Gua rasa terpanggil untuk
mengetuk sesuatu atas laptop buruk gua biarpun keadaan kesihatan yang tak
berapa elok seminggu dua ni. Tapi dengan kudrat yang Allah bagi pada gua, gua
gagahkan jugak untuk melunaskan tanggungjawab gua sesama Islam.
Gua nak sentuh sikit pasal isu
Khalid Samad dan beberapa pimpinan Pakatan yang dikatakan mahu menyaman GOMO.
Sesal gua kalau benda ni jadi. Sebabnya: Perkara ni terjadi dalam bulan
Ramadhan dan yang menyaman dan kena saman kedua duanya adalah Islam.
Mungkin Khalid Samad tidak kenal
GOMO lantaran itu Khalid Samad tidak berpeluang untuk bersemuka dengan GOMO
tetapi kalau tak silap gua, kelibat Salahuddin Ayub ada kelihatan di dalam
sidang media tempoh hari. Mustahil Salahuddin Ayub tak kenal GOMO. Khabarnya,
GOMO dan Salahuddin Ayub telah bertentang 4 mata dalam suatu isu. Susahkah
Salahuddin Ayub nak berikan nasihat atau setidak-tidaknya memberikan nombor
telefon GOMO pada Khalid Samad? Khabarnya GOMO akur dengan permintaan
Salahuddin Ayub untuk tidak memperbesarkan suatu isu yang cukup menyentuh
perasaaan Salahuddin.
Rasanya Salahuddin kenal GOMO
secara peribadi dan apalah salahnya jika dia menasihati Khalid Samad untuk
berjumpa secara 4 mata bersama GOMO?
Gua percaya pada GOMO sebagai
anak jantan dan tidak akan gentar dengan sebarang tekanan. Tetapi apalah
salahnya jika sebagai umat Islam baik Khalid Samad dan GOMO perjumpaan secara 4
mata di dalam menyelesaikan isu ini adalah jauh lebih baik tambah tambah pulak
dalam bulan Ramadhan.
Isu pokoknya adalah isu serbu gereja.
Dan lanjutan daripada itu timbul pula pelbagai isu. Jangan Melayu jadi bodoh
kerana sehingga artikel ini ditulis masih tidak ada sebarang tindakan atau kata
putus dari pihak yang terbabit sedangkan Melayu yang mahu menyaman dan kena
saman sudah terlalu ke depan di dalam bertindak.
Ini bukan soal siapa anak jantan.
Jika masjid diserbu beranikah Melayu bertindak pantas atau Melayu akan menunggu
hasil siasatan dulu sebelum bertindak?
Siapa yang untung dalam soal
ni?UMNO? PAS? Kedua-duanya tidak kerana yang untung adalah pihak yang sedang
melaksanakan apa yang telah dirancangkan.
Gua sekadar tak mahu Melayu jadi
bangang!!!!!
Cukuplah Melayu bertegang leher
dalam isu arak dan isu
kalimah Allah. DAPigs senyum lebar tengok gelagat Melayu.
SUMBER:JEBAT BERKOKOK
No comments:
Post a Comment