Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, December 12, 2010

ADIK MINTA ABANGNYA BERTAUBAT!!!


1. Jika dahulu Kepal Singhkey sibuk menyuruh anak guamannya dan juga Ketuanya dalam Pakatan Rakyat untuk bertaubat, kini tiba giliran Azmin Ali pula untuk bertaubat!!!.

2. Ummi Halfida, adik kepada Azmin Ali yang telah banyak mendedahkan kejahatan Anwar Ibrahim kini meminta abangnya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

3. Ummi yang kecewa dengan sikap abangnya yang telah banyak melakukan penyelewengan dan salah laku sekaligus meletakan kejahatan sebagai tugas utamanya untuk menjahanamkan bangsa Melayu.

4. Ummi yang tahu segala kejahatan ini tidak sanggup melihat abangnya terus menerus bersama Anwar Ibrahim menjadi perosak dan menjadi tanggungjawabnya untuk membetulkan keadaan.

5. Selain itu, Ummi juga meminta Anwar dan isterinya juga bertaubat dan mengingatkan bahawa Allah Maha Mengetahui.

6. Rakyat yang menyokong Anwar dan keluarganya harus segera sedar dan jika masih mahu terus menyokong Anwar perlu fikir apa kesanya pada negara dan bangsa.


JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa