SEKADAR GAMBAR HIASAN...HEHEHEHE |
Mengapa di dunia ini, mereka yang menjadi sangat kaya atas dasar kerajaan sesebuah Negara itu berlumba-lumba menghabiskan wang mereka dengan membeli kelab bolasepak England?
Contoh terbaik, Thailand dan Rusia. Sedang rakyat Negara tersebut dihimpit kesusahan hidup, rakyat mereka kaya langsung tidak mempedulikan rakyatnya yang miskin dan berbelanja boros kepada kelab bolasepak England.
Dan kini trend inI menular ke Malaysia apabila Big Boss syarikat penerbangan tambang murah Malaysia telah membeli kelab bolasepak England sebagai salah satu aset dan permainannya.
Dia boleh gunakan alasan itu adalah duitnya sendiri. Benar dan ini tidak dinafikan. Dia menjadi sangat kaya kerana punya syarikat penerbangan sendiri.
Tapi tidakah dia ingat bahawa perlaburan untuk syarikat penerbangan itu datang dari geran kerajaan.
Mereka juga lupa siapa yang menberikan dana permulaan agar dapat syarikat mereka berjaya seperti mana hari ini.
Hari ini mereka heboh menjaja cerita bahawa wang mereka belanjakan itu adalah hasil dari syarikat mereka sendiri, atas usaha mereka selama ini.
Bila kita mengetahui hal yang sebenarnya, sudah tentu ini tidak boleh diterima sama sekali. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan dalam masa yang sama kerajaan bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya, ada syarikat yang mendapat geran dari wang pembayar cukai sedang berbelanja rakusknya untuk minatnya pada bola sepak.
Mungkin kita boleh mula tweet kepada David Cameroon untuk menyampaikan pendapat dan hasrat rakyat Malaysia padanya. Kita minta agar dia tidak akan benarkan syarikat dari Negara membangun untuk membeli pasukan bolasepak di sana yang mana kosnya boleh menampung perbelanjaan seluruh negeri Kelantan…hehehe.
Kita punya hak kerana kita pembayar cukai dan wang kita digunakan bukan untuk kepentingan kita. Perjanjian syarikat penerbangan ini adalah perjanjian yang sangat tidak adil.
Apa yang kita dapat dan siapa yang mendapat keuntungan dalam perjanjian ini??
Semuanya keuntungan “terbang” ke seorang lelaki India dan rakyat England!!!
JPX
4 comments:
kerajaan memang suka bela orang yang macam ni...
kalau nak kira qpr tu pun milik kita jugak ler kalau macam ni..hehehehe
WargaNegara England rupanya.Laa...patutpun.
KERAJAAN KENA SEGARA AMBIL TINDAKAN PROAKTIF PADA HAL INI. KAJI BETUL-BETUL RASIONAL PERJANJIAN INI..
Post a Comment