Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, December 10, 2012

PERDANA MENTERI UCAP KATA SEMANGAT KEPADA SUKARELAWAN DI GAZA

GAZA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi kata-kata semangat kepada anggota sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan mengingatkan mereka supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas semasa berada di negara konflik itu. 

Presiden KP1M dan kapten misi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kata-kata semangat itu dimaklumkan kepada beliau melalui perbualan telefon 10 minitnya dengan Perdana Menteri pada Ahad. 

Selain bertanyakan khabar, Abdul Azeez berkata, Najib yang yakin dengan kebolehan semua 58 anggota sukarelawan, turut mahu mereka menjalankan khidmat dengan terpuji. 

"Datuk Seri juga mahu semua kumpulan misi yang berada di Palestin untuk saling membantu satu sama lain dan memastikan bantuan turut sampai kepada semua rakyat Malaysia yang berada di sini," katanya semasa menyampaikan pesanan Najib yang menghubungi beliau bagi mengetahui perkembangan kumpulan misi. 

Beliau memaklumkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga turut mendoakan keselamatan anggota sukarelawan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Abdul Azeez berkata, perbualan telefon dan pesanan SMS itu memberi semangat tinggi kepada semua anggota sukarelawan. 

Mengulas tindakan Israel yang melepaskan tembakan amaran terhadap sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012, Abdul Azeez berkata, kumpulan misi pada kali ini akan memberi fokus sepenuhnya kepada objektif misi dan mengelak tempat yang berisiko tinggi. 

"Selain membekalkan baju kalis peluru, kita dari semasa ke semasa mengingatkan anggota sukarelawan supaya lebih sedar tentang risiko daripada pihak zionis ini," katanya. 

Pada Ahad, akhbar melaporkan kumpulan sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012 yang dalam perjalanan menyampaikan dana Aman Palestin bagi pembangunan pertanian berdekatan Jabaliah kira-kira 3.5 kilometer dari Gaza diberi tembakan amaran oleh pihak Israel. 

Kumpulan misi kemanusiaan 'Gelombang Kedua' anjuran KP1M dan Gerakan Belia 1Malaysia hari ini memasuki hari ketiga dalam misi menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

PENGORBANAN DAN SOKONGAN MALAYSIA TIDAK PERNAH PUDAR TERHADAP PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN, KITA AKAN SENTIASA BERSAMA DALAM SUKA DAN DUKA, KITA ADALAH INSAN SEAGAMA DUNIA DAN AKHIRAT, KESAKITAN DAN PENDERITAAN YANG KAU RASA KAMI JUGA TURUT MERASAINYA, KAMI AKAN TERUS BERSAMA MU DAN AKAN SENTIASA BERUSAHA DEMI MEMASTIKAN BUMI MU BEBAS DAN MERDEKA...SUNGGUH TULUS IKATAN UKHWAH ANTARA KITA, KITA ADALAH INSAN SEAGAMA DAN TIADA HIJAB DAN BATAS YANG MENGASING DAN MEMBEZAKAN KITA DI BUMI SYUHADA INI.....TAPI BERBEZA DENGAN NEGERI KAMI SENDIRI.....ADA INSAN SEAGAMA KAMI SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMECAHBELAHKAN UKHWAH DAN PERSAUDARAAN UMMAH, ADA DOA YANG DIPANJATKAN AGAR KAMI MUSNAH DAN HANCUR, ADA FITNAH YANG DITABUR BAGI MENANAM BENCI DI LUBUK HATI RAKYAT DAN INSAN SEAGAMA.....TAPI TAK MENGAPA KERANA ALLAH LEBIH MENGETAHUI SETIAP APA YANG KITA KERJAKAN.....HARAPAN KAMI AGAR PERSAUDARAAN ISLAM MEKAR DAN SUBUR KEMBALI DI SINI......KEPADA MU RAKYAT PALESTIN KU PANJATKAN DOA SEMOGA ALLAH MENGUATKAN SEMANGAT KITA, MEMBERKATI USAHA KITA, MENGERATKAN UKHWAH SESAMA KITA DAN MEMAKBULKAN DOA KITA AGAR BUMI PALESTIN BEBAS DARI CENGKAMAN ZIONIS DAN MERDEKA..PERCAYALAH ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA...ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa