau sedang mengajar menteri yang bertangggungjawab kepada hal-ehwal agama itu untuk bertindak dan bekerja. Dengan memberi arahan juga seperti beliau merasakan dirinya sudah berjawatan lebih tinggi daripada menteri dan tidak sabar-sabar untuk meningkatkan lagi taraf dirinya sebagai pemimpin.”

Sebagai Menteri Dalam Negeri yang juga Menteri di Kementerian Pertahanan, Zahid sememangnya punyai hak untuk menggunakan kuasa beliau bagi memerangi ‘jenayah’ Syiah yang mampu menggugat keselamatan akidah umat Islam Malaysia.

Justeru, apakah salah untuk Zahid menggunakan kuasanya? Adakah Zahid tidak boleh memberikan arahan kepada Menteri lain untuk bertindak tegas yang bersabit isu agama? Dari perbezaan pendapat yang dibuat oleh Harun Taib dan pemimpin PAS lain, mereka tidak bersungguh untuk memerangi ajaran Syiah.

Kesimpulannya, perbezaan pendapat sesama pemimpin PAS menunjukkan mereka sendiri tidak bersatu dan bersungguh-sungguh untuk mengekang ajaran Syiah di Malaysia walaupun mereka acap kali menggunakan alasan PAS adalah parti Islam sebenar, yang murni perjuangkan Islam.

Sekiranya Zahid tidak menggunakan kuasa beliau, apabila ajaran Syiah semakin bahaya di negara ini, individu pertama yang akan PAS salahkan pastinya Zahid sendiri.

Hakikatnya, PAS sendiri langsung tidak mengambil tindakan yang wajar untuk menghalang Syiah apatah lagi mengambil tindakan kepada individu yang ternyata terang-terangan mengamalkan Syiah.--SUMBER

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa