Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, November 17, 2010

ANAK MELAYU YANG MENGHARUMKAN NAMA NEGARA


KUALA LUMPUR 17 Nov. - Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang menyumbangkan pingat emas kedua Sukan Asia XVI Guangzhou 2010 buat negara apabila memenangi acara keirin di Velodrom Guangzhou, China, hari ini.

Kejayaan gemilang The Pocketrocketman itu turut diserikan dengan kemenangan pingat perak oleh rakan senegara, Josiah Ng dalam perlumbaan sengit dan mendebarkan sehingga mengakibatkan satu insiden perlanggaran.

Gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah, Zhang Miao manakala saudara kembarnya, Zhang Lei dan Mohammad Parash terlibat dalam insiden itu diisytiharkan gagal menamatkan perlumbaan.

Terdahulu Azizulhasni hampa dalam acara 200 meter pecut setelah sekadar menduduki tempat keempat apabila ditewaskan pelumba Jepun, Yudai Nitta dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa. - Utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa