Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Chew Mei Fun. Show all posts
Showing posts with label Chew Mei Fun. Show all posts

Monday, March 10, 2014

BN GUNA ORANG GAJI SEBAGAI CALON PRK KAJANG???


Datin Paduka Chew Mei Fun mengecam tindakan Anggota Parlimen Taiping Nga Khor Ming yang menghina dirinya sebagai 'pembantu rumah' menerusi laman sosial Twitter.

Calon Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil DUN Kajang itu menyifatkan tindakan Nga mengutuknya hanya kerana kad ucapan sempena Hari Wanita Sedunia sebagai satu diskriminasi dan pemimpin DAP itu harus meminta maaf kepada semua wanita di negara ini.

"Saya hanya mengedarkan kad ucapan khas kepada pengundi wanita sekitar DUN Kajang semalam bagi memberi penghormatan kepada mereka sempena Hari Wanita Sedunia dengan menggunakan gambar sebuah seterika antik.

"Penggunaan gambar seterika dalam kad ucapan itu adalah melambangkan kuasa wanita untuk meringankan kesakitan dan perjuangan dalam keluarga seperti menghilangkan kedutan pada kain, bukannya sebagai pembantu rumah seperti yang didakwa beliau (Nga)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden MCA yang diadakan di Kajang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa