Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 01, 2013

ANWAR IBRAHIM AKAN JADI GELANDANGAN TIDAK LAMA LAGI???!!!



“Jangan hiraukan Anwar Ibrahim ni. Dia paling tidak suka jika tiada siapa yang menghiraukan dia”. Itu antara kata-kata Tun Daim.

Tepat sekali. Makin tak dihirau makin dia sakit jiwa. Makin sakit jiwa makin melalut pertuturannya. Makin melalut pertuturannya, makin banyak dan makin jelas penipuan, pembohongan dan pendustaannya.

Bagus juga. Anwar mempunyai “perasaan” semua orang percaya cakap dia, tapi hakikat yang gagal dikesannya ialah rakyat semakin hari semakin “yakin” ada yang tak kena dengan Anwar.

Pemikiran, cara tindakan dan perbuatannya semakin hari semakin diragui dan telah menimbulkan persoalan dan kebimbangan majoriti rakyat.

“Perasaan Anwar sedang bergerak secara songsang” dengan “apa yang sebenarnya” sedang bermain di fikiran majoriti rakyat.

Kesongsangan fikiran dan tindakan Anwar ini adalah sebahagian dari bukti jelas yang menunjukkan bahawa tiada siapa yang mampu mengatasi perancangan Allah.

Anwar merasakan “BN Sabah” tidak mungkin boleh digugat melalui sistem PRU. Trend BN Sarawak pun sama.

Oleh itu suatu kaedah luar kotak harus dirancang bagi memecahkan kekuatan BN di ke dua-dua negeri.

Perjudian Anwar memperdagangkan “kalimah Allah for All” tetapi bukan “for all” untuk semua manusia, sebaliknya untuk semua agama adalah untuk mensasarkan undi penganut kristian yang tinggi di ke dua-dua negeri.

Begitu juga dengan perancangan rapi bersama Nur Misuari untuk mendapat undi kaum suluk yang sudah menjadi warganegara dan berdaftar sebagai pengundi yang agak besar angkanya.

Anwar selaku TPM adalah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pendatang Asing Tanpa Izin ketika itu. Dialah yang bertanggungjawab secara langsung dalam isu PATI Sabah. Bukan Mahathir.

Dia sedar “sentimen suluk” di Sabah tidak bertuan kepada Manila, sebaliknya orang-orang suluk ini bertuankan pemimpin dan pertubuhan suluk di kepulauan Sulu dan Mindanao.

Antara individu yang berpengaruh di kalangan Bangsa Moro/Sulu/Taulug ini antaranya ialah Misuari, keturunan-keturunan yang mengaku sultan sulu, MNLF dan MILF.

Anwar membuat perkiraan bahawa “isu kad pengenalan Sabah” ini amat penting bagi pembangkang dan boleh dimanipulasi sepenuhnya untuk menghadapi PRU13.

Anwar mencongak, sokongan dari kaum asal Sabah mungkin boleh diperolehi jika “kena gaya’ dalam memainkan isu Kad Pengenalan dan PATI di Sabah, manakala sokongan dari kaum sulu yang sudah menjadi warganegara dan menjadi pengundi pula,

Anwar menggunakan Misuari yang juga mempunyai agenda tersendiri untuk memulihkan pengaruhnya di wilayah autonomi yang semakin terpinggir.

Di sini boleh dilihat, Anwar tetap tidak boleh lari dari amalan politik sesumpah yang sudah menjadi darah dagingnya.

Anwar tetap mahu beroleh menafaat politik dari semua pihak dan di semua keadaan. Walaupun masing-masing pihak itu tidak boleh duduk semeja, Anwar akan berusaha untuk memanafaatkan ke dua-dua pihak yang bertelagah ini dengan menggunakan ‘pendekatan yang berlainan’ untuk dia beroleh sokongan dan pengaruh.

Permainan politik Anwar ini sudah sampai ke tahap sangat merbahaya dan berpotensi untuk menyebabkan maraknya api pertelagahan dan konflik antara negara dan lupusnya keharmonian antara etnik dan agama yang wujud di Sabah.

Jika kerajaan Malaysia tidak berhati-hati dan tidak bijak menangani isu pencerobohan tentera Kiram-Misuari di Lahad Datu tempohari, kemungkinan besar hubungan di antara Malaysia dan kerajaan Filipina sudah memasuki fasa merbahaya.

Etnik asal di Sabah mungkin sudah menyalahkan bulat-bulat kerajaan Barisan Nasional. Warganegara di kalangan kaum Suluk pula mungkin turut memusuhi kerajaan dan rakyat asal Sabah.

Konflik terbuka di antara rakyat asal dan kaum Sulu di Sabah juga mungkin sudah berlaku. Lain-lain parti komponen BN di Sabah mungkin akan bertelagah secara terbuka dengan UMNO.

Inilah di antara senario-senario atau ‘snowball effect’ yang diharapkan oleh Anwar supaya berlaku hasil dari percaturan dan perancangan rapinya yang sudah dan sedang terbongkar satu demi satu.

Kegusaran Anwar apabila senario yang diharapkan berlaku ini tidak menjadi sudah boleh dilihat sekarang.

Damage control sedang dilakukan dengan mencari setiap ruang untuk meletakkan beban kesalahan dan kelemahan yang membawa kepada pencerobohan asing ini kepada UMNO dan DS Najib secara khusus.

Dalam masa yang sama pelbagai isu lain sedang di’spin’ untuk mengalihkan fokus rakyat terhadap tangan-tangan ghaib Anwar sebagai pencetus yang membawa kepada terjerumusnya Kiram-Misuari dalam pencerobohan terhadap kedaulatan Negara Malaysia.

Anwar boleh lakukan apa saja untuk membersihkan tangannya yang sudah membawa kepada terkorbannya 10 anggota keselamatan kita. Tetapi majoriti rakyat sudah tahu ‘belang sebenar’ Anwar.

Jangan hiraukan apa saja tindakan provokasi yang sedang dilakukan Anwar. Dia melakukannya hanya untuk mempertahankan dirinya dari dicop oleh sejarah sebagai pengkhianat negara yang tiada tolok banding.

Sampai ketikanya, paling lama 2 bulan dari sekarang, Anwar akan menerima kenyataan sebenar, “penolakan secara total dari majoriti rakyat”. Pakatan akan tumbang dan patah tiga.

Kamarulzaman Kamdias

1 comment:

Anonymous said...

Tanya pada Jijah
Mengapa kontol nuar bengkok
Nanti jawab jijah
Kerjna suka pantat jubor
Tanya lagi pada nuar
Mengapa suka pantat jobur
Nanti jawab nuar
Jijah punya sudah longgar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa