CALON DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofia membuktikan bahawa bila dia membuat keputusan menyertai DAP, maka seluruh hidupnya juga didedikasikan untuk parti berlambangkan roket tersebut.
Sehingga bila DAP menentang sistem perundangan dalam agamanya sendiri pun, Dyana tanpa segan silu mengikut sama, alasannya (selain pendirian parti), calon dari Gerakan yang mewakili BN dalam PRK tersebut, turut menolak hudud.
Tapi budak ini terlupa atau sengaja jadi jahil, hudud ini bukan tentang parti apa yang kamu sokong, hudud adalah perundangan Islam. Memilih untuk tidak melaksanakan, dengan menolak secara total perundangan Islam seperti yang dilakukannya sekarang, adalah 2 perkara berbeza.
Ia samalah seperti orang tidak berpuasa dengan orang yang mengatakan puasa itu bukan sebahagian daripada hukum Islam – satu dapat dosa, satu lagi boleh gugur akidah. Budak Dyana ini masuk dalam kategori mana satu, nombor dua? Penulis serahkan kepada anda semua untuk menilai.
Tapi ada bodohnya juga budak ini kerana menyamakan dirinya dengan Datuk Mah Siew Keong. Penulis katakan bodoh sebab dari namanya saja semua orang tahu calon Gerakan ini bukan beragama Islam, jadi penolakannya terhadap hudud, berbeza dengan Dyana.
Sebab itulah kenapa pemimpin Islam dalam BN, begitu berhati hati bila memperkatakan tentang hudud ini. Tidak pernah dalam apa keadaan kita mengatakan hudud ini perlu ditolak kerana perlu diakui ia memang sebahagian sistem perundangan Islam, tapi budak Dyana ini lain pulak cara dia.
Apa pun, penulis nak sebut disini, berpolitik tidaklah perlu sampai perlu menolak agama. Apakah bila sampai satu tahap DAP mengharamkan Dyana memutuskan hubungan dengan ibunya kerana ibunya ahli UMNO, Dyana akan patuh kepada arahan tersebut kerana kononnya pendirian parti?
Sudah tentu tidak, tapi tak tahulah kan, dalam dunia hari ini apa saja boleh jadi.
Hudud adalah sebahagian dari perundangan Islam dan menolaknya secara total kerana konon alasan pendirian parti, adalah sama seperti menolak Islam – hakikat yang diperakui sendiri oleh PAS yang menjadi sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat.
Pengundi di Teluk Intan, tak kira orang Melayu atau tidak perlu melihat ketaatan membuta tuli Dyana terhadap perjuangan parti sehingga membelakangkan agama sendiri ini sebagai suatu yang bahaya kepada masa depan negara. Hari ini DAP tolak hudud, dia pun tolak hudud (walhal agama Islam), besok DAP tolak entah apa, dia pun ikut juga.
Ini bukan kesetiaan kepada parti, ini bodoh namanya.--MYKMU
No comments:
Post a Comment