Alhamdulilah, penerbangan EygptAir MS 961 telah selamat mendarat di Cairo International Airport jam 5.30 pagi waktu tempatan.
Suhu di pagi ini direkodkan sekitar 15 darjah Celsius dan hujan pula diramalkan akan turun siang nanti.
Ketibaan misi ini telah disambut oleh Duta Besar Malaysia di Mesir, Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti dan pegawai kedutaan yang lain. Beliau juga memaklumkan bahawa ramai pelajar Malaysia di Mesir turut sama menunggu ketibaan rombongan misi di luar balai ketibaan.
Pada saat ini, sukarelawan misi sedang menunggah lebih 300 kotak yang terdiri dari ubatan, pakaian, selimut yang akan menempuh perjalanan lebih kurang 360km selama 6 jam menuju ke pinrtu masuk Gaza di Rafah.
Pihak keselamatan Mesir akan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan keselamatan Misi ini terjamin sebelum masuk ke Gaza.
Apabila tiba di Rafah, Hamas pula akan bekerjasama dengan pihak misi dari segi keselamatan dan aturcaranya. Agenda seterusnya yang akan aku cuba laopr dari masa ke semasa.
ISLAM PASTI MENANG!!!!
BEBASKAN PALESTIN!!!
ALLAHUAKBAR!!!!
JPX
1 comment:
Alhamdulillah semua dah selamat sampai.... kami di sini sentiasa doakan keselamatan semua disana...harap semua berjalan lancar ...amin
Post a Comment