Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 06, 2012

WAJIB TONTON: ANWAR IBRAHIM ADALAH TANDA-TANDA BESAR AKHIR ZAMAN.



Persoalan terus bergentayangan mengapa Anwar Ibrahim terus membisu  tentanh isu penangkapan 12 orang Islam semasa Jamuan Kesyukuran di Gereja Methodist Damansara Utama pada Ogos lalu.

Kepada yang mengikut kes ini, seperti yang dijangka, Anwar Ibrahim terus membisu.

Kumpulan pemikir yang banyak membantu dan telah ditubuhkan sendiri oleh beliau, Institut Kajian Dasar (IKD) telah ditaja sumber kewangannya oleh satu yayasan yang berpusat di Jerman sejak 1984 iaitu , KAF (Konrad Adenaueur Foundation)

Walaupun kini KAF telah dikenali sebagai KAS (Konrad Adenauer Stiftung), namun bantuan kewangan terus disalur kepada kumpulan pemikir Anwar Ibrahim ini.

Pada 1996 Anwar telah dianugerahkan dengan anugerah tertinggi dari dua university Kristian, iaitu Universiti Georgetown, Amerika Syarikat dan Universiti Ateneo D Manila, Filipina.

Sejurus dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh pada 2004, perkara pertama yang beliau lakukan adalah pergi menemui  Bishop Desmond Tutu di Afrika Selatan. Ianya diikuti dengan lawatan kerap ke Universiti Georgetown kerana beliau telah dilantik sebagai Pensyarah Jemputan untuk Pusat Kefahaman Muslim Kristian bagi Universiti tersebut.

Seperti mana yang telah didedahkan oleh Dr. Mohd Asri Zainul dalam blognya, gereja dan pertubuhan Kristian mensasarkan individu Muslim yang sedang menghadapi masalah seperti yang sedang mengandung luar nikah atau menghidapi AIDS, yang terpinggir oleh keluarga dan masyarakat mahupun pertubuhan Islam untuk ditarik menyertai mereka.

Adakah Anwar Ibrahim sasaran utama kumpulan Kristian ini?

Walaupun kita sedia maklum, Anwar mempunyai latarbelakang Islam yang kuat pada awalannya, ini tidak melemahkan kumpulan ini untuk terus mendekatinya. Dengan mengikuti dan meneliti latarbelakang Anwar dari hubungannya dengan Negara luar, Anwar memang adalah calon yang sesuai dan tidak teragak-agak untuk membelot kepada Islam.

Sesiapa yang pernah menjadi penyokong kuat Anwar dan pasti akan tahu jaringan dan hubungan Anwar dengan negara luar, siapa di belakangnya dan pengarah bagi Anwar menyebarkan fahaman Kristian di Malaysia.

Salah seorang yang pengikut setia Anwar semenjak 90’s, Zulkifli Nordin telah mula sedar bahawa siapa dan apa bahayanya Anwar kepada agama Islam.

Ianya bermula apabila, rakan Anwar yang bernama Ambiga Srevenasan, Presiden Bar Council menganjurkan Forum Memeluk Islam.

Selepas forum itu, hubungan Zulkifli dan Anwar renggang kerana isu agama yang sangat asas, Anwar bersetuju bahawa kalimah “Allah” boleh digunakan oleh semua agama termasuk Kristian. Kecewa dengan keputusan itu, Zulkifli tekad meninggalkan PKR.

Rakan Anwar yang lain dari Angkatan Belia Islam (ABIM) turut sedar dengan anutan dan ikutan terbaru Anwar melalui satu ucapan yang penuh konterversi yang dia sampaikan di London School of Economy pada 18 Mac 2010.

Bermula dari situlah, rakan Anwar dari ABIM mengesan sesuatu yang akan berlaku dengan pandangan dan fahaman yang dibawa oleh Anwar. Satu pertemuan dan forum telah diatur oleh rakan ABIM Anwar untuk membincangkan hal ini dan juga untuk menerangkan hal sebenarnya kepada umum. 

Salah seorang yang terlibat secara langsung dalam forum yang bertema Melawan Pluralisma Agama dan Murtad ini, Ustaz Ismail Mina dan Dr Yusri Mohamad dari Petubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) yang berlansung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 14 Disember 2011. 

Namun forum itu tidak berjalan seperti yang dirancang. Professor Osman Bakar mengaturkan satu pertemuan tertutup pada 2 Januari di rumahnya, atas niat menjernihkan ketegangan di antara dua pihak ini.

Ustaz Ismail Mina hadir ke pertemuan ini bersama 15 orang sahabatnya, manakala Anwar datang bersama tidak kurang dari 200 ahli ABIM dan PKPIM.

Rakaman suara di atas menggambarkan manifesto dan sokongan Anwar terhadap agama Kristian dan ini ternyata tidak dapat diterima oleh rakan lamannya itu.

Walaupun pada mulanya Ustaz Ismail Mina dan Dr Yusri mempunyai pandangan dan pendapat yang sama serta selari dengan Anwar, tapi masa telah merubahnya. 

Hakikatnya, Anwar kini ternyata berbeza dari Anwar yang mereka kenal ketika sama-sama menubuhkan ABIM dahulu. 

Kefahaman agama dan Tauhid Anwar juga kini ternyata telah berubah dan perlu ditentang.

JPX

2 comments:

Anonymous said...

anwar ni sanggup jadi apa sahaja untuk jadi perdana menteri. yahudi memang suka orang macam ni

Anonymous said...

makin teruk anwar ni. dah tenat sangat ghupenya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa