Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, August 21, 2015

WAJIB BACA:AHLI UMNO PERLU KELUAR DARI KEJAHILAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Saya menerima satu pesanan WhatsApp yang kononnya dari ahli UMNO dengan mukadimah seperti berikut, “Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.”

2. Membaca keseluruhan panjang lebar ulasan beliau saya hadir kepada dua kesimpulan. Pertamanya, inilah ahli UMNO yang masih dalam zaman jahiliyah, malas membaca, emosional dan kaki sakau projek. Kedua, penulis tersebut dari kumpulan “taksub dan taklid” pro-Tun Mahathir.

3. Masalah 1 Malaysia Development BErhad (1MDB) adalah masalah kerajaan bukan peribadi Mohd Najib. Ia masalah sebuah syarikat kerajaan yang harus menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Barisan Nasional. Jika ada yang menyatakan menyatakan Kabinet tidak menyokong 1MDB, maka beliau harus meletak jawatan. Sehingga kini tidak ada seorang pun meletak jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, yang terpaksa digugurkan bukannya meletak jawatan atas prinsip.



4. 1MDB sama seperti permulaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Perwaja, Proton, TNB dan banyak lagi syarikat kerajaan. Jika ia rugi atau untung adalah tanggungjawab bersama kabinet dan parti pemerintah termasuk UMNO. Dalam konsep demokrasi seperti Malaysia, parti pemerintah tidak boleh mencuci tangan mengatakan kelemahan pentadbiran sebagai bukan tanggungjawab mereka.

5. Penulis tersebut turut merepek dengan menyatakan tidak masuk akal untuk ahli UMNO menjawab kesalahan yang dibuat oleh Presiden UMNO. Hakikatnya, Presiden UMNO tidak pernah meminta ahli UMNO menjawab bagi pihaknya. Beliau hanya meminta ahli UMNO menyampaikan dan mempertahankan jawapan yang telah beliau berikan.

6. Ia tidaklah susah sangat kecuali anda ialah ahli UMNO yang mempunyai agenda menjatuhkan Prseiden parti secara taktik kotor dan jahat.

6. Bagi memainkan sentimen benci Mohd Najib, beliau juga mempertikai pelaburan 1MDB. “macam RM 15.4 bilion pelaburan 1MDB di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, pelaburan itu dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya, dalam bidang apa pun tak tahulah, tak diberitahu, di mana pelaburan itu dibuat pun tak diberitahu, bukannya ahli UMNO yang 3 juta orang ni yang buat pelaburan itu, bila rakyat tanya dalam bidang apa pelaburan itu dibuat dan di mana pelaburan itu dibuat, apa ahli UMNO nak jawab?”

7. Jika beliau ambil masa membaca dan mendengar penjelasan 1MDB tentu beliau tahu bahawa Brazen Sky itu anak syarikat 1MDB yang membuat pelaburan dalam Petrosaudi. Kalau penulis ini tidak membuang masa membuat cerita karut tetapi lebih mendengar penjelasan 1MDB tentu beliau tahu AABAR Invenstment tersebut ialah anak syarikat kerajaan Abu Dhabi. Jika dibuat sedikit carian tentu beliau tahu GIL Fund pula merupakan syarikat pelaburan hartanah.

8. Pernah anda bertanya begitu terperinci ke mana Permodalan Nasional Berhad (PNB) melaburkan wang untuk membayar dividen kepada pemegang unit tabung Amanah Saham Bumiputera, ASN dan lain? Pernah kita mempersolkan mengapa labur di sini bukan di sana, atau potfolio apa? Tidak! Sebab kita memberi amanah kepada PNB melabur bagi pihak kita dan membayar dividen. Demikian juga pelaburan-pelaburan 1MDB dalam syarikat “unit trust” di luar negara dengan syarat-syarat tertentu. Mana mungkin rakyat mahu terbabit dalam setiap keputusan yang hendak dibuat oleh sesebuah syarikat kerajaan.

9. Penulis tersebut juga membangkitkan isu IPP. Keputusan pengurusan 1MDB mengenai pembelian IPP tentulah keputusan perniagaan. Misalnya 1MDB dituduh beli IPP yang hendak tamat kontrak dengan harga mahal. Ikut logik jika tunggu habis kontrak IPP tersebut jadi murah. Ini masalah bila si bengong hendak menjadi pengurus.

10. IPP tersebut akan tamat kontrak tapi jika ia menghentikan operasi apabila tamat kontrak, kawasan terbabit akan bergelap. Boleh TNB bina janakuasa dalam sekelip mata? Tidak boleh, apabila tidak boleh, kuasa rundingan bukan pada TNB lagi tetapi pada IPP. Ada jaminan kroni-kroni Tun Mahathir ini tidak minta harga lebih tinggi? Untuk rekod, IPP bukanlah semacam lori janakuasa yang boleh dipindah-pindah sesuka hati.

11. Si bangang ini (maaf kerana berkasar) juga mempersoalkan mengenai kegagalan Edra Energy, anak syarikat 1MDB melaksanakan projek membina dan membekalkan tenaga elektrik kepada TNB melalui Jimah Timur 3B. Edra dan Mitsui Jepun mengadakan JV memenangi tender, tidak mampu meneruskan kerana kekurangan dana. Dana sepatutnya diperolehi melalui IPO. Tetapi kerana ramai bangang dalam UMNO menyerang 1MDB, maka IPO terpaksa dibatalkan untuk elak kegagalan.

12. TNB selamatkan Edra? Apa kebodoh pernyataan tersebut. Sebaliknya TNB lagi untung mendapat projek ini. TNB sebenarnya telah kalah dalam bida sebelum ini. Apabila 1MDB setuju serahkan kepada anak syarikat TNB mereka telah berjaya mendapat penilaian semula dengan harga tarif lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh 1MDB sebelum ini. TNB untunglah bodoh bukan rugi!

13. Penghasut ini juga bertanya soal derma RM 2.6 bilion. Sudah dijawab oleh Presiden UMNO bahawa derma tersebut untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional. Penderma bersetuju menderma dan mahu masukkan dalam akaun khas dengan nama Mohd Najib Abdul Razak. Jadi prinsip akaun mana menyatakan derma tersebut perlu dilaporkan dalam akaun parti?

12. Pernah pemimpin UMNO di bawah bertanya dari mana datang wang buat poster, beli iklan, cetak risalah, bantu baiki surau, masjid, bantuan langsung anak yatim, pelajar universiti, pelajar sekolah dan bantuan makanan kepada oarng miskin. Ini belum kira elaun pasang poster, pasang bendera, konvoi bermotor, peruntukan bilik gerakan, Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, ketua wanita dan ketua puteri Bahagian dan cawangan?

13. Saya merasa kasihan kepada penghasut tersebut. Beliau bukan sahaja sedang merosakkan UMNO malah menanggung dosa fitnah dan mengadu-domba masyarakat hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu politik ketuanya.

14. Ahli UMNO perlu keluar dari kepompong kejumudan dan kejahilan jika mahu kekal menjadi parti pemerintah. Mereka perlu menjadi ahli yang berilmu bukan burung kakaktua yang mengulang-ulang kata-kata musuh sehingga menjadi satu kebenaran.

15.Perintah pertama Allah kepada Muhammad ialah Iqra’ “Bacalah! Bacalah! Bacalah! Wahai Muhammad”. Allah tidak menyuruh sebar fitnah, main wahtsapp, mengumpat dan menagdu-domba.

Amin Yatim
Petaling Jaya

6 comments:

Anonymous said...

Rasa2 orang yg berkenaan itu Abu Bakar atau Atuk Cincaluk. Memang itulah yg selalu disebarkannya dalam blog2. Kalau baca pun boleh jadi sakit hati sebab apa yg dikatakannya memang dapat dirasa ketidakbetulannya.

Anonymous said...

agaknya tun mahathir baca atau tidak tulisan amin yatim ni. kalaulah tun mahathir luangkan masa membaca tulisan ini. tidaklah hanya bergantung dan membaca tulisan portal2 yang anti kerajaan semata2. seorang negarawan sepatutnya ada akal untuk tidak bergantung kepada satu jenis sumber...

Rozai CBR said...

Assalamualaikum
Tuan...
Saya ada salah seorg ketua cawangan di bahaguan muar. Tuduhan bahawa ahli UMNO ni malas membaca .....pada saya amat nakal. Kamu lihat sendiri kenyataan2 yg dibuat oleh PM sendiri sentiasa berubah-ubah mengikut situasi semasa. Dr isu 1mdb meminjam 42b dikatakan tiada kaitan dgn kerajaan dan kerajaan tidak menjadi penjamin.....akhirnya ternyata kerajaan adalah key utk memberikan jaminan agar pinjaman tersebut diluluskan. Jadi adakah dgn bermodalkan 1million boleh mdptkan pinjaman sebanyak 42Billion tanpa ada apa2 jaminan. Ahli UMNO pun tak bodoh sekrg untuk menerima bulat2 apa yg dikeluarkan oleh Najib. Jadi adakah relevan mengatakan ahli UMNO malas membaca dan mencari fakta? Jadi di sini siapa sebenarnya yg malas menilai fakta?

Pada PRU lepas saya ditugaskan untuk menjadi pengerusi bagi salah satu pondok peti undi. Sekiranya benar 2.6 billion utk PRU maka tak de isu untuk pengundi luar. Tetapi apa yg terjadi adalah peruntukan nya amat sedikit hingga terpaksa kami membahagikan memgikut keperluan . Bahagian memberikan untuk seorang rm50 tetapi disebabkan ramai pengundi luar jadi peruntukan tidak cukup dgn alasan pondok panas tidak dapat menilai bilangan yg sebenar. Dan ini cukup berbeza di pekan pahang.....rupa2nya disana sungguh mewah ....diberi sebanyak rm 250 hingga rm 300. Dan kalo tak puas hati naik kat pejabat najib di pekan boleh dapat rm1000. Ini bukan tohmahan serta fitnah....ini kejadian2 benar2 berlaku.

Ini belum lagi kenyataan najib yg berbelit berkenaan 2.6 billion dr awal hingga kini. Fakta yg dikeluarkan oleh najib adalah seperti berikut:
1. Tidak mengaku menerima duit masuk dlm akaun dan bodoh lah kalo penyamun nak menyamun masuk akaun sendiri.
2. Kemudian diakui masuk tapi bukan dr 1mdb tetapi DERMA dgn nilai yg sama
3. Kemudian duit tersebut dapat kerana sokongan menentang ISIS dan mempertahan ASWJamaah.

Kesimpulannya ....mana satu yg benar2 betul?

Kamu menyentuh soal syarikat 1MDB berjalan sebagaimana syarikat lain. Persoalanya adakah ahli lembaga syarikat diberikan kuasa sepenuhnya membuat apa sahaja keputusan tanpa merujuk kepada kabinet? Setahu saya yg bekerja kerajaan ni yg selalu berurusan dgn kementerian .....kebanyakan perkara semua perlu mendapat kelukusan menteri dan juga dikenuakan kepada kabinet. Tak tau laa kalo pakat2 silent macam 1mdb buat.

Persoalan yg menjadi muskil juga bagaimana 1mdb boleh membeli tanah dgn harga yg murah tanpa ada tender. Sedangkan dasar najib juga ada mengatakan yrusan direct award tidak ada lagi tetapi apa yg terjadi zaman najib paling banayak tender direct award. Jadi perosalannya siapa yg rugi? 1mdb sesenang mendabik dada mengata kan bahawa ia menpunyai nilai aset yg amat tinggi. Kat sini sapa yg diperBODOHkan?

Cukuplah saya sentuhkan perkara diatas kerana apa yg saya nyatakan di atas adalah di atas pengalaman saya sendiri. Saya tak tau ketua cawanagn mana yg terima duit dr najib. Sebagaimana yg diakui oleh sharir samad. Maaf saya katakan kalau begini lah cara najib ....money is king ....maka sampai bila2 kita memang disogok dengan kemewahan ....dimana nilai maruah seorg JATI DIRI AHLI UMNO. Ahli UMNO memang ramai tetapi berapa ramai yg mengenali ROH UMNO itu sendiri. Yg pasti ROH UMNO kat peminpin dikejelilingi MONEY. Wallahualam.....

Anonymous said...

alangkah aman nya malaysia kalau rakyat malaysia ada otak macam anak yatim.



Anonymous said...

Seblm ini agak kecewa dgn cerita ¹mdb dan wang rm2.6bil tu.Setelah bnyk membaca mmg jelas 1mdb berada di landasan tepat.Mgkin syarikat2 kroni tun mahathir kecewa dgn kehebatan 1mdb hingga tun dijadikan anjing utk menyalak 1mdb serta najib.Mgkin mrk tak dpt kawtim spt era tun m dulu.Jika tepat perancangan mrk...dlm tempoh 10 tahun 1mdb boleh memperoleh rm180bil aset dan keuntungan.Idea penubuhan 1mdb adalah bijak dan mgkin menambah rasa cemburu tun m.
Ttg wang rm2.6bil tu...klu dapig n pgayR boleh dpt jumlah berbilion2 utk dana kempen mrk...aku tak peduli pon!!!Najib dah maklum pada tsmy cuma tsmy agak bodoh sikit pegi pecah rahsia.Mgkin ada udang sebalik batu.Yang laki umie aida n bekas mb tgganu yg hebat menyalak mgkin nak sedikit share...maklumlah dah bangkrap dan tak ada keja.
Rakyat kenal sgtlah stail tun m tu...dia akan mengata sampai masuk liang lahad.Syukur..tanpa dia..hudud dpt dilaksanakan di kelantan dan hbgn tegang antara pengikut umno dan pas dah berkurangan.So...kredit pada najib dan puak tun m...bertenang n jgn meroyan!!!

Anonymous said...

No. 3 - Sememang nya masaalah peribadi Najib Lanun. Apasal barisan cabinet tidak dimaklumkan sewaktu dimulakan sampai AWSJ, SR, The Edge sebar kan baru gelabah. Kes TIA kalau Mat Said tak khabar ada Najib buka cerita???

No. 4 - MAS, TNB ke apa apa jer dah ada Structure, Assets, etc etc dan ditubuh dan dijalankan tiada rahsia.....1MDB??? Modal 1 Juta hutang sampai 42,000 kali ganda??? Model bisnes amende???

Penipuan Najib paling ketara
- tidak kenal Jho Low,
- Cash dah ditebus dari Cayman Island jadi Asset jadi UNITS (berbohong didalam Parliament lagi!
- Fitnah AWSJ songlap dan bukan penyamun siap cakap tiada masuk a/c peribadi
- Kantoi cakap 2.6 Billion Derma PARTI (TRUST)
- Tipu lagi kata DERMA POLITICAL Donation
- Tipu lagi Private Donation
- Tipu lagi kata Derma lawan ISIS
- Tipu lagi Donation lawan DAP & JEWS
- eh eh eh beberapa banyak TIPU Dahhhhhh


Tapi kan kalau layan article nih geng otak jangan kata baca, dah beku untuk terima hakikat semata mata Lanun dah tabur duit tuh yang memanda hulubelalang menteri bagi alasan yang bertukar tukar macam sesumpah!

Negara nak lingkup pun bootlickers tetap dibelakang kena berak kencing dengan Najib...nih ahli UMNO yang cakap, 3 juta ahli dia nak kencingkan!

BUGIS KEPALANUN essentially became ONE WORLD WONDER CHRONIC LIAR as told by all the hulubelalang....it doesn't come from me OK so jangan cakap FITNAH!!! Yang kasi bongkar belah korang jugak lah bangang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa