MANILA - Filipina sekali lagi menegaskan bahawa mereka akan terus berusaha menuntut Sabah dan akan melakukan kajian terperinci sebelum mengambil tindakan lanjut.
Menurut Presiden Filipina, Benigno Aquino III, mustahil untuk menamatkan tuntutan itu kerana perkara itu akan mengundang rasa tidak senang rakyatnya.
Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menjalankan kajian mengenai tuntutan itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah isu yang paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara Filipina.