Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, December 11, 2012

MELAKA AMBIL ANAK ANGKAT PALESTIN



MELAKA 10 Dis. - Kerajaan negeri bercadang mengambil anak angkat rakyat Palestin bagi membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mengikut perancangan, anak angkat berkenaan akan terus kekal di Palestin dan tinggal bersama keluarga masing-masing tetapi akan dipantau oleh kerajaan negeri terutama dari segi pembangunan akademiknya.

Menurutnya, yuran persekolahan mereka akan ditanggung oleh kerajaan negeri sehingga kanak-kanak berkenaan menjejakkan kaki ke universiti.

"Pemantauan ini akan dilakukan dengan kerjasama Wisma Putra dan kita akan menghubungi anak-anak ini sama ada melalui telefon atau e-mel dan mungkin juga sesekali kita akan berkunjung bagi melihat sendiri perkembangan pendidikannya.

"Kita mempunyai peruntukan mencukupi bagi melaksanakan usaha murni itu namun beberapa persediaan perlu dilakukan antaranya melantik orang hubungan di negara berkenaan serta beberapa urusan dokumentasi," katanya ketika berucap dalam program Jom Layan Orang Muda anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di Banda Hilir di sini semalam.

Yang turut hadir, Presiden Pertubuhan Belia Sedunia (WAY), Datuk Ir. Idris Haron; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo; Timbalan Presiden MBM, Mohd. Sukor Md. Yusoff dan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Zali Mat Yasin.

Mohd. Ali berkata, menerusi misi bantuan ke Gaza yang turut disertai sukarelawan dari negeri ini, diharapkan mereka dapat mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh diguna pakai untuk melaksanakan pengambilan anak angkat itu.

Beliau berkata, usaha murni itu adalah antara sumbangan kerajaan negeri yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Palestin terutamanya golongan kanak-kanak yang dirampas hak mereka sama ada untuk bermain atau menuntut ilmu.--UM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa