Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, February 23, 2011

CALON MERLIMAU: PENANTIAN KIAN BERAKHIR


1. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk semua pertanyaan berkaitan siapa calon Merlimau akan terjawab.

2. Majlis Pengumunan Calon Barisan Nasional untuk PRK N27 Merlimau akan berlangsung jam 3.30 petang ini. YAB Tan Sri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional akan mengumumkan siapa yang akan mewakili rakyat Merlimau atas tiket BN.

3. Terdahulu diwar-warkan YAB Ketua Menteri Melaka telah menghantar tujuh nama untuk disaring sebagai calon BN. Senarai nama ini adalah barisan mereka yang dirasakan layak dan ada potensi untuk mengisi kekosangan kerusi Merlimau.

4. Sudah pasti dari tujuh ini hanya satu yang akan terpilih. Baki yang enam ini akan terlepas peluang bergelar ADUN.

5. Namun itu bukan persoalan pokok. Enam orang yang tidak terpilih ini akan bersama berpuluh ribu lagi manusia yang berdaftar sebagai ahli parti kompenan BN untuk memastikan seorang yang dipilih ini akan menjadi juara dalam pertandingan ini.

6. Sesiapapun yang bakal diumum nanti sudah pasti telah memenuhi dan melepasi kelayakan untuk bergelar ADUN Merlimau. Sudah pasti calon BN adalah mereka yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

BN UNTUK MERLIMAU

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa