Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, February 21, 2012

SIAPA YANG IRI HATI DENGAN RAZALI IBRAHIM???!!!


 
BETUL LER TU DATO'...
KALAU MEREKA..
SEMUA BOLEH...
KALAU KITA...
SEMUA TAK BOLEH...
ADA JER SALAH...
ADA JER TAK KENA...
MEMANG SUSAH NAK BUAT KERJA...
KALAU PAKATAN RAKYAT NI JENIS CEMBURU BUTA!!!
KITA BUAT JER KERJA KITA...
BIARKANLAH MEREKA TERUS MENGATA...

JPX

MUAR 20 Feb. - Iri hati terhadap kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat khususnya membantu golongan berpendapatan rendah mendorong pembangkang menuduh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah dan usaha memancing undi.

Sambil menyifatkan tindakan pembangkang itu hanya untuk memesongkan pemikiran rakyat, Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berharap 20,000 penerima BR1M di kawasan itu tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah tersebut.

"Dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ia dibuat kerana iri hati terhadap kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat.

"Kita perlu bersyukur dengan pemberian ini. Kalau di negara lain tidak ada bantuan seperti ini.

''Kalau bantuan ini dikira rasuah, adakah semua bantuan kerajaan selama ini dalam bentuk subsidi dikira rasuah?" katanya selepas menyampaikan BR1M di Sekolah Kebangsaan Parit Jamil, Parit Tengah di sini, kelmarin.

Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa pemberian BR1M adalah satu bentuk rasuah serta usaha memancing undi.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, pembangkang akan terus meracuni fikiran rakyat supaya membenci kerajaan dengan harapan sokongan akan berpihak kepada mereka.

Beliau memberitahu, sebanyak RM10 juta diberikan kepada 20,000 penerima BR1M di kawasan Parlimen yang diagih-agihkan dalam tiga fasa.

Sementara itu, seorang penerima, Hasni Abd. Ghani, 34, dari Kampung Parit Kassim Laut tidak menganggap pemberian itu sebagai rasuah, sebaliknya satu rahmat.

Bapa kepada dua anak itu berkata, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya yang bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan hanya antara RM700 hingga RM800 sebulan.

"Saya bersyukur atas keprihatinan kerajaan lebih-lebih sekarang hasil tangkapan tidak menentu. Wang ini akan digunakan untuk membeli barangan keperluan harian," katanya


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa