Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, March 31, 2014

ANWAR DAN AZIZAH SUDAH PUAS BERGASAK ATAS KATIL, LALU...


Lanjutan drama Langkah Kajang arahan PKR. Kali ini kisah perebutan jawatan. Melihat senarai yang akan bertanding, maka akan kelihatan hebatnya demokrasi dalam parti itu. PKR, asalnya ditubuhkan atas nama reformasi bagi membela Anwar Ibrahim selepas pemecatannya daripada kerajaan dan UMNO pada September 1998.

Sehingga kini, Anwar dan keluarga terus berkuasa dalam PKR. Kuasa itu akan terus dipertahankan melalui pertandingan kali ini. Anwar akan mencabar isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan presiden.

Menyelak kembali sejarah, PKR adalah gabungan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang ditubuhkan pada April 1999 (selepas reformasi yang digerakkan Anwar) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang ketika itu dipimpin oleh Dr. Syed Husin Ali. PRM sebelum itu dikenali sebagai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Hasil gabungan itu pada Ogos 2003, jawatan presiden disandang oleh Wan Azizah (Keadilan) dan timbalannya disandang oleh Syed Husin. Tidak pasti sama ada komposisi dua parti itu masih wujud dalam PKR atau dimonopoli sepenuhnya oleh bekas pemimpin Keadilan.

Apa yang pasti, keluarga Anwar dan sahabat-sahabat terdekat menguasai PKR. Ketika beberapa kerat pemimpin PRM selesa dalam PKR, sekumpulan anggota parti mendaftarkan semula PRM pada tahun 2005. Itu cerita PKR.

Kelmarin, berlangsung pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam PKR yang jelas menampakkan sekali lagi episod menarik sepanjang proses pemilihan ini.

Bayangkan suami lawan isteri di pentas politik. Satu perkara lagi apabila Tian Chua bertanding dua jawatan - Timbalan Presiden dan mempertahankan Naib Presiden.

Tian Chua sebenarnya mahu jawatan apa? Timbalan atau Naib Presiden? Apakah kebarangkalian beliau menang kedua-dua jawatan?

Ketika Karpal Singh yang masih menunggu rayuan kes hasutan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan, Anwar yang juga sedang menunggu rayuan hukuman kes liwat menawarkan diri bertanding.

Kenapa Karpal sanggup berbuat demikian tetapi tidak bagi Anwar? Pelik tetapi inilah drama politik yang sedang dipentaskan. Mungkin lebih hebat daripada Langkah Kajang. Gimik politik ini walaupun nampak seperti satu jenaka tetapi pi mai pi mai tang tu juga. Pi mai pi mai, keluarga Anwar menerajui PKR.

Bayangkan jika ada parti politik di pihak Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kepemimpinan keluarga seperti ini, sudah pasti `dibelasah’ habis-habisan. Anwar tidak berani menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang tetapi bersedia mencalonkan diri untuk pemilihan parti.

Mungkin risiko calon PRK lebih besar berbanding calon untuk pertandingan dalam PKR. Apabila Anwar dicalonkan, sudah tentu tidak ada orang lain yang berani menawarkan diri. Azmin yang dikatakan akan mencabar Wan Azizah tidak mungkin ‘melanggar’ mentornya.

Akhirnya, Azmin hanya mempertahankan jawatan No.2. Sekiranya, dalam tempoh ke arah pemilihan nanti, Anwar hilang kelayakan bertanding, maka sudah tentu Wan Azizah akan mengekalkan jawatannya tanpa bertanding. Atau Wan Azizah akan memberi laluan kepada pemimpin anugerah Tuhan ini?

Masihkah ingat pemilihan 2007? Cuba selak kembali kongres yang berlangsung di Seremban. Ketika itu, pertandingan sepatutnya melibatkan tiga penjuru - Anwar, Azizah dan Rahman Othman. Anwar menarik diri.

Selepas Anwar memberi penjelasan hampir satu jam pada kongres, Abdul Rahman pula menarik diri. Akhirnya Wan Azizah menang tanpa bertanding. Hasrat Anwar untuk bertanding terhalang setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan Anwar tidak layak bertanding kerana tempoh sekatan politik yang dikenakan ke atasnya masih berjalan hingga April 2008.

Alasan penarikan diri juga adalah kerana rata-rata perwakilan mahu memberi laluan kepada Wan Azizah memimpin parti bagi menghadapi pilihan raya umum. Adakah peristiwa yang sama akan berulang? Anwar tentu sedar risiko hilang kelayakan jika menang jawatan itu ekoran hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya.

Kenapa Anwar tetap menghantar borang pencalonan? Ada yang beranggapan, tindakan itu sebagai usaha memastikan tiada calon lain akan bertanding jawatan No.1 yang disandang isterinya sejak 1998.

Ada juga yang bertanya, bagaimana kalau Anwar tetap bertanding dan menang? Mungkin itu rezekinya. Apa pula berlaku jika jawatan itu `gugur’ dengan sendirinya apabila rayuannya ditolak atau hukuman yang diterima akan tetap menghilangkan kelayakannya?

Sudah tentu, Azmin sekiranya ditakdirkan berjaya mempertahankan jawatan No.2 akan dilantik sebagai Pemangku Presiden PKR. Sejauh mana pula peluang Azmin? Selain Azmin, turut menawarkan diri bagi jawatan timbalan presiden ialah Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, bekas calon DUN Batang Kali, K.Ramachandram dan Murali Subramaniam.

Kenapa ramai yang menawarkan diri untuk jawatan ini? Jangkaan awal melibatkan Azmin dan Khalid. Adakah calon-calon ini sudah mendapat `lampu hijau’ untuk `melanggar’ orang kuat Anwar? Sekali lagi, mungkinkah untuk jawatan No.2 ini akan berlaku episod tarik diri?

Pada pemilihan 2010, Zaid Ibrahim yang disebut-sebut sebagai calon paling layak mencabar Azmin menarik diri, menjadikan pertandingan melibatkan Azmin dan Mustaffa Ayub. Zaid juga meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid mengakui tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan. Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepemimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai ‘spoiler’ yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka," kata Zaid. Adakah pemilihan yang ditetapkan mulai 25 April hingga 11 Mei depan mampu berjalan lancar?

Kita tunggu dan lihat kehebatan parti politik ini dalam tempoh tiga minggu pengundian dan keputusannya yang bakal diumumkan selewat-lewatnya pada 13 Mei.-UM

2 comments:

Mat Kelubi said...

apa dah jadi dengan jawatan ketua umum ?Jika benar jawatan itu tiada dalam perlembagaan pKR maknanya penjilat tegar PkR kena tipu hidup2 la selama ni. Bagaimana anwar blh jadi ketua kepimpinan pakatan rakyat sebelum ni jika jawatan ketua umum tak wujud...

Mat Kelubi said...

siapa isi jawatan ketua umum?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa