Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, March 05, 2014

KENAPA HANYA KAFIR KATOLIK SAHAJA YANG SIBUK NAK GUNA KALIMAH ALLAH???


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa hanya golongan Kristian Katolik sahaja yang menuntut untuk mengguna kalimah ‘Allah’ dalam kitab Bible di Malaysia.

Menurut Zahid, penganut Kristian bermazhab lain di Malaysia tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah sebelum ini yang mengiktiraf penggunaan itu hanya untuk orang Islam sahaja.

“Keputusan (guna kalimah ‘Allah’) hanya (dituntut oleh) Katolik. Kristian lain OK sahaja. Saya tak tahu mengapa Katolik ada banyak isu berkenaan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meminta mahkamah membuat keputusan dengan mengambil kira isu ketegangan kaum dan agama dalam masyarakat kini.

Bercakap dalam satu sidang media di Hulu Langat hari ini, beliau berkata kerajaan tidak akan mempengaruhi mahkamah dan menghormati keputusan mahkamah.

Zahid turut memberi amaran kepada semua pihak agar tidak memanipulasi isu kalimah ‘Allah’ menjelang kempen pilihan raya kecil DUN Kajang.

Katanya, rayuan oleh pengarang mingguan Katolik The Herald untuk menggunakan kalimah tersebut sehingga kini masih belum diputuskan oleh mahkamah.

“Kita patuh kepada apa yang diputuskan mahkamah sebelum ini dan apa yang bakal diputuskan kelak.

“Tapi saya nak jangan ada pihak memanipulasikan hal Allah dan kita mesti bertoleransi dalam hal agama.

“Jangan menjolok sarang tebuan,” katanya yang turut meminta agar semua pihak mengelakkan pergeseran di antara agama.

Mahkamah Persekutuan dijangka membuat keputusan sama ada untuk membenarkan rayuan paderi Lawrence Andrew untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 telah memutuskan bahawa Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebelum ini secara sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah ‘Allah’. 

1 comment:

Unknown said...

TAK MENGHAIRANKAN KERANA KRISTIAN KATOLIK TU KALAU DISINGKAP SEJARAH NYA DICIPTA OLEH YAHUDI ,DAN MEWARISI SERBA SERBI DA BAIK DARI SEGI NAMA NYA,ISTILAH ,BUDAYA,AKIDAH,,SERTA KEPINCANGAN DAN KESESATAN KAUM KAFIR PAGAN ROM.IANYA TAK DA KENA MENGENA DGN AJARAN NABI ISA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa