Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, November 16, 2010

ROMBAKAN KABINET: KJ DILANTIK MENTERI???

1. Desas-desus menyatakan bahawa Datuk Mukhriz Mahathir akan menjadi Menteri Penuh, manakala Datuk Seri Hishamuddin pula akan bertukar kementerian lain semakin bertiup kencang.

2. Manakala, beberapa Menteri Kabinet pula bakal digugurkan dalam satu rombakan pentadbiran Datuk Seri Najib - menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 April depan.Difahamkan rombakan kali ini turut melibatkan posisi Timbalan Menteri.

3. Sebelum ini, sumber UMNO turut mengesahkan akan berlaku rombakan kecil yang melibatkan pertukaran Ketua Perhubungan UMNO Negeri, sebelum Presiden UMNO menjelajah ke seluruh pelusuk negara bertemu rakyat dan pimpinan UMNO di setiap negeri - siapa yang terlibat, masih tidak diketahui.

4. Kedudukan Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional Malaysia juga masih menjadi tanda-tanya, namun demikian difahamkan beliau berkemungkinan akan diberi kepercayaan untuk mengisi jawatan Timbalan Menteri - ekoran kesungguhan beliau yang dikatakan berjaya meningkatkan penyertaan generasi muda ke dalam UMNO dalam tempoh yang sangat singkat.

5. Namun demikian, ia masih menjadi misteri dan belum dipastikan lagi. Walauapa pun, beritta ini masih diperingkat "khabar angin". JPX akan melaporkan perkembangan ini dari masa ke semasa.

6. JPX rasa memang perlu ada rombakan dalam Kabinet Malaysia. Pak Menteri yang selama ini liabiliti patut dikeluarkann dan diganti dengan mereka yang lebih berkualiti. Pada yang kurang layak, baik jangan dilantik terus, nanti PM pulak yang susah.

7. Kepada Pak Menteri yang kerja kualiti tinggi, kasi naik pangkat. Barulah ada Transfomasi!!

JPX

7 comments:

Megat Alam Gempita said...

Menteri Bapak kepada peserta Akademi Fantasia / pelakon iklan Walls tu jadi menteri lagi ker?.
Lagi satu tak baik juga ekau marahkan anak omak lagi satu nun, dio pun nak jadi mentori anak mudo, bg mentori KBS jer la tak pun jd Senaktur bleh dio naik jadi Naib Presiden UMNO plak!
Semoga Menteri-Menteri baru lebih baik bukan lebih pelingkup!

Unknown said...

Menteri perlu mereka yang boleh bekerja dan senang di hati rakyat. Aku yakin PM sedia untuk membawa perubahan dan harap kali ini membawa kepada kebaikan..

santauangin said...

Aku harap DSN akan melantik mereka yg boleh berkerja untuk menghadapi PRU13. Akan tetapi untuk mendapatkan 2/3 amatlah susah sekiranya saf yg di pilih nanti akan tersangkut dgn seorg dua yg kaki korup.Kalau ini berlaku pasti undi akan beralih ke pihak pembangkang termasuk aku dan sewaktu dgn ku sekali.Masa tu tak ada bezanya kalau mengundi pembangkang walaupun memang di ketahui mereka pun org korup.

Apapun aku berharap agar DSN akan melantik mereka yg boleh berkerja. Tak lah seperti KJ, Rais, Nazri, Zahid, Raja Keris. Apa pun tungguuuuuu bila lanya akan berlaku.

Anonymous said...

DONGAR CITO DATO ALI PUN TERLIBAT ROMBAKAN NI?BETUL KO?

Unknown said...

Pemimpin yang elok perlu dikekalkan. Pemimpin diberikan tanggungjawab untuk mengurus hal rakyat. selagi rakyat mahu terima pemimpin tersebut, selagi itu pemimpin itu layak berkhidmat. apapun, rakyat yang punya kuasa utk piluh pemimpin bukan??

AHLI UMNO 40 TAHUN said...

Marilah kita semua ahli-ahli UMNO, dari semua peringkat, secara beramai-ramai keluar dari parti yang kita sanjungi selama ini JIKA dan BILA si pengkhianat ini dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri.

Bangang dan tolol betul jika pemimpin atasan parti mahu tunduk kepada tekanan atau permintaan secara halus untuk si Kitol ini di naik ke taraf menteri atau Timbalan.

Kita perlu tubuhkan satu gerakan secara total dan terancang untuk menjelajah ke seluruh negara untuk melahir rasa tidak puas hati kita. Nauzubillah, minta simpang jika si pengkhianat diberi hadiah setinggi itu. Malu, amat malu kita semua sebagai pejuang UMNO dari dahulu lagi yang terpaksa menyaksi dan merasai penghinaan sebegini rupa. Secara peribadi, aku tak akan hormat pucuk pimpinan, malah mungkin keluar parti, jika orang selama ini diperakukan sebagai liabiliti besar kpd UMNO, dihadiahkan pula jawatan dlm kerajaan. Menjadi Ketua Pergerakan BUKAN, saya TEGAS, BUKAN lesen untuk dihadiah jawatan !!!

Rakyat dan ahli-ahli UMNO sendiri akan ketawa besar di atas kebodohan dan salah pilih dan salah perhitungan PM dan pembesar2 lain. Gunalah intelligence dan saluran maklumat di tangan anda. Pilih yang permata bukan kaca gelap yang ramai pandang pun tak mahu ! Kaji semasak-masaknya muslihatnya selama ini. Tanya agensi-agensi risik ; jangan pula kerana terlalu angkuh dan sombong dan tidak mahu dengar luahan ikhlas grassroot, kita menyesal besar kemudian hari.

Ramai lagi pemimpin muda yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan mereka ini pula BERSIH ; mereka ini boleh diketengahkan, apa salahnya ? What's so great about being the leader of a wing ? Juge NOT by the position one holds BUT by his / her contributions and effectiveness of leadership !!! This is what matters most ! Credible leadership , complete loyalty, unquestionable character !

Beware, beware the 'Ides of March' says the prophet of Doom ! It is indeed Doomsday when and if we lose the 13th GE just because we have to include a LIABILITY in the line-up ! We are not going to only lose an election BUT lose MORE than what we bargain for ! Barulah tepat bila orang Melayu menjerit " PADAN MUKA" kamu semua ! " Kamu semua ini" refers to those leaders who simply don't want to listen to the grassroots !

Unknown said...

JPX yakim PM kita telah maklum tentang hal ini.

Pengkhianat memang tiada tempat di negara ini!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa