Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, October 15, 2015

KENAPA IBRAHIM ALI PELUK HADI AWANG


Lupakah PAS pada pesanan Nik Aziz agar berhati-hati supaya tidak dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama dua kali? Ibrahim Ali pernah bertanding di Pasir Mas atas tiket PAS namun beliau bertindak keluar dari PAS dan menjadi ahli Parlimen bebas Pro BN.  

Sekaligus mengabaikan kepercayaan para pengundi yang memilih beliau bersandarkan kepada kekuatan parti PAS di Pasir Mas.

Kini kita melihat adengan berpelukan antara Ibrahim Ali dan Hadi Awang pula. Apa yang terdetik di fikiran anda bila melihat Ibrahim Ali dan Hadi Awang berpeluk di Pejabat PAS semalam?


Bagi Ibrahim Ali walau apa pun tanggapan umum, pertemuan di pejabat PAS semalam demi penyatuan ummah dan kesejahteraan ‘alif, ba, ta’.

“Apa pun persepsi dan ulasan, yang penting PERKASA membuktikan dan melaksanakan amalan suruhan Allah SWT agar jalinan silaturahim terus diperkasakan.

“Dan nescaya niat yang ikhlas akan mendapat barakah dari Allah SWT,” kata Datuk Ibrahim Ali lagi, ‘alif, ba, ta’ merujuk kepada agama, bangsa dan tanah air, berdasar akronim dalam tulisan Jawi.

Umum amat maklum bahawa PAS telah berulangkali menegaskan bahawa perjuangan mereka tidak selari dengan perjuangan ABATA.  Bagi PAS perjuangan mereka kononnya berlandaskan Islam tanpa mengambil kira bangsa. Namun tindakan berulangkali tidak mencerminkan kenyataan yang mereka laungkan.

Persepakatan mereka selama ini dengan pakatan rakyat telah membuktikan bahawa perjuangan berdasarkan agama sememangnya retorik semata-mata. Keputusan PRU13 yang lalu menyaksikan kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap PAS apabila mereka bertolak ansur dalam isu yang melibatkan Islam. Akhirnya persepakatan tersebut hancur atas satu alasan mudah iaitu  hudud.

PAS dan PERKASA semalam mencapai kata sepakat dalam agenda mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan menolak tangkapan terhadap Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Ibrahim Ali menjelaskan ketika bergambar, beliau turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.

Adakah ini merupakan antara agenda kumpulan penyokong Mahathir dalam mengetengahkan isu yang dicanangkan dalam usaha memburukkan kerajaan? Untuk makluman, Khairuddin dan Mathias tidak didakwa atas akta SOSMA. Mereka kini  didakwa atasa tuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara dibawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Berbalik kita kepada adengan berpelukan Ibrahim Ali dan Hadi Awang, apa yang mengejutkan pula PAS Selangor menentang sebarang bentuk kerjasama PAS dengan Perkasa. PAS Selangor langsung tidak menunjukkan rasa hormatnya kepada Presiden Parti meskipun Hadi Awang telah dirakamkan berpelukan dengan Ibrahim Ali.

Hakikatnya semua pihak tahu bahawa Ibrahim Ali merupakan individu yang tidak boleh dipercayai. Walaupun selama ini beliau melaungkan perjuangan ABATA namun kita tahu bahawa beliau mempunyai agenda peribadi. Sebenarnya selama ini, Ibrahim Ali telah banyak merosakkan perjuangan Melayu dengan mengetengahkan perkara-perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Desas desus sedang bertiup kencang  mengatakan Ibrahim Ali cuba melobi untuk menjadi calon PRU14 nanti. Mungkinkah ini benar? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa