Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 01, 2013

NIK AZIZ MASUK WAD DIRAJA IJN SEKALI LAGI???!!!



BAGUS LER TU..
SYUKUR ALHAMDULILAH...
TOK GURU DAN MURID PONDOK NI LEBIH TINGGI ILMU AGAMANYA DARI NIK AZIZ...
MEREKA PUN DAH SEDAR BAHAWA PAS NI TAK LEBIH DARI PARTI POLITIK MURAHAN PENJUAL AGAMA..
MANA BOLEH SUKA-SUKA BUAT HUKUM IKUT SUKA SENDIRI...
MANA BOLEH ORANG ISLAM CAKAP NABI KEKASIH ALLAH MAT BUDAK KAMPUNG...
MANA BOLEH BUAT PERBANDINGAN ATAS NAMA KEKASIH ALLAH..
MANA BOLEH KITA ORANG ISLAM SETUJU BAGI KALIMAH ALLAH ORANG KAFIR GUNA...
BIAR DIA TINGGAL ANAK BERANAK JER DALAM PARTI PAS...
JANGAN BERI PELUANG PADA MEREKA LAGI..
LAGI LAMA LAGI BANYAK BENDA MUNGKAR YANG MEREKA LAKUAKAN...
JANGAN UNDI PAS PADA PRU 13 NANTI YER..

JPX

PASIR MAS 1 April - Sebanyak 70 anggota Pas yang terdiri daripada guru dan pelajar sebuah sekolah pondok di sini, malam tadi mengisytiharkan mereka keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan.

Bagi mereka tiada parti lain selain UMNO yang mampu memartabatkan sinar Islam selepas Pas gagal berbuat demikian sejak memerintah Kelantan pada 1990.

Selain itu bagi mereka lagi terlalu banyak janji palsu yang ditaburkan pemimpin Pas dan selama itu mereka melihat jasa kerajaan Pusat dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat benar-benar telah menambat hati.

Wakil guru dan pelajar pondok di Tal Tujuh di sini, Mohd Zaidi Shafie berkata budi UMNO dan kerajaan pusat dalam memartabatkan sinar Islam dan membantu rakyat telah menyebabkan mereka bertukar fikiran untuk keluar daripada Pas.

"Memang betul saya pengikut setia Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan selalu mengikut programnya. Apabila saya membuat perbandingan akhirnya kami sepakat Pas tidak boleh membela nasib kami dan tidak mampu memartabatkan Islam.

"Jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat besar terutama pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi.

"Ini telah membuka hati kami para guru dan pelajar pondok di sini dan kami yakin UMNO boleh membawa negara, bangsa dan agama ke tempat yang selayaknya," katanya pada majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat di Kampung Hutan Chengal, Tendong di sini malam tadi.

Mohd Zaidi berkata lebih menyedihkan Pas hanya pandai menabur janji namun tidak pernah ditunaikan demi rakyat di Kelantan.

Sementara itu Hanafi berkata keikhlasan guru dan pelajar pondok itu untuk menyertai UMNO bukan dipaksa oleh mana-mana pihak tetapi lahir daripada kehendak mereka sendiri.

"Saya jangka lebih ramai anggota Pas akan keluar parti dan menyertai UMNO.

Penyertaan guru dan pelajar sekolah pondok ini diharap dapat membuka mata anggota Pas untuk sama-sama berjuang dalam UMNO," katanya. - BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

esok kita lihat la apa tuduhan pok nik nyanyuk ni kepada bekas penyokong masuk umno..sbb mulut nik aziz mulut plitik bukan mulut seorang tokoh ulama pun

Anonymous said...

Allah dah tunjukkan PAS adalah parti yang menggunakan Islam dan tidak istiqamah untuk perjuangkan Islam dan hudud...dulu PAS berjuang untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud...dulu PAS kata UMNO kafir sebab kerjasama dgn MCA dan MIC.. PAS anggap mereka je betul dalam ISLAM tapi ingat lah PAS...Allah dah tunjukkan apabila PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP.. PAS lebih banyak mengikut telunjuk DAP dan PKR... contohnya kalimah Allah...kenapa DAP dan PKR tak ikut keputusan majlis syura PAS??? Ini menunjukkan PAS bukan parti dominan dalam PR...Berpuluh2 tahun memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud tapi akhirnya manifesto PR tak de tercatat pun nak buat hudud dan negara Islam??? Ini bukti PAS bukan parti dominan dalam PR dan sampai bila pun PAS akan mengikut telunjuk DAP dan PKR kerana hendakkan undi.. bukannya mempertahankan prinsip parti?? contohnya di Kelantan dah bertahun PAS memerintah tapi masih tidak dapat melaksanakan hudud kenapa??? kenapa PAS harus menyalahkan pihak lain untuk melaksanakan hudud di kelantan??? apakah perancangan atau KPI PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan?? apakah keputusan akhirnya berjaya atau tidak?? atau hanya slogan sahaja untuk undi orang Islam...dan tidak melaksanakan takut orang bukan Islam tidak undi??? di manakah kejujuran PAS???

Anonymous said...

BUKAN CALANG2 YG KUAR PAS TU..KALO ORG LAIN DIORANG BOLEH LG CKP UMNO BAYAR..TP NI ORG AGAMA..MANA MAKAN DUIT HARAM..DIORANG PUN BOLEH NAMPAK..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa