Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, March 17, 2014

ISTERI PELIWAT TERUS CUBA TIPU PENGANUT AGAMA HINDU!!!

Rakyat News

KAJANG 16 Mac - Persatuan penganut agama Hindu Sungai Jelok tidak berpuas hati dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) selama dua penggal di Dun Kajang dengan menjanjikan tidak merobohkan dua kuil di kawasan mereka iaitu Sri Maha Muniswarar Alayam dan Kuil Sri Siva Veerapathira Kaliamman pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Seorang peniaga, Thanabalan A/L Muniandy, 39, berkata, semasa PR mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN), telah berjanji akan mengekalkan kesemua kuil di Selangor.

"Setakat ini, semua orang sedia maklum bahawa sudah tujuh buah kuil telah dirobohkan.

"Apa yang dia janji. Janji mereka memang tidak betul dan tidak ditunaikan hanya pandai bercakap sahaja. Saya dapat saya buat katanya tapi tiada perubahan malah merobohkan 7 kuil dalam dua penggal ini," katanya kepada Rakyat News di Sungai Jelok, di sini semalam.


Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila perbincangan bersama Majlis Pebandaran Kajang (MPK) serta Kerajaan Negeri memberi jawapan yang tidak memuaskan mengenai isu kuil serta tidak mengambil peduli masalah kaum India di Sungai Jelok.

Dalam masa sama, Thanabalan berkata, penduduk di Sungai Jelok tidak berpuas hati dengan pemerintahan oleh pihak pembangkang.

"Mereka hanya pandai menabur janji dan menaikkan rasa ke tidak puas hatian dengan pembangkang malah berucap ketika janji tidak serupa bikin," katanya lagi.

Seorang pemandu peribadi, Subramaniam A/L Perumal, 40, pula menjelaskan, Majlis Daerah Kajang berjanji untuk memberikan 10 ribu kaki persegi serta bangunan baru untuk kuil apabila notis diarahkan pindah dikeluarkan.

"Meraka telah berjanji untuk memberi tapak baru, tapi sehingga sekarang tiada.

"Majlis Daerah telah memberitahu akan menyediakan 10 ribu kaki persegi bersama bangunan baru untuk berpindah tapi sehingga kini tiada lagi hitam putih dari mereka," katanya.

Beliau menambah, komuniti india di Sungai Jelok tidak akan berpindah sehingga MPK memberi tapak baru berserta geran tanah yang sah.

"Kami tidak akan berpindah sehingga mereka memberi tempat yang sesuai untuk memindahkan kuil ini terlebih dahulu walaupun mereka mengarahkan pindah," katanya lagi.

Beliau mengatakan bahawa wakil rakyat sebelum ini tidak pernah hadir ke Sungai Jelok walaupun masa berkempen.

Sementara itu, Bendahari di Kuil Sri Siva Veerapathira Kaliamman, Karappiah A/L Thangavello, 51 berkata sebahagian tanah daripada kuil telah diberikan kepada pihak pemaju tanpa membuat sebarang perbincangan.

"Kita telah mohon 2.3 ekar akan tetapi mereka hanya memberikan 1.3 ekar dan selebihnya telah diberikan kepada pihak pemaju tanpa membuat sebarang perbincangan.

"Kita menghadapi kesukaran tempat letak kereta kerana pada hari sembahyang lebih daripada 300 orang akan hadir ke sini. Pengunjung yang hadir ke kuil ini akan berasa keletihan sekiranya parking jauh dari kuil," katanya.

Permasalahan isu kuil Hindu ini telah berlaku sekian lama semenjak pemerintahan pihak PR di negeri Selangor.--RAKYAT NEWS

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa