Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, August 24, 2012

WAJIB TONTON:VIDEO YANG LEBIH HEBAT DARI VIDEO ANWAR BALUN CHINA DOLL




KREDIT UNTUK GELOMBANG KICK

Fitnah dikalangan pemimpin Islam pada hari ini dilihat sukar sekali untuk dibendung jika Pas selaku pihak yang mencetus perpecahan ini belum sedar untuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis mengikut konteks Islam yang sebenarnya, kerana situasi yang berlaku ini bakal menghancurkan umat Islam sendiri.

Semakin hari kita lihat Pas semakin terpesong, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku orang tua didalam Pas juga tidak boleh diharapkan lagi, pandangan beliau sentiasa berubah seperti sesumpah, beliau seolah-olah mengikut saja nasihat dan pandangan punahsihat-punahsihat tanpa beliau merujuk apa yang diputuskan itu mengikut kaedah Islam yang sebenar.

Mungkin faktor umur menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan janji-janji keindahan duniawi dan lantas melupakan akhirat, video ini dirakam ketika mana sesi temu ramah bersama Tuan Haji Zainal Abidin bagi menjawab tuduhan-tuduhan fitnah yang dibuat oleh pemimpin Pas yaitu Adun Kelaboran Zaki Ibrahim terhadap beliau. 

Namun ketika rakaman ucapan fitnah Zaki Ibrahim selama 8 minit itu diberi tonton secara langsung padanya, beliau tidak melenting malah disebabkan bulan puasa juga beliau enggan menyentuh hal-hal berkaitan peribadi pemimpin Pas.

Bagaimanapun beliau mencabar Zaki Ibrahim untuk berdebat dengan beliau pada bila-bila masa sahaja demi perpaduan Islam, tidak usahlah menambah dosa memfitnah sesama Islam, kita tidak bermusuh dengan mana-mana individu didalam Pas, tapi kita tentang cara Pas yang menjadi kuda kepada DAP, katanya.

Antaranya Tuan Hj Zainal Abidin turut menegaskan, bahawa adalah WAJIB bagi kita umat Islam untuk menolak Pas diatas kemudaratan yang akan berlaku terhadap umat Islam sekiranya negara kita diperintah oleh Pakatan Rakyat, ini kerana jelas DAP yang inginkan pelbagai bentuk kebebasan songsang serta hak-hak yang melanggar perjanjian dan lantang menentang penubuhan negara islam.

Sikap takut Pas kepada DAP terutamanya Karpal Singh akan menambahkan lagi bahananya kepada umat Islam dinegara ini, jika kerana DAP Pas sanggup pecat Hasan Ali, Pas sanggup singkirkan bekas Timbalan Presidennya Nasaruddin Mat Isa, dan demi DAP juga Pas akan sanggup untuk mengkhianati rakyat terutamanya umat Islam....Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa