Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, December 09, 2012

PIHAK BERKUASA MESIR TAHAN BAS MISI KE GAZA!!!




Setelah mengembara lebih 30 jam dari Kuala Lumpur ke Bangkok, mendarat di Kaherah kemudian dengan bas melalui gurun padang pasir Negara Mesir akhir kumpulan misi “2nd Wave Road to Gaza” Kelab Putera 1Malaysia selamat tiba di bumi Gaza.

Perjalanan yang meletihkan ini amatlah bermakna kerana secara peribadi aku memang sangat teruja untuk menjejakkan kaki untuk dapat melihat sendiri bumi Palestin yang telah menjadi mangsa kejahatan dan kekejaman rejim Zionis laknakltullah.

Sehingga saat ini aku macam dalam mimpi tak percaya akhirnya dapat menjejakkan kaki ke bumi para Ambia ini, Palestin yang kaya dengan kisah air mata dan darah saudara seagamaku yang terus-terusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel.

Memang perjalanan ini memeritkan kerana terpaksa menempuh 18 pemerikasaan polis Mesir. Bas terpaksa berhenti disetiap pos Polis yang lengkap dikawal tentera berkereta kebal. Kami juga berhenti dibeberapa tempat dalam perjalanan untuk berehat dan menjawab panggilan alam.

Aku terkedu seketika sebaik sahaja melangkah ke check point Rafah yang menjadi sempadan pemisah dan pintu masuk utama ke Gaza melalui Mesir. Jauh dari jangkau pemikiran bahawa bumi yang dilihat aman ternyata bagaikan sebuah bom jangka yang dianggap neraka kepada peribumi yang dahagakan kedamaian.

Bersaksikan kepiluan air lautan Mediterranean aku cuba merungkai isi hati warga Gaza untuk dikongsi bersama dengan semua rakan-rakan yang pastinya terus menjulang panji keamanan, perpaduan hidup di tanah air.

Atas sebab keselamatan, semua peserta misi ditempatkan di satu tempat di Gaza City. Pada awalnya, kami dijangka akan menginap di Al-Qud Hospital. Kumpulan misi terpaksa akur dengan arahan ini kerana keselamatan adalah yang paling mustahak.

Sejurus selepas tiba, kami disajikan makan malam oleh pihak Hamas yang setia dan sedia menanti kehadiran kami. Mereka sangat ramah dan mesra, memuji kesungguhan pihak kerajaan Malaysia yang tak putus-putus menghulurkan bantuan bagi meringankan bebas rakyat Palestin.

Selesai makan, Datuk Azeez beri sedikit taklimat tentang apa yang akan dilakukan esok dan mohon mengulangi arahan supaya tidak seorang pun meninggalkan kawasan penginapan walaupun dengan apa alasan.

Aku akan update apa aktiviti misi ini esok dan mohon doa semua agar misi ini mendapat perlindungan Allah dan beroleh kejayaan.

ISLAM PASTI MENANG!!!
BEBASKAN PALESTIN!!!
ALLAHUAKBAR!!!

JPX

3 comments:

Anonymous said...

Tungu lagi berita dari saudara

zgmail said...

Allah sahaja yg membalas setiap perjuangan murni kalian semua! Tahniah & sentiasa dipermudahkan segala perjalanan serta selamat kembali

Wak Domo said...

Selamat berjihad. Fisabillillah. Wassalaam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa