Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, November 16, 2010

PEMUDA UMNO REPAIR MOTOR. PEMUDA PAS BUAT APA???


1. Pemuda UMNO Kedah dengan kerjasama Giat Mara hari ini mengadakan servis motor percuma kepada mangsa banjir negeri itu dalam usaha membantu meringankan beban mangsa bencana alam berkenaan.

2. Ketua Pemudanya, Badrol Hisham Hashim berkata khidmat servis berkenaan diadakan serentak di tujuh bahagian yang dilanda banjir baru-baru ini dan sambutan yang diterima cukup memberangsangkan di mana penduduk setempat mengambil kesempatan menghantar motor yang ditenggelami air untuk dibaikpulih. >>>BERITA PENUH DI SINI<<<

3. Tahniah diucapakan kepada Pergerakan Pemuda UMNO atas kerja yang mereka lakukan. Nak tunggu Kerajaan Negeri mungkin lambat lagi, Jadi sebagai orang muda Umat Islam wajib kita membantu sesama manusia.

4. Tapi JPX rasa, Dewan Pemuda PAS pun ikut macam Menteri Besar Kedah juga. Santai sahaja walhal negeri mereka sedang dilanda musibah. Itulah akibat memilih dari kalangan mereka yang tidak berpengalaman menjadi pemimpin. Rakyat juga yang menjadi mangsanya.

5. Lain kali, buatlah pilihan yang tepat!!!

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa