Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, March 17, 2014

APA KAITAN KJ DENGAN FMFA???


TUAN PUNYA BADAN DAH JAWAB...
TAK PAYAH NAK TUDUH YANG BUKAN-BUKAN...
BUDAK-BUDAK TU MAKAN PIL TAKDE SAPER YANG SURUH...
JANGAN ASYIK SIKIT TUNDING JARI SANA SINI...
PAK MENTERI PULAK KALAU BOLEH GANDAKAN SIKIT USAHA...
DADAH NI MEMANG PEMUSNAH UTAMA...
BUDAK-BUDAK PULA JANGAN SEMUA NAK CUBA...
MAKAN PIL HILANG NYAWA...
LAST-LAST FAMILY JUGA YANG MERANA...

JPX

Saya dan seluruh rakyat Malaysia amat sedih ekoran kes-kes kematian yang berlaku di konsert Future Music Festival Asia.

Saya amat bimbang jika pengambilan dadah menjadi trend dan pilihan anak-anak muda untuk berhibur kerana kita sendiri telah menyaksikan daripada enam yang telah meninggal dunia serta tiga lagi yang kini kritikal di hospital, mereka masih muda. Mereka sudah tentunya mempunyai masa depan yang cerah, jika kehidupan mereka tidak berakhir begitu.

Oleh kerana kematian mereka sudah dikaitkan dengan kes dadah berlebihan, saya amat berharap agar pihak polis dapat mengesan dan menangkap pihak yang menjual dadah ini, khususnya dalam insiden Future Music Festival Asia sehingga mengakibatkan kematian. Sindiket-sindiket ini tidak boleh dilepaskan.

Dalam hal ini, saya mengingatkan warga belia agar tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan dadah tidak kira untuk sebarang tujuan. Saya sedar terdapat individu yang bukan sahaja mengambil dadah rekreasi (recreational drug) semasa mengunjungi kelab-kelab malam atau pesta muzik berbentuk electronic dance music atau trance, tetapi mereka juga sudah ketagih kepada dadah yang membolehkan mereka berjaga untuk berhari-hari semata-mata untuk kerja atau pembelajaran.


TERUS BACA >>>DI SINI<<<

1 comment:

Anonymous said...

Saya pun bimbang
Bimbang malaysia akan punah sbb ada Menteri mcm KJ ni

Sejarah dah buktikan. Sorang PM dr keturunan alim ulamak. Keturunan org baik2. Puluh tahun dia dlm politik, org hormat. Tp semuanya punah, sebaik ada menantu hantu !!

Dan skrg hantu ada dlm kabinet. Hantu dah diangkat jd Menteri. Menang KP pun sbb ada unsur politik wang @ rasuah. Tp org kita buta sejarah. Dah terang2 hantu tu perangai haramjadah, tetap diangkat sbg Menteri

Sia2 rasanya perjuangan pemimpin UMNO terdahulu !!!!

Kalau Anwar meliwat dan zina sana sini. Apa kurangnya hantu sekor ni. Anwar guna btg bengkok. Hantu guna lidah bercabang. Ambik kesempatan. Yg mana org x suka, yg mana ada isu, dia akan p hinggap masuk jarum. Jd batu api. Jadi api dlm sekam. Cukup laknat manusia mcm ni.

Tp apa boleh buat. Tok Najib dah pilih dia. Terimalah akibatnya. Menteri agama pun dia sound. Sikit hr lg, mgkn TPM yg suruh pak mertua dia turun pun, dia akan sound

Bravo Najib. U're d man !!!!

Bila pemimpin diangkat dr golongan bangsawan, x penah kenal erti susah. X penah rasa perit. Inilah hasilnya. X tau pilih intan dan permata. Hati gelap.

Ke arah X UMNO jugak
Aku kecewa :((((((((

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa