Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, December 09, 2012

SELAMAT MENDARAT DI KAHERAH









GAMBAR PENUH >>>DI SINI<<<

8 Disember 2012
Kaherah, Mesir

Setelah urusan pengeluaran dan pemunggahan barangan bantuan dari Malaysia selesai, kini skuad misi "2nd Wave Road to Gaza" mula betolak ke Rafah.

Skuad misi seramai 56 orang terdiri dari pada doktor 13 orang doktor, 20 orang media dan selebinya sukarelawan bergerak ke Rafah dengan menggunakan dua buah bas.

Sebuah lori kontena digunakan untuk mengankut barangan yang dibawa dari Malaysia yang berjumlah 425 kotak pelbagai barangan antaranya ubatan dan selimut.

Ahli Kelab UMNO Kaherah dan pelajar Malaysia di Mesir juga turut serta membantu misi dengan kekuatan lebih 50 orang dari mereka menunggu di balai ketibaan untuk membantu menunggah barangan ke dalam kontena.

Pelajar Malaysia di Mesir juga telah mengadakan kutipan derma untuk Gaza dan telah menyerahkan kutipan tersebut kepada ketua misi iaitu Datuk Azeez. Syabas kepada pelajar Malaysia di sini.

Media dan Medik ditempatkan di dalam bas 2 untuk ke Rafah. Dilaporkan terdapat 18 pusat pemeriksaan polis yang perlu dilalui sebelum sampai ke Rafah.

Konvoi ini diiringi dengan kawalan polis dan ini memudahkan pergerakan konvoi. Kerajaan Mesir telah memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan misi ini.

Sebelum bas bergerak ke Rafah, Kedutaan Besar Mesir belanja peserta misi makan sarapan nasi lemak. Tapi kami terpaksa makan atas bas jer atas sebab kesuntukan masa.

Nanti sampai Rafah, aku cuba kemaskini keadaan misi ini yer..

Doa anda rakyat Malaysia menjadi kekuatan kami.

Peluk cium untuk anak dan isteri.

ISLAM PASTI MENANG!!!
BEBASKAN PALESTIN!!!
ALLAHUAKBAR!!!

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa