Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, November 27, 2010

CHE'GU BARD KECEWA KALAH: TUBUHKAN KUMPULAN BAJU HITAM


1. Setelah kecewa dengan kekalahan yang terancang oleh Anwar Sang Peliwat, Che'gu Bard telah menubuhkan sepasukan kumpulan "Baju Hitam" untuk menuntut keadilan untuk Parti Keadilan Rakyat.

2. Kumpulan "Baju Hitam" ini dikesan turut hadir di Kongres Keadilan yang diadakan siang tadi di dewan Sivik MPPJ. Kumpulan yang ditubuhkan, atas arahan Che'gu Bard ini adalah sebagai satu tanda protes dan menuntut agar Parti Keadilan Rakyat berlaku adil!!!

3. Che'gu Bard juga dilihat berbaju hitam menguatkan lagi dakwaan bahawa dialah yang menubuhkan kumpulan "Baju Hitam" ini. Walaupun menafikannya, Che'gu Bard punya sebab kuat untuk dikatakan sebagai ketua kumpulan Baju Hitam ini.

4. Setelah kalah dalam pemilihan sebagai ketua AMK yang baru, dia juga mengupah Timbalan Ketua AMK Fariz Musa untuk memujuk Shamsul Iskandar bagi memastikan Che'gu Bard mempunyai tempat di senarai tertinggi AMK.

5. Sesuatu yang menarik dan di luar pemikiran manusia normal. Parti yang kononnya memperjuangkan keadilan, kini terpaksa mengemis untuk mendapatkan keadilan. Ini adalah berpunca apabila mereka yang gila kuasa dan tamak haloba dipilih menjadi pemimpin.

6. Selain itu, sikap pengikut parti yang sangat taksub dan membuta tuli juga dilihat sebagai punca mengapa parti ini menjadi bahan lawak jenaka dan tempat fitnah dan kejahatan paling besar berlaku.

7. Jika Angkatan Muda Keadilan punyai manusia yang sebegini rupa untuk mewarisi negara ini, sudah pasti masa depan adalah hala tuju mereka. Rakyat dalam bahaya di tangan pemimpin sebegini.


*gambar dari GELOMBANG RAKYAT

TOLAK PAKATAN RAKYAT UNTUK MASA DEPAN YANG TERJAMIN!!!

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa