Alhamdulilah pagi ini Allah masih meminjamkan nyawa kepada aku dan pagi ini bangun dengan laungan azan Subuh di bumi Gaza.
Suhu sejuk sekitar 9 darjah Celsius pagi ini dan langit terang tiada tanda hujan akan turun. Kat sini waktunya lewat lebih kurang 6 jam dari Malaysia.
Di kawasan tempat penginapan telah lama hiruk pikuk bunyi hon kenderaan yang lalu lalang. Bila aku periksa, rupanya tempat aku bermalam ni hampir dengan Perlabuhan Gaza dan disitu terletak pengkalan nelayannya.
Pemandangan dari sini memang cantik. Berlatarbelakangkan Lautan Mediterranean, ternyata Gaza terlalu damai dan tenang. Hanya kezaliman Yahudi Laknaktullah sahaja yang sanggup merosakan keindahan ini demi memenuhi nafsu zalim mereka.
Sarapan pagi telah tersedia dan aku masih juga belum mampu mandi mengenangkan kesejukan yang melanda. Aku sedang berkira-kira apakah perlu aku mandi atau pun cukup sekadar dengan mencuci muka dan memberus gigi..hehhehe
Pagi ini kumpulan misi dijangka akan melawat beberapa buah hospital dan kampung untuk meninjau keperluan di sana sebelum pada petang sekali lagi ke sana kali ini dengan barangan bantuan untuk diagihan.
Petang nanti balik dari hantar bantuan, aku akan cuba update keadaaan di sini. Internet agak baik tetapi bekalan eletrik sering terganggu. Selainnya keadaan baik sahaja.
Doa semua rakyat Malaysia untuk kami menjayakan misi ini amatlah dihargai.
Rindu anak isteri dan keluarga semakin bertambah. Kegembiraan dapat nenjejakan kaki ke bumi Ambia ini sedikit mengubat kerinduan. Baru 2 hari jer...hehehhe
ISLAM PASTI MENANG!!!
BEBASKAN PALESTIN!!!
ALLAHUAKBAR!!!
JPX
5 comments:
Salam tuan besar.. Mohon di pautkan blog teman ini ye..
http://taipingcentral.blogspot.com/
Terima kasih Boss
Artikel terbaru TC :
http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/live-hmetromy-remaja-terlanjur-dikamar.html
Selamat berkenalan bro.......
moga selamat bro.. sampaikan salam orang di sana..
Selamat berjihad dengan akhlak yang baik santun murni jiwa hati yang ikhlas. Bukan dengan peluru dan pedang. Tawan musuh dengan akalan. Satu peluru hanya boleh bunuh seorang atau pun habis kuat 10 orang jika 10 orang tu berbaris lurus sambil bermain angry bird di smart phone sampai tak sedar orang nak tembak. Tapi akalan boleh menawan beribu-ribu juta orang.
Bab mandi pagi pula agak-agak kalau mati sebab mandi pagi kerana sejuk ( kena pneumonia) syahid tak? hehehhe rasanya tak sebab kita dah tahu semua ni akan bahayanya.
Lebih baik menjadi seekor tikus yang busuk lagi pengecut mandi pagi yang hidup berjuang dari menjadi seekor singa yang harum semerbak dan berani mandi pagi tetapi mati keras.
Kesimpulannya tak perlulah mandi pagi kalau tak mampu badan menanggungnya.
Selamat berjuang.
Salam JIHAD wat semua semua yg ada di sana.....semoga selamat dan jaga diri...hny doa yg dpt kami pautkan dari kejauhan....
salam
mohon tuan pautkan blog ambo. blog tuan sudah di link kan di blog ambo
http://mrmontero.blogspot.com/
tkasih
Post a Comment