Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, January 18, 2013

TOK ALI LETAK JAWATAN SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA???!!!



MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13, sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka. 

Beliau berkata, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
"Ramai juga yang sedia maklum tentang perkara ini namun keputusan terletak di tangan Perdana Menteri," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada murid Sekolah Kebangsaan Dato Palembang di sini, hari ini. 

Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi. 

Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999. 

Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan. 

Sementara itu, Mohd Ali berkata, pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 di Melaka telah selesai dan dipersetujui semua parti komponen Barisan Nasional (BN). 
"Tidak ada perubahan baru buat sementara ini dan kita akan ikut cadangan awal yang telah dikemukakan kepada Pengerusi BN sebelum ini," katanya. 

Katanya, berdasarkan perancangan sekarang, hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang sebelum ini ditandingi MCA, akan diserah kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ditandingi Pengerusi PPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai. - BERNAMA 

2 comments:

Anonymous said...

Pon baik juga... terlalu lama jadi MB pun sokongan boleh merudum..jika tak cemerlang..harap Gabenor usah campurtangan...Biarlah kehendak rakyat diutamakan......

Pada bakal KM baru ..diingatkan jagn terlalu ghairah nak pecah pemberian Pingat terbanyak pulak... Dan jangan ..bini diberi Datuk..nanti terangkat kening awam ... Banyak perkara yg perlu dijauhi..mestilah ditinggalkan.

Kera kera..yg banyak pasti akan tukar pokok..jadi siap sediakan pisang dan racun puridan..

Selamat Sejahtera Rakyat Melaka..
dan DS Ali perluj dikenang akan jasanya pada Negeri Melaka.

usin said...

eh!!!! tok ali, jozan menang la pulak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa