Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang
sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang
berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di
kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat
atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi
ahli PAS sendiri.
HUKUM MENGIKUT RASA
PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS
sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan
hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir
memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April
1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak
pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz
bersyukur kerana DAPmenerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita
Harian 12 Mei 1999).
Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek,
Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, “orang munafik
ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik… siapa adik
kakak, ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai
“UMNO”)… Ha… UMNO… Apa hukum orang ni?.. (Pendengar jawab “Munafik”) dan
disambung dengan “Munafik”
Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau
Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk
DAP dalam pilihan raya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan
sekalipun beliau terima.
PERPECAHAN UMMAH
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama
Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang
berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di
kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat
atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi
ahli PAS sendiri.
MEROSAKKAN AMAL IBADAT
Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri,
mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid
seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di
dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu
lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di
sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di
mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.
MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM
Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh
PAS, seperti penubuhan Bank Islam,Universiti Islam dan Institusi Islam
yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO
dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya
antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat
memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang menyifatkan penubuhan
Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan
tidak memberi apa-apa erti pun kepada umat Islam di negara ini. “Perkara
ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan
negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”. (Harakah – 26 Januari
1983).
AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN
Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset)
dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut PAS yang mati kerana
melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan
perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan
perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang
sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan
Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).
PENYELEWENGAN ZAKAT
PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip
zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu.
PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah,
kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan
dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.
DERMA JIHAD YANG JAHAT
PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan,
tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan
sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi
syariat. Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah Jihad”.
PULAU MEMULAU
Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan
oleh orang-orang PAS terhadap orangorang UMNO, tanpa menghiraukan hukum-
hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami
isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang,
Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).
PEMBOHONGAN PAS
PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong
kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma
cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.
BERGADUH SURUHAN ALLAH
Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang
selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah
al-Baqarah dengan kata: “Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh
nescaya akan rosaklah muka bumi ini.” Ucapan ini dibuat beliau di
Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada
rakaman kaset).
MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH
PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang
menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum
hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan
hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3
November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS
Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut
keputusan Kelantan?
Haji Hadi juga berkata :” Hudud adalah satu aspek daripada 0.001%
daripada hukum Islam”. Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud
yang dibesarkan selama ini di perkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan
Malaysia 7 Mac 2000). Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan
dahulu di pengerusi oleh Haji Hadi sendiri.
PAS HINA WANITA
PAS menghina kedudukan wanita dengan menolak dalihkan hukum terhadap
mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan
menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita
daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita
adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat
PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan
Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran
dengan nyanyian.
“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita
bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya
mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan
keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.
Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi
pekerjaan kepada wanita “kurang rupawan” kerana wanita rupawan biasanya
mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja, ia tidak
menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.
TULISAN:
YBhg DATUK AKBAR ALI,
AHLI MAJLIS TERTINGGI PERKASA
No comments:
Post a Comment