Ketua Penerangan UMNO, Datuk
Ahmad Maslan berkata Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29
November hingga 3 Disember ini adalah
suatu perhimpunan yang amat penting kerana ianya mungkin perhimpunan yang
terakhir sebelum negara berhadapan dengan satu ujian yang paling getir iaitu
Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
“Saya jangkakan mengikut
percaturan, ini adalah perhimpunan yang terakhir sebelum menjelang PRU 13. Oleh
itu saya rasa ucapan-ucapan daripada perwakilan kelak sudah pastinya akan
berkisar tentang persiapan terakhir menghadapi PRU 13. Begitu juga dengan
ucapan Presiden dan Timbalan Presiden. Kemungkinan akan berkisar perkara yang
sama.
“Jadi, amatlah penting
setiap perwakilan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap nasihat yang bakal
diberikan bukan hanya untuk kepentingan parti tetapi adalah untuk perjuangan
UMNO sebagai tonggak Barisan Nasional (BN). Saya harapkan Gagasan 1Malaysia
akan menjadi satu modal besar dalam ucapan perwakilan termasuklah lima dasar
transformasi nasional yang dibawa oleh Perdana Menteri,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Beliau juga mengharapkan
agar setiap jurucakap menjadikan model ekonomi dan Bajet 2012 sebagai di antara
topik yang bakal dibahaskan kerana ianya cukup memberi kesan dan faktor positif
dalam membantu rakyat.
“Saya berharap, rakyat
negara ini akan datang beramai-ramai ke perhimpunan kali ini dan dengar sendiri
nasihat daripada Presiden dan jurucakap. Buat rumusan dan jadikan ianya sebagai
satu penyuntik semangat untuk kita menghadapi PRU 13 yang dijangkakan akan
berlangsung dalam suasana yang getir,” katanya lagi.
Untuk ulasan seterusnya,
ikutilah rakaman temubual bersama Datuk Ahmad Maslan di UMNO youtube. -MediaUMNO.
No comments:
Post a Comment