Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, June 13, 2012

PAS MELAMPAU KAITKAN HAJI DENGAN UNDI POLITIK:RAZALI






KUALA LUMUR 12 Jun – Meletakkan pertimbangan yang sama antara ibadah dan kerja dunia merupakan suatu tindakan yang melampau dan mengejutkan.


Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, tidak semua perkara boleh dipolitikkan tambahan lagi apabila ia melibatkan perkara berkaitan ibadah.


“Perkara menunaikan ibadah haji ini merupakan perkara selangkah ke hadapan yang perlu dilakukan oleh umat Islam berbanding dengan perkara dunia. Oleh itu, ia tidak seharusnya diletakkan dalam pertimbangan yang sama.


“Jika semua perkara (menunaikan haji) kita jadikan sebagai agenda politik, akhirnya ia kana memudaratkan kita kerana ia mampu meruntuhkan kepercayaan dan pegangan agama kita,” katanya ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini.


Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata demikian bagi mengulas tindakan Pas meminta ahlinya yang terbabit secara langsung dalam piihan raya umum ke-13 supaya menangguhkan ibadah haji.


“Kita hanya perlu berserah kepada Allah SWT berhubung perkara boleh menunaikan haji atau tidak selepas kita berusaha kearahnya. Namun, jika ibadah didahulikan, ia sesuatu yang melampau,” katanya. -- KLPOS

1 comment:

Anonymous said...

biau le, ahli UMNO juga yang untung. bole pegi haji.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa