Sesi pagi ini, misi 2nd Wave Road to Gaza telah dibawa kebeberapa tempat yang musnah dibedil peluru berpandu rejim Zionis.
Tempat tersebut terletak di tengah bandar Gaza disasarkan kerana dikatakan tempat persembunyian pejuang Hamas.
Aku telah dibawa ke sebuah pejabat pentadbiran kerajaan yang musnah 100% terkena serangan. Bangunan empat tingat itu kini hanya tinggal serpihan dinding menyembah bumi. Hanya besi cerucuk bangunan yang tinggal berdiri.
Beberapa pegawai kerajaan telah meninggal dunia di dalam serangan tersebut. Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan tanda kenangan Datuk Azeez selaku Ketua Misi telah diberikan penghormatan untuk menaikan bendera Malaysia di kawasan tersebut.
Apa yang sangat membanggakan aku, wakil Hamas yang turut serta telah memberikan tabik hormat kepada Jalur Gemilang. Satu penghormatan mereka kepada kerajaan Malaysia yang tak pernah lekang dalam membantu rakyat Palestin dari dulu hingga kini.
Selepas itu, aku dibawa pula ke sebuah rumah yang turut musnah dalam serangan Israel tanggal 14 November 2012 yang lalu.
Ada juga rakan media yang tak sanggup untuk terus berada di situ dan ada juga yang tanpa dipaksa menangis teresak-esak melihat keadaan sekeliling.
Serangan itu turut membunuh ibu kanak-kanak tersebut. Mayat ibunya hanya dijumpai di bawah runtuhan rumah itu selepas empat hari kerja-kerja mencari dilaksanakan.
Bapa kanak-kanak itu terselamat dan turut ada di tempat kejadian pada masa kami sampai, juga tertahan air matanya menceritakan semula kejadian yang tak mungkin dilupakan sepanjang hidupnya kepada kami.
Bayangkan seorang bapa kehilangan empat anak dan isterinya dalam sekelip mata. Betapa jahat dan kejamnya Yahudi terhadap saudara kita ini di Palestin. Keganasan ini perlu segera dihentikan dan untuk itu umat Islam perlu segera bersatu.
Aku rakamkan foto di sekitar tempat kejadian tersebut dan korang lihat sendiri apa yang Yahudi telah lakukan kepada saudara kita di sini.
Kemudian korang bandingkan pulak dengan keamanan dan keharmonian hidup kita di tanah air. Aku harap ini dapat mengajar aku dan kita semua untuk terus menghargai apa yang kita dan terus berusaha untuk mengekalkannya.
Semoga Allah memcucuri rahmatNya ke atas roh merea yang gugur dan terus memberkati kehidupan aman makmur di Malaysia.
Mari kita berdoa agar Palestin akan menang dan musuh Islam ini akan ditewaskan. Insyallah.
Sekian dari Jiwa Paradox, Gaza City, Palestin.
ISLAM PASTI MEMANG!!!!
BEBASKAN PALESTIN!!!
ALLAHUAKBAR!!!
JPX
1 comment:
Fuhhh...zalim betul .......
Post a Comment