Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, March 17, 2014

KAITAN KEHILANGAN MH370 DENGAN ANWAR IBRAHIM SEMAKIN KUAT!!!


BILA arah operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370 ini berubah arah – dari kebarangkalian terhempas kepada dirampas, maka kait-kait Anwar dengan insiden ini yang berlaku tidak berapa jam selepas dia dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana meliwat, mula menjadi kuat.

Ini kerana kita semua tahu bahawa pilot pesawat berkenaan adalah penyokong taksub Anwar dan dia juga dilaporkan hadir ke Istana Keadilan di Putrajaya mendengar keputusan kes liwatnya pada 7hb, sebelum terbang ke Beijing beberapa jam selepas itu

Perkara ini bukan Utusan atau TV3 yang lapor, tapi sebuah akhbar di UK, Daily Mail, seperti dipetik The Star disini.

Bercakap tentang pilot, portal ini adalah antara terawal yang meminta juruterbang pesawat berkenaan Kapten Zaharie Ahmad Shah disiasat, dikala segelintir pihak cuba jadi menimbulkan teori konspirasi membabitkan China, Vietnam dan USA dengan kehilangan pesawat tersebut.


Kini setelah keintiman juruterbang berkenaan dengan Anwar dan PKR mula menjadi nyata, maka seharusnya bukan rumah pilot berkenaan sahaja yang perlu disiasat polis, tapi rumah Anwar  dan pejabat PKR juga bagi mencari kaitan (kalau ada).

Penulis suka nak jelaskan, ini bukan menuduh tapi agar pihak berkuasa membuat siasatan sedalam-dalamnya akan motif juruterbang pesawat tersebut membuat pusingan balik, mematikan transponder dan tidak membuat apa-apa komunikasi mengenai kedudukkannya kepada menara kawalan.

Malaysia Insider

Dengan pihak keselamatan tidak menolak sebarang kemungkinan dalam menembusi misteri yang melingkari kehilangan pesawat MH370 ini, kecenderungan politik juruterbang, krew dan penumpang adalah satu aspek yang tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja.

Terutama sekali juruterbang.

Maklum sajalah, juruterbang mempunyai segala pengetahuan mengenai instrumen dalam kokpit pesawat dan dalam kes ini, juruterbang berkenaan adalah pentaksub Anwar.

4 comments:

Anonymous said...

simulator tu boleh menjawab persoalan
jika memori di delete masih ada cara untuk mendapatkannya semula .. arah penerbangan .. ketinggian pesawat ...

Noor Ariena Syafiq said...

Aku dah agak dah isu ni akan timbul..tngk la nnti pasti kebenaran akan terjawap jugak..Najib...anda Tak boleh mengembunyi kebenaran sbb Allah tu Maha Adil...Klau kebenaran Tak terungkap pun Di Akhirat nnti Pasti Akan Dpt pembalasan yg setimpal..

Anonymous said...

Xda kaitan lah..suka2 sangat buat spekulasi. Hanya black box je dpt menjawab nya..

Anonymous said...

noor ariena syafiq---KAU YG AKAN MENJADI DI AKHIRAT KRN MENUDUH NAJIB TANPA SEGARIS BUKTIPUN........JWBLER KAU DEPAN ALLAH NANTI KRN KAU PENTAKSUB SGT DGN NUOR JUBOR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa