Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, December 11, 2012

HELIKOPTER ISRAEL BEDIL HOSPITAL!!!!


10 Disember 2012

Gaza City

Hari ini misi "2nd Wave Road to Gaza" mula mengagihkan bantuan makanan dan ubatan yang kepada warga Gaza.

Pada sebelah pagi, anggota misi telah ke gudang pembungkasan makanan yang terletak di Gaza Street. Di sini, makanan seperti gandum, gula, makanan tin dibungkus oleh anggota misi sebelum diagihkan kepada 2000 keluarga esok.


Selepas selesai membungkus makanan tersebut, anggota misi pulang ke terus ke hospital As-Syifa untuk bersama menyerahkan bantuan ubatan kepada hospital tersebut.




















Keadaan hospital itu memang daif. Ubatan terlalu kurang dan stok mereka menghampiri angka sifat.

Alatan perubatan mereka juga terlalu kurang. Kalau ada pun sudah tamat tarikh luputnya. Tapi apakan daya, walaupun dah expired doktor di situ terpaksa guna juga sebab tiada pilihan lain.

Hospital As-Syifa juga pernah menjadi sasaran peluru helikopter Israel. Jelas kelihatan bekas tembakan  di dinding hospital tersebut. Memang zalim melebihi binatang Yahudi ni. Hospital pun mereka tembak...



Menteri Kesihatan Gaza telah menerima sendiri sumbangan dari Datuk Azeez. Yang menariknya, Datuk Mukhriz pun sama hadir di hospital tersebut untuk program Wakaf Water for Gaza. dah macam reunion orang Kedah ler pulak...hehehe.

Turut hadir Tan Sri Norian Mai, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Ustaz Fathul Bari.





Ada juga anggota misi yang baik hati telah menderma darah untuk simpanan hospital tersebut. Kalau anggota misi dah derma, Ketua Misi pun kena ler derma darah sekali.



Kami juga ke gudang simpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Gaza. Gudang tersebut juga hampir kosong. Kerajaan Malaysia melalui Kelab Putera 1Malaysia menyumbangkan sejumlah ubatan untuk kegunaan hospital seluruh Gaza.



Selepas Hospital As-Syifa, misi bergerak ke Hospital Al-Quds pula.





Hospital ini adalah milik persendiriaan dan operasinya dilaksanakan oleh Palestine Red Crescent. Hopital ini pun daif. Kalau hospital As-Syifa tu milik kerajaan pun dah daif, korang bayangkan ler kalau hospital milik persendirian..

Hospital Al-Quds beroperasi melalui dana yang datang dari seluruh dunia. Derma dan sumbangan kita di Malaysia ada juga yang sampai ke hospital ni.

Pengarah hospital ni cakap orang Malaysia memang sentiasa di dalam hati semua rakyat Palestin. Bantuan dari Malaysia tak pernah putus dan memang Malaysia saudara utama Palestin dalam usaha mereka dalam memerdekakan Palestin.


Datuk Azeez telah menyampaikan USD15,000 kepada Pengarah Hospital itu dan diterima dengan linangan air mata. Katanya, kehadiran rakyat Malaysia di sini walaupun tanpa sebarang sumbangan pun sudah cukup untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan di Gaza.

Betapa tingginya martabat Malaysia di mata warga Palestin. Hubungan baik antara dua negara yang bersaudara ini bukan sahaja akbar pada zahirnya malah terlalu akrab pada jiwanya.

Malaysia akan menjadi yang pertama tiba menghulurkan bantuan walaupun kita tahu dan sedar kita menghantar bantuan ke zon perang. Atas nama Islam dan Ukhwah Malaysia terus disegani dan dikenali bukan sahaja Palestin malahan terkenal seluruh dunia.

Malam tadi jet pejuang Israel mula berkeliaran di ruang udara Gaza seawal jam 10. Aku pun tanya sahabat aku, Sharif yang menjadi sukarelawan Palang Merah tentang hal ini.

Dia jawab ini adalah kebiasaan. Israel biasanya menyerang pada awal pagi dan jet pejuang itu terbang rendah serta berulang alik hanyalah untuk menakutkan warga Gaza.

Sepanjang masa dan waktu warga Gaza hidup dalam ketakutan, Kita di Malaysia nak nengok askar pegang senapang pun cukup payah sebab takde ada apa pun ancaman. Korang fikir ler sendiri.

Bibir aku mula nak pecah sebab cuaca sejuk ni memang aku tak tahan. Oleh sebab tak boleh nak keluar sesuka hati untuk beli lip balm, aku guna butter sapu kat bibir...pun ok.

Doakan hari esok Allah masih memberikan perlindungNya kepada kami seperti hari ini.

KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD,
GHISH MUHAMMAD SAUFA YA'UD!!!

ISLAM PASTI MENANG!!!
BEBASKAN PALESTIN!!!
ALLAHUAKBAR!!!

GAMBAR PENUH >>>DI SINI<<< DAN >>>DI SINI<<<

JPX

1 comment:

KAMUNTING CENTRAL said...

Salam bro. Hebat blog bro... Mohon dapat dipautkan blog teman ke blog bro..http://kamuntingcentral.blogspot.com/ Blog bro tlh teman pautkan... TQ bro.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa