Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, June 29, 2011

KINI KOMUNIS ADA WARNA BARU:HITAM ITU MENAWAN KE???

SAYA BUKAN KOMUNIS
DALAM DUNIA NI...
SIAPA NAK MENGAKU DIA JAHAT...
KALAU DIA KOMUNIS PUN...
TAK KAN DIA NAK CAKAP DIRINYA KOMUNIS...
DULU KAUM INI BODOH JER...
DAH PANDAI SIKIT DAH NAK DIPIJIKNYA KEPALA KITA...
JANGAN MAIN-MAIN...
JANGAN INGAT KO PANDAI CAKAP INGGERIS...
KO BOLEH BUAT SUKA KO...
INGAT ASAL USUL SIKIT...
ASAL USUL BANGSA KO KAT NEGARA NI...
SETUJU???

JPX

KEPALA BATAS 28 Jun - Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan menuduh akhbar Utusan Malaysia membuat laporan karut mengenai lelaki Filipina, Romeo Castillo dan warga Korea, Min Young Song yang didakwa ejen asing untuk membawa gerakan komunis di negara ini.

Menurut Arutchelvan, kehadiran Castillo, 59, dan Young Song, 24, ke negara ini bukan untuk menyebarkan propaganda jahat menggulingkan kerajaan sebaliknya datang menyertai Kongres PSM pada 3 hingga 5 Jun lalu.

Katanya, walaupun hadir sepanjang program PSM di Johor baru-baru ini, mereka berdua tidak membuat ucapan umum atau terlibat dalam perhimpunan atau sebarang aktiviti yang boleh dilabel sebagai jenayah.

''Jika mereka berdua adalah ejen asing yang merbahaya, bagaimana polis boleh membebaskan mereka dengan jaminan selepas ditahan pada 25 Jun lalu dan dibebaskan pada pukul 4 pagi keesokan harinya?

''Jadi laporan yang ditulis Utusan Malaysia adalah berniat jahat kerana tanpa sumber sahih menuduh Castillo dan Young Song merancang konspirasi peringkat antarabangsa," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan mengenai gerakan komunis yang didakwa meresapi demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

Memetik sumber, laporan itu menyebut, gerakan tersebut diketuai PSM dikesan bersekongkol dengan Castillo, 59, dan Young Song yang menjadi ejen antarabangsa untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Sumber dalam laporan itu menyebut, Castillo mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata manakala Young Song pula merupakan ahli pertubuhan 18 Mei di Korea dan hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Castillo dan Young Song ditahan bersama 29 ahli PSM di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

Arutchelvan berkata, Castillo dan Young Song tidak mungkin bekerjasama menggulingkan kerajaan kerana mereka mempunyai fahaman berbeza dengan Castillo berhaluan kiri manakala Young Song pula mempunyai hubungan dengan pertubuhan sayap kanan di Amerika Syarikat.

''Selain itu tuduhan mengatakan PSM mengetuai demonstrasi Bersih juga tidak benar kerana perhimpunan itu adalah inisiatif pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai Datuk S. Ambiga," ujarnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa