Datuk Seri Ali Rustam telah melontarkan satu teka teki di celah mood pemilihan UMNO yang semakin mencuri perhatian ramai.
Soalan tentulah jawatan apa yang bakal ditandingi oleh bekas Ketua Menteri Melaka ini.
Teka tekinya pula tidak lain tidak bukan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO atau Naib Presiden UMNO.
Para pemerhati politik yang faham mengenai lenggok pemilihan UMNO tetap letak Ali sebagai ' serious candidate' sekalipun beliau tiba-tiba hampir hilang segalanya gara-gara tewas sebagai Ahli Parlimen Bukit Katil ditangan Ketua AMK PKR Shamsul Anwar Mohd Akin pada pilihanraya umum ke 13.
Beliau sudah hilang jawatan Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka.
Kalau tanya siapa pun tiada sebarang ramalan langsung yang menduga Ali boleh tewas.
Beliau dapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 pada Shamsul yang dapat 46,167 undi.
Malah Shamsul sendiri dikatakan terkejut besar dengan kemenangannya sebagai ' gaint killer'.
Ali nampak begitu berkeyakinan ketika memberitahu beliau memohon kepada Perdana Menteri untuk berpindah tanding kerusi Parlimen kerana mahu berkhidmat diperingkat pusat pula.
Lagipun Bukit Katil adalah padang permainannya kerana menjadi Ketua UMNO Bahagian itu sekian lama.
Ali dikatakan menjadi salah satu korban 'tsunami Cina' yang berlaku di seluruh negara semasa PRU13.
Dalam komentarnya pada kekalahan itu,Ali secara terbuka melahirkan rasa kesal dengan sikap masyarakat Cina di kawasan berkenaan yang langsung tidak mengenang jasa dan budi yang telah dicurahkannya sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Menteri selama 13 tahun.
"Saya tidak percaya orang Cina di Parlimen Bukit Katil boleh menolak saya dan kerana undi merekalah saya tewas dalam pilihan raya kali ini,"katanya.
Dalam politik tidak ada istilah ' the end ' sehingga si polan itu sendiri yang angkat bendera putih.
Ketika bercakap kepada wartawan selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 500 penerima termasuk anak yatim dan warga emas anjuran UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur Ahad Ali mengesahkan akan bertanding pada pemilihan parti Oktober depan.
Apapun beliau belum mengesahkan jawatan yang akan ditandinginya kerana masih mendapatkan maklum balas daripada akar umbi.
"Saya kena tengok pandangan daripada akar umbi. Selain Bandar Tun Razak, ada juga bahagian lain yang telah menyatakan sokongan, tapi saya kena dapatkan banyak maklum balas dari akar umbi apa jawatan yang patut saya bertanding. Kena dapatkan yang betul-betul tepat sebab kali ini semua ahli yang buat keputusan.
"Mungkin belum masa yang sesuai, nanti dah sampai masa saya akan beritahu sebelum tarikh tutup (pencalonan) 7 Sept," katanya.
Bekas Ketua Menteri Melaka ini berkata dorongan kuat untuk beliau bertanding adalah disebabkan beliau mahu terus menyumbang kepada parti dan masyarakat.
Katanya pada masa kini kedudukan orang Melayu dan Bumiputera seperti mahu diketepikan oleh banyak pihak dan ini menambah kepada semangatnya untuk mempertahankan hak golongan itu.
"Apa guna kita berjuang dalam politik kalau tidak kerana orang Melayu, hak agama Islam di samping menjaga kepentingan orang lain.
Pada majlis itu Timbalan Ketua UMNO bahagian Bandar Tun Razak, Shahruddin Zainal Abidin berkata bahagian itu memberi sokongan penuh kepada Ali untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan akan datang.
Apakah itu indikasi Ali sedang mengintai jawatan nombor tiga dalam hiraki UMNO?
Kalau tanya kalangan pemerhati politik,ramai yang bertaruh yakin itulah hala tujunya.
Kini dilihat dalam kontek politik Ali ialah boleh dikira seorang yang ' nothing to loose'.
Bukan satu rahsia beliau telah berjaya membina satu rangkaian politik yang kuat semasa era pentabirannya sebagai Ketua Menteri.
Namun senjata politiknya kini hanya dengan jawatan seorang Ketua UMNO Bahagian yang biasa.
Atas sebab ini sebarang move Ali dikira menarik untuk diperhatikan.
Jangan lupa Ali pernah menjadi salah seorang Naib Presiden UMNO dulu.
Apakah beliau akan berundur setapak balik setelah ' diundurkan' oleh keputusan PRU13?
Cuma jawapan pasti,seperti kata Ali sendiri pengumuman itu akan dibuatnya menjelang 7 September iaitu hari akhir pencalonan untuk jawatan pemilihan parti.--AD
4 comments:
tok ali ni bercakap pun tak berapa jelas ..sukar nak faham ..
Idea pulak tak lah seberapa .. yg ada di melaka sekarang ni adalah hasil buah tangan Rahim Tamby ...
Tok ali baik berehat dirumah..lagi pun dah kaya ..
lebih baik Tok Ali jadi panglima besar di Melaka tu kasi hantam semua cinabeng yang telah menewaskan Tok Ali dulu. Tak payah nak rebut jawatan dalam UMNO. Selain aktif dalam DMDI dan PESAKA, lebih baik Tok Ali aktif dalam PERKASA.
Kita nak orang yang berani macam Tok Ali. Show no mercy cinabeng anymore!
Ini jiwa orang yang bersemangat walau pun sudah dijatuhkan dalam PRU tetapi semangat untuk bersama membuat keputusan sebagai pemimpin kerajaan semakin tinggi.
Tok Ali , padangan saya apabila kita telah dikalahkan , jangan tetapi masih mahu dan berminat juga bermimpi besar maka kita cadangkan jawatan yang perlu diambil ialah jawatan Presiden UMNO bukan No 2 atau Naib Presiden.
Kerana , dalam pandangan UMNO Melaka , cuma kurang dari 6 bahagian berbanding dengan Johor yang menyokong penuh Muhyiddin bagi jawatan No 2 kecuali Toa Ali dan Muhyiddin bersama menyusun langkah.
Nasib Najib sekarang ibarat diluah mati emak dan ditelan mati bapa kerana sikap dan cara dan corak pemikiran terbuka oleh beliau masih belum dapat diterima oleh ahli UMNO dan Melayu. Melayu walau apa cara sekali masih memmerlukan tongkat cuma jika dulu tongkat emas kini tongkat preak dan masih berharap jika tiada lagi tingkat perak tongkat tembaga atau rotan masih amat diperlukan.
Jadi jika Tok ALi melawan jawatan No 2, tidak ada arugi nya kerana pada pandangan Najib atau Muhyiddn malah MKT trkini, Tok Ali adalah Orang Luar yang cuma akan menggangu percaturan poltik mereka.
Jiak benar Tok Ali ingin bertanding , ambil lah jawatan No 1 dan jangan buang masa dengan lain lain jawatan kerana selama ini pun Tok Ali telah memegang perlbagai jawatan dan telah juga menikmati segala kesenangan.
Tidak rugi mencuba kerana tujuan bertanding untuk pastikan hak melayu terus terpelihara.
Satu undi unytk Tok Ali jika lawan No 1 kerana Melayu sekarang tidak boleh berharap dan berpaut kepada pemimpin yang pandai menanam tebu dibibir berbandaiung tindakh laku yang terlalu menongkah arus membela kaum lain yang ternyata tidak lagi bersama BN dan UMNO
Sokong tu...dia tolak campur macam Pak Lah jugak.... aura iras pun dekat sama....
Dlm hati aku berharap Mukhris dpt jaga prestej d cari ilmu bnyak2. Perlu belajar dari ayahndanya...jka bolih lebih dari Tun...
Kj, nazri d Kerismudin totaly out of the house....OUT!!!
Moga2 pelapis2 pemimpin melayu akan lebih berkualiti d berintegriti bangsa d agama. Negara terus aman damai tanpa melayani bangsa penghancur negara...
Kekal padu dgn BBC/ABC SELAMA2NYA.
Post a Comment