Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, January 16, 2014

APA AKAN JADI SELEPAS TEMPOH 24 JAM TAMAT???



TAHNIAH LER PEMUDA UMNO...
SEMAKIN BERANI BERSUARA UNTUK TEGAKAN KEDAULATAN AGAMA...
BERI AMARAN NI DAH SELALU SANGAT LER DENGAR...
DAH NAIK KLISE
TAK MACAM ZAMAN DULU-DULU...
LEBIH BANYAK CAKAP DARI AKSINYA...
KAMU BERI 24 JAM KEPADA CINA TU...
KALAU DIA TAK MINTAK MAAF...
APA LAGI KAMU NAK BUAT???
SEKARANG AKU PULAK BERI KORANG 24 JAM...
KALAU CINA TU TAK MINTAK MAAF...
APA PULAK TINDAKAN SUSULAN YANG AKAN KORANG AMBIK...
APA MACAM...SETUJU???


JPX

KUALA LUMPUR: “Kami beri masa 24 jam untuk ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini”.

Demikian tegas Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen susulan kejadian guru Cina Muslim di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor yang dipaksa membuka tudung.

Pang Ah Ngang yang berusia linkungan 60an dikatakan telah mendesak guru Muslim Cina tersebut untuk membuka tudung selain mengancam keselamatannya.

“Guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi dimana pihak polis telah memanggil Pang Ah Ngang untuk memberi keterangan.

“Walaupun laporan polis telah dibuat dan Pejabat Pelajaran Daerah telah menukar guru Muslim tersebut ke sekolah yang lebih selamat, tetapi kami dukacita kerana perkara seperti ini terjadi yang boleh mencemarkan maruah Islam,” kata Rafiq.

Rafiq menambah beliau berharap pihak Kementerian Pelajaran akan turut memberi respon dengan kadar yang segera mengenai hal ini dimana menurutnya ia melibatkan isu nasional.

“Sebagai umat Islam kami rasa tercabar kerana kebelakangan ini, agama Islam sering diperkotak-katikkan. Oleh itu Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia mendesak pihak Kementerian Pelajaran mengambil respon terhadap apa yang telah berlaku.

“Jika Pang Ah Ngang tidak memohon maaf, kami mahu pihak Kementerian Pelajaran sama ada, Datuk Seri Idris Jusoh atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengambil tindakan tegas termasuk memecat pihak-pihak yang terbabit,” tegas Rafiq.

Semasa menemui pemberita pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Ampang hari ini, Rafiq turut mendesak agar Guru Besar sekolah tersebut, Chiew Swee Tuan diambil tindakan sewajarnya.

“Jika Guru Besar sekolah tersebut tidak dapat menyelesaikan isu ini, jadi beliau tidak layak untuk memegang jawatannya dan layak dipecat. Beliau tidak mengambil sebarang tindakan selain gagal untuk memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia,” tambah Rafiq.

Menurutnya lagi, penduduk Kampung Teluk Sengat, juga mula membuat demonstrasi selain menggantung kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan Pang.

“Ini adalah satu isu yang serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum seterusnya menjurus kepada rusuhan. Setakat ini kami tidak nampak respon daripada pihak kerajaan, seolah-olah isu ini tidak wujud,” kata beliau.

5 comments:

Anonymous said...

UMNO mana ada teloq.......tolonglah percaya kataku ini.

Anonymous said...

Sapa yang mereka nak kelentong,tak kan mereka tak tahu puak orang2 cina ini adalah kesayangan Ah Jib Kangkong. Walau pun orang cina sudah 'berak' atas kepala Ah Jib Kangkong,dia sendiri pun tak kesah,siapa lah cikgu melayu cabuk ini yang nak di bela?

Wahai Pemuda UMNO,President Ah Jib pun tak berani tegur kaum cina ini,jadi lu orang balik lah kampong dan tanam KANGKONG!!!

alfie

Anonymous said...

INI PUN SAMA MACAM MENTERI AMARAN..AKHIR SEKALI TAK AKAN ADA APA-APA BERLAKU. MACAM TOM YANG TAKUTKAN JERRY JE!

Anonymous said...

Sebab pemimpin kita bermula muka..depan meka puji depan melayu kutuk..pada hal dalam hati ada bunga...seba melayu berpecah lah meka kini kurang ajar..ngat kuasa B. Sekarang hanya bergantung pada swk dan sabah..di semenanjung BN dan umno is nothing without swk n Sabah..it fakta..tpi apa rakyat swk dapat..pejabat pusat pu parah..sekolah, balai polis, kem tentera...lu tengok lah sendiri..

Anonymous said...

Teruja nak lihat tindakan ..jgn biar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa