Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, November 16, 2010

KERAJAAN KEDAH LEPAS TANGAN: BARISAN NASIONAL SALUR RM35 JUTA

1. Kerajaan Pusat memperuntukkan wang ehsan sebanyak RM35 juta kepada lebih 17,000 keluarga mangsa banjir di Kedah dan Perlis.

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata bantuan kewangan itu akan diberi secepat mungkin, sebaik sahaja kerajaan menerima senarai penuh mangsa banjir.Bantuan itu bagi membantu memulihkan semula keadaan mereka, katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Majlis Keselamatan Negara Kedah di Alor Setar hari ini.

3. Lebih 77,000 orang daripada lebih 17,000 keluarga di Kedah dan Perlis terlibat dengan banjir yang berlaku pada 1 hingga 14 November lalu.

4. Syabas kepada Pak Menteri yang dapat bantu rakyat dalam kesusahan. Inilah tanggungjawab kerajaan yang baik. Kena teruskan kerja yang baik agar dapat sambung jawatan..hehehe!!!

5. Syabas juga pada Pak Menteri ini yang tak marah-marah wartawan macam Pak Menteri Besar negeri itu. JPX harap kerajaan Negeri jangan lepas tangan dalam melaksanakan manifesto Kerajaan Berkebajikan mereka yer..heheheheh!!!

JPX

1 comment:

adf55650 said...

Harap salurkan terus kpd mangsa banjir tanpa mengira fahaman politik.
Jangan salurkan melalui Kerajaan Negeri. Nanti depa kata duit tu jatuh dalam banjir kat mana-mana pulak, walhal banjir dah surut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa