Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 06, 2015

AHLI PKR TOLAK KELUARGA BANDUAN DARI BERTANDING DI PERMATANG PAUH!!!


BETUL LER TU...
KALAU AHLI SENDIRI DAH TAK MAHU..
APATAH LAGI KITA NI BUKAN AHLI DIA...
ASYIK ANAK BERANAK DIA JER...
TAKDE MUKA ORANG LAIN KE???
KALAU ANAK BERANAK DIA PERANGAI ELOK TAKPE JUGAK!!!
WAN AZIZAH KAT KAJANG MUKA PUN PAYAH NAK TENGOK...
CUKUP-CUKUP LER KELUARGA KORANG BUAT ROSAK KAT NEGARA NI...
ADA BAIK KALAU PKR TAK PAYAH HANTAR CALON...
ITU LAGI BAIK!!!

JPX

PERMATANG PAUH 5 April – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menerima kejutan pada hari pertama program jelajahnya di sini, apabila seorang ahli parti itu meminta ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah yang ketika itu menghadiri program sembang santai dan beramah mesra dengan peniaga di Uptown Bandar Perda tidak memberi sebarang reaksi terhadap cadangan tersebut, namun menerima surat berkenaan.

Ahli PKR berkenaan, Rusly Yusof turut mencadangkan kepada Wan Azizah supaya pembangkang meletakkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai calon.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Rusly berkata, cadangan tersebut merupakan haknya sebagai pengundi berdaftar di Permatang Pauh.

Malah, dia turut menyifatkan adalah sesuatu yang membosankan jika PKR meletakkan Wan Azizah atau anak-anaknya sebagai calon.

“Sampai bila telinga rakyat hendak disumbatkan dengan cerita tentang Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan terbaharu, Nurul Nuha,” ujarnya.

Tambah Rusly, sekiranya PKR tetap memilih ahli keluarga Anwar, keputusan itu memberi gambaran seolah-olah parti berkenaan ketandusan calon yang berkelayakan.

Dalam masa sama, Rusly turut mendesak Wan Azizah menjelaskan sampai bila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu akan membiarkan dirinya dipergunakan golongan tertentu dalam parti bagi mencapai matlamat politik.

“Saya menjelaskan kepada beliau menerusi surat itu bahawa rakyat terutamanya anak muda bukan lagi boleh dicucuk hidung seperti sesetengah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),” katanya.

Berkenaan cadangan supaya Mat Sabu dipilih menjadi calon, jelas beliau, ini kerana faktor pe­ngalaman yang dimiliki pemimpin Pas berkenaan, selain boleh memainkan peranan menyatukan kembali pakatan pembangkang yang hampir berpecah ketika ini.

“Mat Sabu bakal sambung kembali jambatan yang telah runtuh dan sekali lagi saya merayu, tamatkanlah era keluarga Anwar di sini,” katanya.--UM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa