Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, April 07, 2015

AHLI PARLIMEN BN SOKONG DAN PERTAHAN NAJIB RAZAK


Jika Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Perdana Menteri atas alasan sayangkan parti dan negara, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana faktor sama.

Menurut Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad, adalah tanggungjawab ahli-ahli parlimen untuk mempertahankan negara serta pemimpin dan kerusi yang dimenangani pada pilihan raya umum lalu.

Lagipun kata Ahli Parlimen Johor Bharu itu, sokongan ahli-ahli BNBBC bukan secara membabi buta, malah bukan rubber stamp untuk menurut apa sahaja dicakap oleh kerajaan.

Katanya, sokongan itu bersandarkan banyak perubahan serta pemerkasaan Parlimen di bawah pimpinan Najib .

Dalam erti kata lain, ujar Shahrir ujud hubungan dua hala antara ahli-ahli parlimen dengan Perdana Menteri atau kuasa eksekutif.

Sebagai contoh dalam isu 1MDB, Shahrir sendiri mencadangkan ia disiasat oleh Ketua Audit Negara serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) dan dipersetujui Najib.

Begitu juga dengan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang diminta BNBBC supaya dibahaskan di Parlimen sama ada kerajaan setuju atau tidak menandatanganinya.

“Itu bukti kami dihormati dan menunjukkan Perdana Menteri atau kuasa eksekutif tidak dominan begitu sahaja,” katanya dalam sidang media bersama 42 ahli BNBBC termasuk komponen BN dari Sabah dan Sarawak di Parlimen, Isnin.

Tegasnya, ahli-ahli BNBBC tidak sokong membabi buta atau sekadar rubber stamp.

“Kami bersama Perdana Menteri disebabkan perubahan beliau. Kami sokong sebab gembira dengannya. Apa isu pun kami boleh jawab dan kami juga minta beliau jawab jika ada sesuatu isu.

Shahrir turut menjawab serangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib berhubung kes Antantuya Sharibuu.

Katanya, mereka sudah berjumpa secara “one-to-one” dan memberikan penjelasan berhubung isu dibangkitkannya.

Shahrir berkata, selain Najib, ahli BNBBC dan ahli Parlimen BN turut mengadakan pertemuan sama bersama perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

“Saya tanya Najib beliau cakap Tun (Dr Mahathir) ‘hot and cold’,” kata Shahrir.

Malah, Shahrir menjelaskan, Najib turut keliru dengan situasi itu.

Katanya, kes berkenaan sudah lapan tahun berlalu serta selesai menjalani proses perundangan yang tinggi, hanya sekarang dibangkitkan.

Sebagai orang Islam, beliau dan ahli parlimen lain percaya kepada sumpah Najib yang menyatakan tidak mengenali mangsa.

Dalam pada itu tegasnya, sebagai ahli parlimen, mereka lebih memahami isu di peringkat akar umbi berbanding Dr Mahathir yang berada di kedudukan atasan.

“Dr Mahathir tidak akan tahu apa yang kami lakukan di peringkat akar umbi, ini orang atas-atas, kami peringkat bawahan.

“Itu orang yang bercakap, tidak ambil kira kenyataan sebenar di bawah, sebab itu kami biasanya diam, kali ini kami nyatakan,” kata Shahrir mengulas sokongan BNBBC kepada Perdana Menteri.--BNBBC

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa