Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, December 10, 2013

TERKINI:MEMANG ADA BUKTI SAHIH MAT SABU PENGANUT AJARAN SYIAH SESAT!!!


SETINGGI SYABAS DAN TAHNIAH KDN...
AKU AKAN SOKONG SAMPAI SYIAH NI HAPUS  SAMA SEKALI DI MALAYSIA...
JANGAN BERI PELUANG LANGSUNG PADA KEJAHATAN INI UNTUK BERTAPAK DI SINI...
KERAJAAN TERUS BANTERAS, RAKYAT AKAN TERUS KOSONG...
JANGAN PILIH KASIH...
AHLI POLITIK KE, TIMBALAN PRESIDEN KE...
SAPU SEMUA SEKALI...
SYIAH WAJIB DIHAPUSKAN...
PADA YANG RASA BERSALAH...
BAIK SEGERA MENYERAH...
KEPADA YANG TERASA...
KAN DAH TERSIPU-SIPU MUKA...
PADA YANG TAKDE APA...
BUAT MUKA SELAMBER  JER...

JPX

PUTRAJAYA 9 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil satu sidang akhbar khas untuk menunjukkan bahan-bahan yang dapat membuktikan seorang pemimpin kanan Pas sebagai pengikut Syiah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sidang akhbar dalam masa terdekat itu akan menunjukkan pelbagai jenis bukti termasuk gambar-gambar yang dimiliki kementeriannya.

Ditanya sama ada pemimpin pembangkang berkenaan akan ditahan, Ahmad Zahid berkata, keadaan itu bergantung kepada pihak berkuasa negeri tetapi kementeriannya akan melakukan penyelarasan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan peringkat negeri.

''Saya ada bukti dan maklumat ini akan dijelaskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan pegawai berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.

Ahmad Zahid sebelum ini telah mendedahkan seorang pemimpin kanan Pas adalah pengikut Syiah ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Ditanya penafian Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berhubung perkara itu, Ahmad Zahid berkata, pemimpin parti pembangkang tersebut tidak perlu takut jika beliau bukan pengikut ajaran Syiah.

''Kenapa dia takut, nanti pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? Satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," katanya.

Beliau berkata, perkembangan mazhab Islam lain dan ajaran sesat tidak boleh diterima kerana ia akan memecah belah umat Islam di negara ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga merupakan Naib Presiden UMNO percaya Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak bermaksud membawa fahaman perjuangan UMNO secara terus ke dalam sekolah.

''Apa yang dimaksudkan beliau ialah merapatkan kepimpinan UMNO dengan kepimpinan sekolah seperti pemimpin persatuan sekolah, ketua murid, pengawas dan sebagainya.

''Ia tidak semestinya bermaksud UMNO masuk terus ke sekolah. Saya fikir kalau UMNO dibenarkan masuk sekolah, parti lain akan minta masuk juga," katanya.

Khairy sebelum ini dilaporkan bersetuju dengan cadangan supaya UMNO mendekati pelajar-pelajar berumur antara 17 hingga 18 tahun di sekolah.--UM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa