Para penyokong Pakatan Rakyat perlu melupai Anwar Ibrahim jika mahu gerakan perubahan politik mereka berjaya dan tidak tersangkut dengan personaliti tertentu semata-mata.
Dalam satu kenyataan beraninya, Fathi Aris Omar, salah seorang pengarang Malaysiakini.com menyatakan sama ada Anwar akan terpenjara atau tidak, bersalah atau tidak, ia tidak harus menjadi titik masa depan Pakatan.
Suatu hari nanti jika tidak dipenjarakan pun Anwar akan mati. Justeru penyokong Pakatan perlu mengubah perspektif perjuangan politik tidak harus berpaksi kepada Anwar Ibrahim.
Kenyataan Fathi yang ditulis dalam facebooknya walaupun agak “biadap” kepada Anwar ia bukanlah mengejutkan.
Ini kerana sejak krisis Pakatan Rakyat di Selangor antara Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim, Malaysiakini memang cenderung kepada Khalid Ibrahim.
Kecenderungan itu bukan sesuatu yang menghairankan apabila dikaitkan dengan gosip-gosip bahawa Malaysiakini merupakan penerima terbanyak bajet iklan dan promosi kerajaan negeri Selangor yang berjumlah RM 15 juta setahun.
Berikut ialah tulisan Fathi Aris Omar didinding Facebook peribadinya:
Kepada pengkagum, pemuja dan peminat Anwar Ibrahim (dan semua pemimpin seangkatannya); juga penyokong Pakatan Rakyat:
“In a world that’s changing really quickly, the only strategy that is guaranteed to fail is not taking risks.” — Mark Zuckerberg
Semua harus akur bahawa tiada guna bergayut pada sentimentaliti tokoh bernama Anwar.
Seperti pemain ‘superstar’, jika sudah sakit atau tidak lagi berkesan, pemain harus direhatkan di bangku simpanan.
Mungkin kita fikir masih lagi remaja atau mentah. Namun jika ibu bapa kita pergi, kita harus belajar hidup sendiri – cari rezeki dan rumah sendiri.
Kita harus ambil risiko meninggalkan Anwar dan semua seangkatan dengannya, dalam Pakatan atau di luar Pakatan.
Lagi cepat kita berfikir untuk mengambil risiko bergerak tanpa Anwar (dan generasi seangkatannya), lebih baik untuk masa depan reformasi bangsa ini.
Umar juga tidak dapat menerima kematian Rasulullah. Hanya Abu Bakar yang rasional dan strategik.
Pilihlah – nak jadi Umar atau Abu Bakar? Nak jadi budak-budak selamanya atau bebas daripada ikatan ibu bapa? Mahu dengar nasihat pengasas Facebook atau tidak?
(ii)
Kalau saya, ambil risiko lebih baik. Sama ada saya terpaksa merempat di sini; namun saya tidak akan kembali tinggal di rumah pusaka atau menziarahi pusaranya dengan linangan air mata.
Saya memang tidak bersentimental dengan gerakan atau tokoh politik.
Saya dekati, saya minati, saya ceburi, saya perjuangkan dan saya tulis apa yang saya fikir tanpa perlu bersentimental.
Sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, pesan ini kekal relevan. Soalnya, bukan Anwar bersalah atau tidak; soalnya, suatu hari nanti Anwar akan pergi dengan cita-cita dan angan-angannya.
Saya harap pesan saya ini berguna kepada semua pengkagum Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat.
Saya tiada dendam pada sesiapa seperti saya kagum pada (almarhum) Fadzil Noor. Tapi saya tiada sentimen dan sanggup berdepan dengan karenah PAS tanpa kepemimpinan Fadzil. Seperti berdepan karenah hidup sendiri tanpa usapan manja ibu.
Kita harus keluar daripada bayang-bayang Anwar (dan mereka seangkatannya). Jika tidak esok; lusa pastilah sudah.
(iii)
Dalam Quran, pesan seumpama ini disampaikan kepada Muhammad dan pengikutnya melalui surah “An Nasr”.
Surah ini meramalkan kemenangan merampas Makkah. Dan, sekali gus, membawa isyarat Nubuwwah tidak lama lagi akan berakhir.
Saya bukan menyampaikan wahyu. Saya tidak mampu meramalkan kemenangan. Saya hanya memberi pesan akan tiba sudah isyarat pertukaran generasi perjuangan reformasi.
Saya tidak maksudkan Anwar seorang sahaja. Saya maksudkan “Anwar dan angkatannya”, di dalam dan luar Pakatan.
Kalaulah anda mahu memahaminya.
2 comments:
setuju sangat.
Macam Hadi juga....u turm u turn.....nak kencing tempat lain pulak....
Post a Comment