Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, September 02, 2015

AZMIN ALI DISIASAT POLIS???



Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, bakal disiasat polis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana menghadiri perhimpunan haram BERSIH 4.

Menurut sumber, Polis telah membuka kertas siasatan ke atas Azmin setelah beliau dirakam menghadiri perhimpunan haram tersebut dengan berpakaian T-shirt warna kuning tertulis perkataan Bersih 4, yang merupakan satu kesalahan yang diwartakan di bawah “Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No.22) 2015”

Perintah tersebut melarang pakaian berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan ‘Bersih 4’ serta apa-apa bahan bercetak dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan itu.


Menurut Seksyen 8(1) AMCP 1984, mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan memiliki apa-apa hasil penerbitan larangan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 dan bagi Seksyen 8(2), mana-mana pihak disabitkan kesalahan mencetak dan mengedar apa-apa hasil penerbitan larangan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya,”

Azmin mungkin berhadapan dengan hukuman dendan RM 5, 000.00 dan boleh menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, peserta perhimpunan BERSIH 4 bakal berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mereka tetap mahu berhimpun walaupun tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi berhimpun.

LGE-BERSIHBeberapa wakil rakyat DAP yang hadir dilihat hanya memakai T-shirt kuning tanpa sebarang perkataan Bersih 4. -MYK

1 comment:

Anonymous said...

Jgn tangkap azmin je,bapak dgn anak komunis dr penang,tun mahatir,yb dap dan pkr yg lain,penganjur Dan lain2 pun kena siasat juga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa