Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, December 10, 2014

INI SAHAJAKAH ZAHID HAMIDI MAMPU LAKUKAN???


Selain menarik balik Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) milik blogger, Alvin Tan dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil, taraf kewarganegaraan kedua-dua mereka juga harus dilucutkan, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun.

Beliau berkata, pergerakan itu akan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan lebih drastik ke atas dua penderhaka itu dengan meminta Peguam Negara bertindak menerusi mahkamah.

"Kita bersetuju dengan tindakan KDN dan Jabatan Imigresen menarik balik pasport mereka berdua.

"Pada masa sama, atas kedegilan mereka tidak mahu pulang ke Malaysia untuk berhadapan dengan perundangan negara, satu tindakan lebih drastik diambil oleh Peguam Negara menerusi mahkamah untuk melucutkan kewarganegaraan mereka,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang ini.

Semalam, Jabatan Imigresen mengambil keputusan menarik balik PMA Alvin Tan dan Ali berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya juga akan menghantar surat makluman secara rasmi bahawa pasport kedua-dua mereka akan ditarik balik ke alamat terakhir masing-masing di Malaysia.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, tindakan itu wajar kerana kedua-dua mereka tidak mempunyai rasa hormat kepada prinsip Rukun Negara dan negara sendiri, Malaysia.

"Sewajarnya, mereka dilucutkan taraf kerakyatan,” katanya.

Sementara itu, beliau menerima kunjungan sekumpulan belia dari Negara China yang mengadakan lawatan balas ke negara ini selepas kumpulan belia Malaysia diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melawat negara itu pada April lalu.

"Lawatan dua hala ini adalah rentetan hasil hubungan 40 tahun Malaysia-China. Saya telah menyatakan kepada kumpulan belia China ini bahawa Malaysia adalah Pengerusi ASEAN tahun depan dan ahli kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita mengharapkan hubungan lebih erat antara Malaysia-China untuk mencapai kesejahteraan di rantau ASEAN," kata beliau.--MG

1 comment:

Anonymous said...

Itulah pemimpin amano yang korang harapkan...

Itu kira dah terbaik tu bang....

Sebab kat bawah2 mereka tinggal macai2 peminta projek je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa